Monday, February 21, 2011

kongsi ilmu suami isteri...

salam semua...arini kak long nak kongsi sket ngan adik2 kak long satu artikel yang kak long baca dalam majalah baru-baru ni...penulisnya ialah Ustaz Ahmad Baei Jaafar..sama-samalah kita renung-renungkan ye....


BAHASA seorang isteri yang perlu suami faham dalam beberapa keadaan yang berlaku menurut pandangan Ahmad Baei Jaafar:

Waktu merajuk

Sikap: Tiba-tiba tak mahu bercakap

Maksudnya: Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu

Mengatasinya: Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf


Sikap : Tiba-tiba marahkan suami

Maksudnya : Dia cemburu dengan tindakan suami

Mengatasinya : Perlu selidik puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu


Sikap : Tiba-tiba menangis

Maksudnya : Dia sakit hati dengan tindakan suami

Mengatasinya : Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.


Sikap : Tidak mahu memberi khidmat

Maksudnya : Dia sungguh kecewa dengan sikap suami

Mengatasinya : Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir


Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.

Waktu gembira

Sikap : Dia sudah rajin masak

Maksudnya : Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya

Mengatasinya : Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya


Sikap : Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami

Maksudnya : Dia puas hati dengan tindakan suami

Mengatasinya : Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan kekalkan keadaan itu


Sikap : Dia siap untuk tidur awal

Maksudnya : Dia sudah akur dengan kehendak suami

Mengatasinya : Pelajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri


Sikap : Dia bercakap dengan nada manja

Maksudnya : Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga

Mengatasinya : Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra


Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.

Waktu benci

Sikap : Kehendak suami tidak dilayan

Maksudnya : Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk

Mengatasinya : Baiki kesilapan bukan mempertahankannya


Sikap : Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik

Maksudnya : Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik

Mengatasinya : Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan


Sikap : Makan tidak selera

Maksudnya : Dia mahu simpati daripada suaminya

Mengatasinya : Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat


Sikap : Tidur seorang diri

Maksudnya : Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya

Mengatasinya : Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang


Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.

Waktu mengharap

Sikap : Muka masam

Maksudnya : Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan

Mengatasinya : Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya


Sikap : Meminta maaf sambil menangis

Maksudnya : Dia benar-benar insaf

Mengatasinya : Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu


Sikap : Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya
Maksudnya : Dia hendak meminta suami membelinya

Mengatasinya : Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak


Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.


Oleh itu...kak long nak menyeru...baik dari kaum lelaki mahupun kaum wanita...yang mana kita boleh perbaiki...maka perbaikilah...seboleh mungkin kita ikhlaskan hati kita dalam memenuhi tanggungjawab kita....jika kita ikhlas...insyaAllah..ganjaran yang kita perolehi lebih besar daripada yang pernah kita harapkan....


ok...salam penuh ketulusan dari kak long buat ari ini...