Monday, March 21, 2011

BerJaYa..UntuK KitA...

Salam kekawan...

Korang semua pernah terfikir tak...kalau lah satu hari nanti kita jadi kaya...macamana ek...

Nape kak long tetiba cakap pasal nak jadi kaya ni...kak long pasti kebanyakan antara kita pasti pernah berangan2... (kalau tak selalu..sekali sekala tentu ada)...bestnyer kalau kita jadi kaya kan....

Bukan senang nak jadi senang ...apa yang penting..mestilah NIAT kita.....kak long suka nak memetik sesuatu dr laman blog yg kak long suka baca...


Niatkan kecemerlangan Anda untuk orang sekeliling. Jadilah seorang yang mahu berbakti sebab bila Anda memasang niat sebegitu, motivasi Anda akan kekal lama. Dedikasikan tenaga Anda untuk membantu memperbaiki diri orang lain kerana Anda akan merasa amat termotivasi.
Sebagai contoh, sayangilah seseorang kerana mahu membahagiakan dirinya. Jadilah seorang pelajar cemerlang dengan niat kecemerlangan itu untuk membahagiakan hati ibu dan bapa Anda.
Jadilah seorang pekerja cemerlang supaya organisasi Anda bergerak maju ke depan hasil usaha keras Anda. Jadilah seorang bos yang membentuk pekerja-pekerjanya jadi pekerja berjaya, bukan hanya tahu memarahi kesalahan mereka.
Anda akan berjaya mengecapi kejayaan apabila Anda dedikasikan diri Anda untuk membentukkejayaan orang lain.
Sebaik-baik niat untuk jadi orang berjaya adalah niat untuk membantu menggerakkan insan lain memajukan hidup mereka. Orang tak akan maju jika mereka tidak ada contoh ikutan untuk mereka memajukan diri.

credit

selain dari itu, cuba renung2 kan statement di bawah...

Untuk berjaya, jiwa perlu besar. Jadikan masalah hidup itu sebagai satu keperluan cabaran untuk kita lebih maju dan berjaya. Kejayaan terbesar apabila kita mampu mengatasi rasa takut dalam diri, kurang keyakinan dan lemah semangat. Jangan mengalah dan teruskan perjuangan. Tetapkan matlamat, letakkan usaha yang seiring dengan matlamat dan banyakkan berzikir memuji ALLAH kerana sesungguhnya rezeki itu datang dari ALLAH jua.
Mulakan hari ini dengan membayar zakat pendapatan, memberi hadiah @ sedekah kepada ibu bapa semoga pintu keberkatan itu terbuka luas buat kita semua. Saya yakin, bagaimana hebat sekalipun seorang manusia itu, ia tetap sama dipandangan ALLAH namun mereka yang mendekatkan diri kepadaNYA akan mempunyai lebih bahagiannya.



Credit untuk Kak N...

Maka kawan2...mulakan hari ini dengan lebih positif..insyaAllah...dengan fikiran yang positif...kita akan nampak peluang dalam setiap masalah...ingatlah yg masalah tiba untuk menjadikan kita lebih kuat dan matang bukan lebih lemah...

salam sayang dari kak long...