Saturday, December 31, 2011

Rukun 1 - Rukun Bekerja

Semalam kak long dan en suami keluar ke Tesco..hajat nak membeli barangan dapur..namun memandangkan kami hanya pergi berdua..maka kami turut ke tempat kegemaran kak long iaitu kedai buku..kedai buku yang ada di Manjung yang paling best setakat ini adalah di Popular..

Alhamdulillah...kami dapat membeli beberapa buah buku termasuk novel dari pengarang kegemaran kak long...dan satu buku yang kak long sangat suka dan tidak sabar untuk membacanya adalah buku Karya Muhamad Muhyidin yang bertajuk "17 RUKUN BISNES DENGAN ALLAH"



Kak long baru sahaja menamatkan pembacaan untuk Bab 1. Buku yang terbaik buat kita yang mencari perniagaan sebenar demi mencapai redha Ilahi...Kak long sangat-sangat menganjurkan agar kita semua (baik yang mahu berniaga mahupun makan gaji) untuk sama-sama membaca buku ini.

Sedikit rumusan yang kak long boleh buat dari pembacaan bab Pertama:


Rukun 1 - Rukun Bekerja (Syarat Utama Mendekati Rezeki Tidak Diduga)


Syarat Sah bagi Rukun Bekerja adalah 5 perkara:


i) Bagi merekea yang ketika ini tiada lagi pekerjaan; Lakukan/ Ambilllah kerja yang halal di sekitar anda - tidak perlu bermimpi ingin kerja yang banyak gajinya atau tinggi pangkatnya...tidak salah bukan menjadi seorang petani walaupun memiki sarjana...Tidak ada kerja yang hina dan rendah pada pandangan Allah kecuali kerja yang haram, berselimutkan dosa dan maksiat.


ii) Mulakanlah pekerjaan dengan wuduk - hatta anda seorang doktor, peguam, pekerja kilang..mulakan langkah anda dengan mengambil wuduk. Berwuduklah kerana wuduk ini akan menyucikan jiwa dari berbagai keinginan yang buruk dan kecenderungan pada hawa nafsu yang rendah. Allah Maha Suci dan mencintai mereka dalam keadaan suci.


iii) Niatkan kerja sebagai ibadah - renungkan kata-kata Muhammad bin Ali bin Hussain "Jika maut datang kepadaku dan aku dalam keadaan seperti ini, bermakna aku dalam keadaan taat kepada Allah; Sebabnya aku mencukupkan keluargaku dan diriku dan menjauhi meminta darimu dan manusia. Yang aku bimbangkan adalah andai kata maut datang sedangkan aku dalam keadaan melakukan maksiat kepada Allah"


iv) Lakukan kerja dengan penuh semangat - jangan putus asa akan hasilnya, jika belum berjaya, usaha lagi dan senyumlah. Jika hati sudah penuh pasrah dengan Allah sedangkan anda sudah niatkan kerja itu sebagai satu ibadah, maka tiada satu pun yang perlu anda cemas dan takutkan.


v) Jujur dan adil - kerana ia mengandungi tenaga rohani yang hebat yang mampu menarik cinta, rezeki dan keredhaan Allah.



Sekadar perkongsian yang sedikit...semoga ia membantu diri kak long dan diri rakan-rakan sekalian...

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Friday, December 30, 2011

Susu Pasti Cukup Jika Yakin dan Konsisten..

 Kebelakangan seakan menjadi satu trend bagi ibu-ibu moden untuk menyusukan anak mereka..Kenapa kak long katakan ia trend? Sebab si ibu tadi tidak benar-benar memahami penyusuan susu ibu itu sendiri...

Kerapkali kak long dihujani dengan pertanyaan Vitamin apa yg boleh tambah susu ibu..dan terus-terang kak long nyatakan yang kak long tidak menjual apa-apa vitamin yang menambah susu ibu....tapi mengapa ada set menyusu ye...

Set B atau Set Breastfeeding@ Penyusuan bukanlah set yang digunakan untuk menambah susu...sebenarnya..set B ini membantu memastikan supaya ibu-ibu yang ingin menyusukan anak mereka mendapat khasiat secukupnya dari vitamin yang diambil. Ye..alfalfa merupakan salah satu "milk booster" yang telah digunakan sejak dahulu kala lagi...tetapi...konsep penyusuan susu ibu dan ilmu pemakanan vitamin perlu digali terlebih dahulu...

Kawan-kawan nak tau tak...sejak mula hamil anak kedua (Muaz)..kak long dah memasang niat untuk implemen natural parenting...Natural Parenting means mengasuh anak-anak secara alami....ia bermula dengan penyusuan susu ibu itu sendiri dan seterusnya pemakaian lampin kain dan pendidikan si anak tadi...kak long tahu yang kak long boleh mulakan dengan 2 perkara iaitu:

i) Penyusuan susu ibu kepada bayi sehingga 2 tahun (paling awal)
ii) Pemakaian lampin kain

Alhamdulillah..kak long berjaya melakukan kedua-duanya....sepanjang kehamilan kak long..kak long banyakkan membaca mengenai proses penyusuan...kak long godek-godek blog..join forum...khusus untuk mendapatkan ilmu berkaitan penyusuan...tak pernah terlintas pada fikiran kak long yang susu tak cukup...kena buat stok banyak-banyak..kerana apa yang pasti..kak long nak memberikan yang terbaik buat Muaz...

Sebaik sahaja kak long bersalin, perkara pertama yang kak long buat adalah..menyusukan Muaz seawal jam pertama...Alhamdulillah, walaupun ketika itu Muaz hampir terlelap (gara-gara uri kak long lekat...maka proses keluar uri makan masa sket..)...apabila kak long suakan puting kak long, Muaz terus mencapai dan menghisap dgn sesungguhnya...Alhamdulillah...Penyusuan pada Jam Pertama ini Paling Penting...kerana Bayi akan mengingati bagaimana hisapan pertama dilakukan..InsyaAllah jika bayi berjaya menghisap pada jam yang pertama, bayi tersebut akan terus menghisap dari ibunya...Namun jika kawan-kawan ada yang tidak berjaya, jangan segan atau malu untuk meminta bantuan jururawat/doktor kerana ia adalah detik terpenting..(Alhamdulillah...di Hospital Manjung ni dikenali juga sebagai Hospital Rakan Bayi...nurse2nya memang banyak membantu dalam proses penyusuan susu ibu)...

Sepanjang tempoh berpantang, kak long banyak menghabiskan masa bersama Muaz...inilah detik terindah sepanjang perjalanan penyusuan kami...Pada dua minggu pertama, kak long sekadar menyusukan dia secara terus kerana pada dua minggu pertama, badan kita masih dalam proses beradaptasi...penghasilan susu ketika ini memang banyak kerana paras hormon prolaktin kita yang tinggi..pada masa yang sama, payudara kita dalam proses mengenalpasti waktu dan kuantiti susu yang perlu dihasilkan....

Untuk permulaan kak long hanya mengepam sekadar untuk mengosongkan payudara sahaja...dan mengelakkan dari bengkak susu...Percaya tak...kak long tak pernah simpan stok EBM yang banyak...sebab kak long yakin yang susu kak long cukup dan kak long nak berikan susu yang segar/fresh sahaja kepada Muaz...


Kak long mula membuat stok 2 minggu sebelum kak long mulakan kerja...dan seminggu sebelum kak long naik bertugas..kak long sudah mula menghantar Muaz ke pengasuh...kenapa awal?


i) untuk membiasakan Muaz dan pengasuh dalam mengendalikan EBM
ii) untuk mengetahui jumlah sebenar susu yang perlu Muaz minum
iii) untuk kak long dapatkan jadual pam yang tetap yang boleh digunakan apabila kak long mula bertugas..

Kak long tidak mengambil apa-apa milk booster sehinggalah umur Muaz 4 bulan..kak long mula mengambil Shaklee...Kenapa? Adakah susu untuk Muaz berkurang?

Tidak...Kerana ketika itu,kak long mula membuat tugas-tugas di ladang dan kerja-kerja luar...yang memerlukan lebih tenaga..kebetulan ketika itu, kesihatan kak long agak merosot...sentiasa selesema..demam...sakit-sakit badan...dan Alhamdulillah....selepas mengambil Shaklee Set B selama sebulan kak long meneruskan mengambil Shaklee sehingga kini....

Sepanjang penyusuan Muaz, ini adalah perkara WAJIB yang kak long buat..untuk memastikan kak long dapat mebawa balik sekurang-kurangnya 20oz sehari...Maksimum kak long pernah dapat setiap kali pam adalah 6 oz...biasanya hanya 4-5 oz sahaja...kak long percaya yang jumlah susu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk si comel Muaz...sebab setiap bayi mempunyai keperluan yang berbeza...


i) Mengepam mengikut jadul yang ditetapkan..maksimum 3 jam sekali...tapi kak long mengepam setiap 2jam setengah sekali.


ii) Minum air kosong secukupnya...sekurang-kurangnya 3 Liter sehari...kadang-kadang mencecah jugak 5Liter sebab berjemur tengah ladang kan...


iii) Mengamalkan zikir Ya Mateen...dan berdoa supaya rezeki susu ini berterusan buat Muaz sekurang-kurangnya 2 tahun...


iv) Berfikiran positif dalam penyusuan..

Oklah...sekadar secebis perkongsian buat anda di luar sana....Jika ada diantara kawan-kawan di luar sana nak berkongsi pengalaman menyusukan atau mahu mencuba suplemen semulajadi ..silakan...email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Wednesday, December 28, 2011

Suplement...Adakah Ia Trend?

Pada yang dah membaca satu artikel berkaitan suplemen hari ni tentu tertanya-tanya..selamatkah vitamin yang aku ambil...

Dipetik dari utusan malaysia bertarikh 28/12/2011


Disebabkan artikel ini, beberapa teman sepejabat merangkap pelanggan utama kak long sibuk bertanya....kak long hanya tersenyum...

Ada yang ambil ikut trend...ada yg ambil kerana keperluan..Pernahkan anda uji vitamin yang anda ambil?
kenapa perlu uji? untuk pastikan yang ia adalah semulajadi...bagaimana?
cuba genggam vitamin anda selama 5 minit...jika rasa melekit dan warnanya melekat di tangan...saya sarankan anda pilihlah vitamin yang lebih baik
Vitamin semulajadi tidak memerlukan silika gel, pewarna mahupun bahan pengawet...

Badan tidak memerlukan bahan asing...pengambilan bahan asing seperti pewarna dan pengawet akan membahayakan kesihatan kita suatu masa nanti...


Alhamdulillah..kak long telah memilih SHAKLEE kerana ia semulajadi...tiada pewarna, perisa mahupun pengawet..malah tiada langsung silika gel dalam botol vitamin kak long..


Anda mahu tahu satu perkara...



Dr Forest C Shaklee adalah orang pertama yang menghasilkan Vitalized Mineral yang kini digelar VITAMIN.

Vitamin Shaklee adalah asli, tiada pewarna, pengawet malah perasa tambahan.

Vitamin Shaklee tiada silika gel dengan ini membantu penyerapan dengan lebih baik.




Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Monday, December 26, 2011

Keperluan Tubuh

Ini adalah entry sambungan...

Kalau kawan-kawan rujuk pada artikel kak long yang lepas ada satu senarai kesihatan dari 1 hingga 22...hari ni kak long nak bagitau pula apa suplement yang boleh kalian ambil utk senarai tersebut...

check it out...

1. Kurang bertenaga
2. Berat badan berlebihan / berkurangan
3. Selalu pening / sakit kepala
4. Gusi berdarah
5. Mudah bercalar / lebam
6. Penghadaman yang tidak baik
7. Sukar untuk bangun tidur
8. Mengantuk
9. Keinginan yang tinggi terhadap makanan manis
10. Gugup / Gementar / Sedih
11. Kekeringan mata
Untuk senarai 1-11, suplement dalam shaklee yang boleh diambil adalah set kesihatan keluarga dan tambahan Alfalfa 


12. Kuku berpecah
13. Kebas tangan / kaki
14. Kekejangan kaki
15. Sakit / sengal badan
16. Bahu / lengan yang kaku ( tidak boleh digerakkan)
Untuk senarai 12-16 pula, anda memerlukan Ostematrix dan Alfalfa dalam diet seharian anda


17. Sembelit
Suplemen yang sesuai adalah herblax


18. Pemakanan yang tinggi kandungan lemak
Lecithin adalah suplemen yang paling sesuai


19. Rambut gugur
Anda perlu mengambil zinc atau tambahkan menu yang tinggi dgn zinc dalam diet anda


20. Selalu menggunakan pil penahan sakit
Anda kekurangan B-complex - nutrien yang wajib dalam kesihatan urat


21. Selsema
22. Nafas berbau
Vitamin C Shaklee adalah jawapannya

Jadi kawan-kawan...tunggu apa lagi..sebaik-baiknya ambil tindakan sekarang supaya anda tidak menyesal kemudian hari...

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Thursday, December 22, 2011

Jom Periksa Tahap Kesihatan Kita

Mesti ramai di antara kita yang merasakan mereka sangat sihat..almaklum la jarang ke klinik..jarang amik mc...tapi pernahkah kita sebenarnya membuat pemeriksaan sendiri tahap kesihatan kita..

Jom kita rujuk senarai di bawah:

1. Kurang bertenaga
2. Berat badan berlebihan / berkurangan
3. Selalu pening / sakit kepala
4. Gusi berdarah
5. Mudah bercalar / lebam
6. Penghadaman yang tidak baik
7. Sukar untuk bangun tidur
8. Mengantuk
9. Keinginan yang tinggi terhadap makanan manis
10. Gugup / Gementar / Sedih
11. Kekeringan mata
12. Kuku berpecah
13. Kebas tangan / kaki
14. Kekejangan kaki
15. Sakit / sengal badan
16. Bahu / lengan yang kaku ( tidak boleh digerakkan)
17. Sembelit
18. Pemakanan yang tinggi kandungan lemak
19. Rambut gugur
20. Selalu menggunakan pil penahan sakit
21. Selsema
22. Nafas berbau


Jika anda menjawaYA walaupun untuk satu sahaja senarai semak kesihatan di atas, bermakna badan anda memerlukan supplement.

Ingin dapatkan suplement...Jangan lupa hubungi kak long yea.. Pelanggan kak long akan disertakan dengan jadual pemakanan serta konsultasi yang betul kerana kak long ingin anda mengambil supplement dengan ilmu.  


Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Wednesday, December 21, 2011

Lagi Info Berkaitan Vivix

Kak long nak berkongsi kebaikan VIVIX ni...



Dan jika dibandingkan dengan antioksida dari buah-buahan "superfruit" yang lain, Ia adalah yang terbaik...




Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Tuesday, December 20, 2011

Ibu Menyusu Perlu...

Jika anda seorang ibu yang menyusu, anda perlu:

Memastikan yang kesihatan anda sentiasa  optimum, kesihatan yang kak long maksudkan di sini adalah kesihatan fizikal, emosi. dan rohani.

Kesihatan fizikal seorang ibu yang menyusu membantu beliau dalam memastikan nutrien yang beliau salurkan kepada bayi mencukupi dan tubuh beliau turut memperolehi nutrien yang cukup. Bagaimana? Dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang, itu sudah cukup untuk seorang ibu. Namun jika anda merasakan makanan yang diambil seharian tidak seimbang, maka pengambilan suplemen boleh membantu.

Kesihatan emosi pula membantu ibu tersebut sentiasa tenang dan jauh daripada sebarang tekanan sama ada di tempat kerja, di rumah mahupun persekitaran. Kenapa? Dalam keadaan tertekan, penghasilan hormon oksitoksin akan terjejas. Pancutan susu  ibu dikawal oleh hormon oksitosin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari (posterior).

Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan impuls yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari (posterior) merembeskan oksitosin. Oksitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran oksitosin merangsang sel mioepitelia mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting payudara. Tindakan ini dinamakan refleks oksitosin atau lebih dikenali sebagai let-down reflex.

Bagaimanakah ibu menyusu ini dapat memastikan yang hormon oksitosin sentiasa stabil? Si ibu tersebut perlulah sentiasa ceria dan mampu mengawal segala tekanan yang ada di sekitarnya. Sebagai contoh, jika si ibu tadi mengambil makanan kesukaannya atau mendengar lagu kegemarannya dan ketika itu si ibu tadi sedang mengepam susu, si ibu akan mendapati yang let-down reflex lebih mudah didapati malahan mungkin mendapat LDR lebih dari sekali.

Selain itu, pengambilan makanan yang mengandungi B-complex dan Vitamin C membantu dalam memastikan si ibu kekal ceria dan hormon oksitosin sentiasa berterusan.

Dan yang paling penting, kesihatan rohani sangat memainkan peranan. Jiwa yang tenang merangsang pengeluaran hormon oksitosin juga. Kerapkan berdoa, berzikir dan bersolat sunat memohon agar perjalanan penyusuan selama 2 tahun dapat dijayakan.


Monday, December 19, 2011

Shining dan Tegang????

Kepada mereka yang membaca entry kak long semalam...mengenai Pn Nora rakan semakmal kak long...

Hari ni kak long nak berkongsi satu lagi produk yang beliau amalkan dan beliau sangat-sangat suka dengan produk ini...bukan bermakna produk yang lain beliau tak suka..tapi yang ni the best for her..

Sedikit info berkaitan GLA COMPLEX:
GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.1
  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid*
  • Menyokong sistem imun*

Ok, kita sambung pengalaman Pn Nora selepas beliau mengambil GLA ni ye...beliau mengatakan yang perjalanan menstrual beliau kini semakin teratur, jadual menstrual yang kucar kacir tidak lagi beliau alami...bukan itu sahaja, kulit wajah beliau kini semakin berseri-seri...kak long pernah membawa Pn Nora berjumpa dengan seorang pelanggan dan pelanggan tersebut memuji Pn Nora ni kerana kulit wajah beliau kemerah-merahan...ala-ala shining gitu...dan kulit beliau turut menjadi lebih tegang...Dan yang lebih menggembirakan beliau apabila suami beliau turut menegur perubahan positif beliau dan gembira..

Alhamdulillah, tiada perkataan lain yang mampu menunjukkan rasa syukur kak long...kak long turut gembira dengan perubahan beliau dan beliau merupakan pelanggan yang tidak banyak kerenah..senang berurusan dengan beliau..

Jadi jika anda di luar sana ingin kulit yang lebih sihat, shining dan glowing serta tegang..jom ler cuba GLA Complex ni..gerenti tak menyesal..



Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Sunday, December 18, 2011

Kekal Bertenaga di Usia 40an

Pn Nora, seorang ibu kepada 2 anak yang meningkat remaja, berusia 40-an dan merupakan rakan semakmal kak long. Pada asasnya beliau memang tiada apa-apa masalah kesihatan langsung namun memandangkan usia beliau yang sudah mencecah 40-an, beliau ingin mengambil beberapa suplemen yang membantu beliau dalam melaksanakan rutin harian beliau di tempat kerja mahupun di rumah. Almaklumlahkan, kadang-kadang bila kita dah semakin berusia, tahap tenaga kita agak berkurang walaupun semangat kita terus meningkat.

Beliau datang berjumpa kak long dan meminta pendapat. Pada mulanya kak long mencadangkan agar beliau mengambil vitamin yang asas iaitu Family Wellness Set namun memandangkan beliau hanya ingin mengambil yang berbentuk tablet/ kapsul sahaja maka beliau hanya mengambil:

i) Vitalea dengan Iron
ii) B-complex
iii) Vitamin C

Dalam masa dua minggu, beliau mengambil Shaklee, ternyata beliau berpuas hati sangat-sangat. Kerja beliau di dalam makmal memerlukan beliau bergerak ke seluruh kawasan kilang dan ini sememangnya memerlukan tenaga yang mantap...Selain itu, beliau turut sering keluar 'out-station' jika ada percubaan produk yang baru...dan ini juga memerlukan tenaga yang bukan sedikit..Ini antara komen yang beliau berikan pada kak long : "Adha, terima kasih sebab kenalkan akak pada Shaklee...memang terasa lain sangat badan ni..Sedap dan sentiasa bertenaga...Lepas ni akak nak cuba yang lain pula.."

Alhamdulillah syukur keran Pn Nora telah merasakan kelainan pada vitamin semulajadi Shaklee ni. Kak long suka bersembang dengan Pn Nora ni sebab banyak tips rumahtangga yang beliau kongsikan...dan antara sebab lain beliau mengambil Shaklee adalah kerana untuk menjaga keharmonian rumahtangga beliau...

Nak tau apa lagi produk Shaklee yang Pn Nora ambil..tungguuu...(ala-ala cerita bersambung la kan..)


Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Tuesday, December 13, 2011

B-Complex In Weight Reduction

Kak long percaya ramai yang terkejut bila membaca tajuk entry kak long ni..Kebanyakan antara kita menganggap B-kompleks menyebabkan selera makan kita bertambah dan sekaligus meningkatkan berat badan...Jadi bahagian mana B-kompleks yang membantu menurunkan berat badan.

Artikel di bawah ni kak long petik dari sumber ini...best-vitamins-for-weight-control


The Best Vitamins For Weight Reduction

The most important vitamins and minerals for weight loss are: Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Choline (part of B-complex), Inositol (part of B-complex), and Vitamin C.

Vitamin B2 (Riboflavin)

Vitamin B2 is needed for normal thyroid function and metabolism. Good food sources of vitamin B2 include: Milk, liver and kidney, almonds, hard cheese, eggs, wheatgerm, leafy green vegetables, Marmite.

Vitamin B3 (Niacin)

Like B2, vitamin B3 is essential for normal thyroid hormone production. Vitamin B3 is also part of the glucose tolerance factor (GTF) which is released every time blood sugar rises. Good food sources of Vitamin B3 include: Wheat bran, liver, tuna, turkey, chicken, meat, eggs, mackerel, salmon, oats, barley, wheatflakes, cheese, dried fruit, brown rice.

Vitamin B5 (Pantothenic Acid)

Any deficiency of Vitamin B5 interferes with our capacity to utilise fat. Vitamin B5 also plays an important role in energy production and assists adrenal function. Good food sources of Vitamin B5 include: liver and kidney, meat, poultry, nuts, wheatflakes, wheat bran, wheatgerm, eggs, molasses, oats, barley, beans, wholegrain bread, green vegetables.

Vitamin B6 (Pyridoxine)

Vitamin B6 regulates the production of thyroid hormone and metabolism. Good food sources of Vitamin B6, brewer's yeast, wheat bran, wheatgerm, oats, sardines, mackerel, poultry, beef, avocado, bananas, brown rice, cabbage, dried fruit, molasses, eggs.

Choline

A member of the Vitamin B complex, choline is not a real vitamin as it is made in the liver. Choline is needed for efficient fat metabolism. Choline deficiency leads to fats becoming trapped in the liver. Good sources of choline include: lecithin, beef liver, beef heart, egg yolks, wheatgerm, cauliflower, cucumber, peanuts.

Inositol

Like choline, inositol is a member of the vitamin B complex and is also manufactured inside the body. Inositol combines with choline to assist in fat metabolism. Good sources of inositol include: lecithin, beef heart, beef liver, wheatgerm, soy, eggs, citrus fruits, wholegrains, nuts.

**For more info, please clik here

Jadi, jangan skip pengambilan B-kompleks anda jika ingin mengurangkan berat badan. Tanyakan pada pengedar kaedah terbaik mengambil B-kompleks

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Monday, December 12, 2011

Apa yang orang sihat perlu ambil?

Dalam zaman yang serba moden sekarang ni...kita banyak terdedah dengan pelbagai sumber pencemaran


Di samping itu gaya hidup kita yang suka kepada makanan segera juga mempengaruhi taraf kesihatan kita.

Pengambilan suplemen asas membantu kita dalam memastikan diri kita senantiasa sihat, cergas dan cerdas dalam menghadapi rutin harian....Ingat ye kawan-kawan, diri kita adalah amanah Allah dan kita pasti ditanya tentang amanah yang satu ini...

Jadi apakah makanan tambahan aka suplemen yang boleh diambil oleh mereka yang sihat dan ingin terus sihat..

BASIC/ FAMILY WELLNESS PROGRAM

Set ini boleh diambil oleh seisi keluarga


Apa yang terkandung dalam set ini?

ENERGIZING SOY PROTEIN

Sememangnya dalam menu seharian kita pastinya sumber protein seperti ikan, telur, ayam daging, kekacang pasti ada..namun protein adalah sejenis zat yang mudah termusnah. Tahukah anda protein termusnah pada syhu 37C? Oleh sebab itulah, pengambilan ESP boleh membantu memastikan sumber protein kita sentiasa cukup. Protein yang bagus adalah protein yang mengandungi 9 asid amino perlu yang wajib diambil oleh badan. Protein berfungsi dalam mebina sel baru serta memulihkan sel yang rosak. Sel yang sihat dapat menyerap nutrien (vitamin dan gamram mineral) dengan lebih optimum. Tubuh badan yang sihat datang dari sel yang sihat.

Nota: Protein Shaklee mengandungi phyto-estrogen dan isoflavones (genistein & daidzein - yang menghalang pembentukan sebarang abnormal sel seperti sel kanser). Tidak dihasilkan dari GMO.

VITALEA

Multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Zat besi membantu dalam pembinaan sel darah merah. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah anemia dan tekanan darah rendah. Untuk penyerapan zat besi yang optimum, elakkan mengambil vitalea dengan minuman bersusu. 1 tablet vitalea mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh badan. Ia merupakan sumber pemakanan yang lengkap untuk sel hidup sihat. 

Nota: Vitalea dilengkapkan dengan Sistem Penyerapan Bioaktif yang mampu menyerap asid folik dengan maksimum. Kadar penyerapan vitalea ke dalam badan kita adalah 17 minit.

SUSTAINED RELEASED VITA-C 500gm

Sumber vitamin C sangat banyak di sekeliling kita. Pengambilan 3-4 jenis potongan buah dalam sehari mampu membekalkan keperluan Vitamin C untuk sehari namun berapa ramai di kalangan kita yang mengamalkannya? Vitamin C adalah vitamin yang 'fragile' dan mudah termusnah oleh pengaruh sekitar. Fungsi Vitamin C selain bertindak sebagai bahan pembina imuniti, ia juga adalah sumber pembentukan kolagen yang diperlukan oleh sel dan kolagen bertindak melindungi dan melekatkan antara sel. Pemutusan rantaian kolagen antara sel merupakan faktor terjadinya kedutan pada kulit terutama kulit wajah.

Nota: Vita-C Shaklee dilengkapkan dengan sistem pelepasan masa. Badan memerlukan hampir 100mg Vitamin C dalam satu jam dan sistem ini memaksimumkan penyerapan vitamin C ke dalam badan.

B-COMPLEX

Satu rumusan B-kompleks yang lengkap dengan 8jenis vitamin B termasuk Biotin dan asid folik. B-kompleks mudah termusnah oleh haba yang tinggi, tekanan dan merupakan vitamin yang larut air. Berfungsi dalam memastikan sel yang hidup sihat dan bergerak dengan aktif dan melaksanakan fungsi masing-masing dengan baik. Sering keletihan dan mengalami keadaan emosi yang tidak stabil antara kekurangan B-kompleks. Jika diambil selepas sarapan, merupakan pembekal tenaga untuk rutin seharian.

Nota: B-kompleks Shaklee lengkap dengan 8 jenis B dan lengkap dengan Sistem Penyerapan Bioaktif.

Seorang isteri dan ibu pastinya menginginkan ahli keluarganya sentiasa sihat dan riang gembira. Keluarga yang sihat adalah keluarga yang sejahtera dan harmoni. Keluargaku syurgaku...

Kak long telah memilih Shaklee untuk memastikan keluarga kak long sihat sejahtera...Anda bagaimana?

Ingin lebih tips kesihatan keluarga? Nantikan entry akan datang...

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Friday, December 9, 2011

FAQ on VIVIX

Kak long nak share lagi mengenai vivix....

Di bawah ni adalah beberapa FAQ mengenai vivix




Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Thursday, December 8, 2011

Vivix...Antioksidan terhebat!!! Hanya Sesudu Teh Sehari...

Entry ini adalah kesinambungan dari entry lepas....Kak long petik artikel ni dari yoursupermom.com


Tonik anti penuaan

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

CUBA renungkan wajah ibu dan ayah yang semakin dimamah usia yang dilakari dengan garis-garis halus, terbayang pula bagaimana wajah kita pada usia mereka.

Usia yang melangkah tahun demi tahun bakal mengubah bentuk fizikal menyebabkan ramai yang sanggup berbelanja besar untuk 'mengekalkan keremajaan' masing-masing.

Ada yang menjalani pembedahan plastik yang dikatakan mampu mengembalikan penampilan fizikal seseorang.

Ada juga yang mengambil pelbagai makanan tambahan serta suntikan untuk mengekalkan keremajaan.

Apa yang perlu diketahui penuaan merupakan proses semulajadi sememangnya dijangka dan tidak siapa boleh menghalangnya daripada terus berlaku.

Meskipun penuaan satu proses semula jadi, mengapa manusia menjadi tua masih dilihat sebagai misteri kehidupan yang kompleks.

Ada beberapa teori mengapa manusia menjadi tua.

Pertama berkait dengan faktor genetik iaitu sesuatu yang sudah diprogramkan, misalnya berapa kali sel akan membiak dan menggantikan sel yang lama telah dikodkan dalam program genetik.
Contohnya sel yang diprogramkan untuk 60 tahun, apabila sampai usia 60 tahun, graf aktivitinya mula menurun.

Teori kedua pula apabila seseorang menjadi tua mungkin disebabkan kesan toksin di dalam persekitaran atau pemakanan.

Toksin yang terdapat secara semulajadi di dalam bentuk radikal atau ion bebas atau yang dihasilkan bahan kimia, contohnya rokok menyebabkan kematian sel lebih awal daripada kematian secara semulajadi.

Ini menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.

Bagaimanapun kajian sains mendapati proses penuaan boleh diperlahankan manakala penyakit yang berkaitan dengannya boleh dicegah.

Kajian saintifik mempunyai bukti yang kukuh menunjukkan bahan semulajadi yang terdapat dalam anggur yang dikenali sebagai resveratrol berupaya mengubah kesan negatif akibat pengambilan makanan dengan kalori tinggi dan meningkatkan jangka hayat pada tikus yang diuji.

Menggunakan hasil kajian berkenaan, sebuah syarikat yang membekalkan makanan kesihatan tambahan Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd, meneruskan kajian berkenaan bagi menjadikan resveratrol sebagai tonik anti penuaan yang sedang dalam proses permohonan paten.

Cabaran revolusi dalam menangani penuaan peringkat sel, Campuran Minuman Botanikal Vivix telah diperkenalkan buat kali pertama di negara ini oleh Shaklee.

Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation Dr. Carsten R. Smidt berkata, pihaknya bangga dengan pencapaian inovasi Vivix.

"Pasukan kami telah melaburkan masa bagi mencipta dan menghasilkan campuran unik kandungan polifenol yang apabila ditambah dengan resveratrol telah menunjukkan hasil kajian makmal yang positif terhadap empat punca mekanisme penuaan sel," katanya.

Empat mekanisme berkenaan adalah melindungi dan membaiki DNA, menyelaras genetik, pengeluaran tenaga sel dan memperlahankan proses penuaan.

Cuba bayangkan, makanan tambahan anti-penuaan, hidangan Vivix lebih baik berbanding dengan kandungan resveratrol yang terdapat dalam produk anti penuaan biasa yang terdapat di persekitaran.

Kajian makmal menunjukkan kandungan Vivix didapati 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding dengan mekanisme utama resveratrol tunggal.

"Pada masa resveratrol menangani tiga hingga empat mekanisme penuaan, ini tidak berkesan dalam menangani pembentukan protein AGE yang meningkatkan integriti dan hayat sel," katanya.

Oleh sebab itu jelas Carsten, saintis mereka di Shaklee telah mengenalpasti dan mencipta campuran polifenol yang 10 kali lebih berkuasa berbanding hanya resveratrol dalam menangani empat mekanisme penuaan sel.

Pengguna boleh mengambil sekurang-kurangnya satu sudu teh Vivix sehari semasa sarapan atau makan tengahari.

Kandungan utama Vivix adalah anggur Muscadine, Elderberry, Polyganum cuspidatum dan lobak ungu.

Buat masa ini Vivix keluaran Shaklee telah mendapat Sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).




Wednesday, December 7, 2011

25 Tahun Lebih Muda?



Dengan ini kak long memperkenalkan VIVIX



Revolusi Terbaru dari ShakleeVivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  

Bakal dipatenkan tidak lama lagi.  Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Pantang Larang Vitamin Ketika Hamil

Biasanya kita cuma dengar pantang larang orang tua-tua je kan untuk orang mengandung ni...tapi kalian tahu tak yang untuk wanita hamil, pengambilan vitamin pun ada pantang larangnya...tak semua vitamin boleh diambil ketika kita mengandung ye terutama ketika di awal kehamilan...jadi apa yang boleh diambil dan apa yang tidak ye...

credit to anakkuwiraku.com

Vitamin yang perlu
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.

Fungsi Vitamin 
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :

Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. Pengambilan vitalea@multivitamin shaklee yang konsisten membantu menstabilkan bacaan Hb darah ibu yang hamil.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.



Omega : membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke4 kehamilan.

Vitamin yang dilarang



Antara senarai vitamin Shaklee yang tidak boleh diambil ketika mengandung ialah antaranya vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Pastikan anda mendapat konsultasi agar vitamin yang anda ambil dapat berfungsi secara optimum.



Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Tuesday, December 6, 2011

Set B bukan sekadar penambah susu...Apa kesan pada Suami?

Kebanyakan yang mengambil Euphoria Breastfeeding Set aka Set B adalah dari kalangan ibu-ibu yang menyusu...yela kan dah namanya breastfeeding set kan...kak long ni pun...tapi sebenarnya, khasiat Set B ni turut boleh dirasai oleh kaum suami/ bapa yang mengambilnya...kak long nak share beberapa testimoni apabila kaoum lelaki pula yang mengambil Set B ni...




Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Monday, December 5, 2011

Penawar Batuk

Hari ni kak long nak share sikit...

Sejak 2-3 minggu yang lalu, Anak-anak dan kak long mengalami batuk yang agak melampau jugak la....tak berhenri-henti....biasanya waktu nak ke subuh tu......then seperti biasa consume ubat batuk...tapi yang kecewa nya..... dah hampir habis sebotol...batuk masih tak reda...malah rasa semakin teruk sebab dada rasa ketat je....rasa macam nak kena athma pun ada


Alhamdulillah...kak long cuba ambil omega (2biji-normal 1 biji je) dan bg anak omega + mealshakes, dan ikut beberapa petua yg Kak Norita Mohd Idris bagi..... hari 1-3 tu....batuk-batuk masih ada tapi kahak senang longkah...pagi-pagi je mesti berketul-ketul yang keluar...(maaf la ye kalau ada yang geli....) dan Alhamdulillah hari ke-4..batuk hanya kedengaran sekali sekala sahaja...mungkin kerana kahak dah keluar....batuk semakin reda dan kesihatan kami sekeluarga bertambah baik...

Omega selain membantu masalah keradangan@inflammation, juga bantu memanaskan dada.

Omega juga sesuai utk mereka yang ada masalah athma (bantu memanaskan dada) atau pesakit gout (mengurangkan keradangan sendi). Cubalah!

Info lain tentang Shaklee Omega Guard :

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
http://www.shaklee.com.my/bm/prodview_body.asp?prodcode=10236






Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Friday, December 2, 2011

Berkat Sabar

Sabar..memang mudah diucapkan namun tidak semua mampu menanggung kesabaran...tapi hanya mereka yang tahu berkat dari kesabaran akan terus bersabar...

Kak long berbicara pasal kesabaran le pulak ye di pagi Jumaat ni...bukan apa teman-teman...kita sebagai manusia ni tak pernah lari dari nak dapat semua benda dengan cepat....contohnya, nak kawin cepat, nak kaya cepat tapi bila bab nak sabar ni semua macam menyerah je...begitu juga dengan pengambilan suplement...ada yang baru sahaja mula mengambil suplement tapi inginkan hasil seperti orang yang dah 10 tahun amalkan suplemen...

Suka kak long nak kongsi sesuatu dengan kalian semua..


Sebab itulah, kak long selalu ingatkan diri dan rakan-rakan kak long supaya terus istiqamah...hasil dari pengambilan suplemen berbeza ka atas setiap individu, ada yang cepat dan ada yang lambat....dan sebaik-baiknya beri tempoh pada badan kita untuk menyesuaikan diri dengan suplemen yang baru diambil...

Jom kita baca testimoni seorang rakan berkat kesabaran kawan beliau, hasil yang diperolehi, Alhamdulillah syukur...credit to anakkuwiraku.com



Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Thursday, December 1, 2011

Cerita Dilla...Cyst tidak jadi dibedah selepas amalkan GLA Shaklee


Siapa pernah dengar apa itu cyst? Biasanya kaum wanita sangat biasa dengan perkataan cyst ni...

."An ovarian cyst is any collection of fluid, surrounded by a very thin wall, within an ovary. Any ovarian follicle that is larger than about two centimeters is termed an ovarian cyst. An ovarian cyst can be as small as a pea, or larger than an orange.Some ovarian cysts cause problems, such as bleeding and pain. Surgery may be required to remove cysts larger than 5 centimeters in diameter - Wikipedia"

Kali ni kak long nak berkongsi pengalaman Dilla yg disahkan ada cyst selepas pemeriksaan postnatal.. mari kita baca kisah Dilla...dipetik dari blognya
__________________________________________________
Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa...tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya....Dah besar 5cm katanya....
Air muka doktor macam cuak je...Mula-mula saya tak pasti apa itu cyst ovari dan kesannya....dia kata tunggu next appointment, scan tengok mcam mana....kalu perlu, kne operate buang...Operate? Alamak....seumur saya tak pernah kena bedah...dan sememangnya taknak operate...sebab apa yang saya tahu, bila operate ni seolah-olah kita dah ganggu sistem badan kita....kesian badan kita....masa bersalin dulu pun, saya dah berazam dan cakap dengan doktor, nak bersalin normal...Alhamdulillah, Allah permudahkan...so, doktor set kan tarikh untuk next appointment...Next appointment pada 09/02/2011, saya scan lagi dan cyst tu masih 5.37 cm...Inilah gambar scan saya...
Doktor dah mula plan nak operate saya...takpe, dia bagi can lagi sehingga next appointment utk pilih tarikh memandangkan anak saya baru 4 bulan dan fully breastfeed..Klau boleh, dia cadangkan saya operate bila anak dah umur 6 bulan supaya dah mula makan dan tak sepenuhnya bergantung pada susu badan...Balik rumah, saya dah risau..saya memang nak elak daripada dibedah.Terus saya tanya senior saya, kak cery, ada ke produk Shaklee untuk rawat cyst ovari ni? Beliau rekemenkan saya dengan GLA Complex dan saya mula makan pada awal bulan April.Pada next appointment iaitu 04/04/2011, Saya scan lagi dan ukuran diameter berkurangan menjadi5.03 cm.
Doktor masih rekemen untuk bedah....saya minta tunggu lagi hingga next appointment pada 13/05/2011, tibalah pada tarikh untuk saya operate untuk buang cyst tersebut. Untuk kali terakhir, saya minta doktor scan dan ukuran diameter cyst tersebut menjadi 2.73cm !!! Anda boleh lihat pada gambar scan ni ada tulis diameternya tu...
Dalam masa 2 bulan, cyst beliau telah menyusut dengan banyaknya...dan beliau tidak jadi dibedah...Syukur Alhamdulillah...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan baru-baru ni, dalam facebook grup Euphoria, beliau telah berkongsi yang saiz cyst beliau semakin kecil...


Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab saya tak jadi dibedah..So, apa yang saya amalkan selama 2 bulan ni?
1) Mengambil vitamin Shaklee GLA Complex:GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. 

2) Memakai Pad Herba Avail. 

3) Mengamalkan baca doa untuk mengecilkan bengkak:" Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...."Alhamdulillah, lepas je jumpa doktor, saya terus ke surau untuk sujud syukur....Sesungguhnya tiada yg lebih berharga daripada anugerah kesihatan yang baik....Syukur alhamdulillah....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anda nak cuba GLA ni? GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.

Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.



Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Wednesday, November 30, 2011

Shaklee ada EPO?

Sebelum ni kak long pernah buat post berkaitan dengan GLA....namun masih ramai yang bertanya berkaitan EPO (Evening Primrose Oil)...dalam kalangan kaum wanita EPO adalah suplemen yang tidak asing lagi sebab antara fungsi EPO ni adalah mengurangkan simptom PMS...

Namun tahukah anda..unsur UTAMA dalam EPO adalah GLA iaitu Gamma-Linolenic Acid




Apa itu GLA?

GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin?Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

FAEDAH
GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan eczema. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA?

GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA sangat diperlukan olehpengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan


MENGAPA SHAKLEE GLA 

1. Bahan Asid linoleik Gama hanya boleh didapat dari 3 tumbuhan (bijiran):-
Evening Primerose Oil
- Black current
- Borage – minyak tertinggi 2 x ganda dari primerose & 50% lebih tinggi dari
black current


2.Badan boleh membina GLAnya sendiri dengan menukarkan asid linoleik yang didapati secara semulajadi dalam minyak sayuran tetapi faktor-faktor seperti tekanan, penuaan, penyakit & pengambilan alkohol boleh menggangu proses penukaran tersebut. Oleh itu pemakanan tambahan GLA sangat di syorkan bagi memastikan tubuh mempunyai bekalan binaan yang mencukupi untuk postsglandin
3.Diuji secara klinikal untuk bioavailabiliti, serapan & gabungan ke dalam sel & tisu
4.Dari borage sumber semulajadi yang paling pekat asid lonileik gama
5.Setiap kapsul mengandungi 90 mg asid linoleik gama, 216 mg asid linoleik & 15 IU vitamin E
6.Di lindungi oleh Shaklee Guard – sistem anti –pengoksida semulajadi dipaten secara eksklusif bagi memastikan kestabilan dan kesegaran



credit to anakkuwiraku.com

Adakah GLA ini hanya boleh diambil oleh perempuan sahaja? Tidak...ia juga bagus untuk kaum lelaki...

Sebotol GLA mengandungi 60 kapsul. Jika anda ingin mendapatkannya dengan harga istimewa....boleh hubungi kak long dengan segera...


Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.