Sunday, March 20, 2011

MacaMana kaLau terLukA/ MeLeCet..?

Sepanjang minggu lepas..kak long mengalami saat-saat kritikal di mana...bila si kecik MuazIlham telah menyebabkan ibunya mengalami kecederaan yang agak parah di kawasan kegemaran si kecik ini....Namun mujur, kak long mengamalkan makan supplemen semenjak dua menjak ni...berkat mengamalkan...Vitamin C, Zinc and Vitamin E..maka kecederaan itu tidaklah berlanjutan...

Pada mulanya...kak long just cuba amik Vitamin C,luka di kawasan p****g tu nampak berkurang...tapi disebabkan muaz tetap nak menyusu di tempat yang cedera..maka luka lama kembali berdarah...then kak long pun memulakan pengambilan zink (dah lama tinggalkan ni...heheh) and vitamin E secara berterusan...ALhamdulillah berkat usaha kak long dan dengan izinNya...luka tersebut kering dalam masa sehari dan pertumbuhan kulit baru jelas kelihatan selepas 2-3 hari ...dan sekarang...walaupun si kecik muaz tu tetap nak menggigit (mcm chewing gum dibuatnya..) tapi luka/lecetan yang baru tu cepat pulih....

Kenapa kak long makan 3 vitamin tu yer...

Vitamin C - Vitamin C sangat penting untuk pembentukan kolagen. Kolagen merupakan lapisan yang penting dalam menghubungkan setiap sel dalam badan kita. Tanpa kolagen yang kuat, kulit kita menjadi sensitif dan mudah tercalar serta lambat pula baiknya

Vitamin E - Vitamin E sangat bagus untuk mengelakkan inflammation. Apabila puting terkoyak luka atau melecet hakikatnya bahagian dalam akan mengalami sedikit bengkak dan kerana itu kita sebagai ibu akan rasa sakit dan berdenyut setiap kali anak menyusu. Apabila sakit kita akan merasa tertekan dan sedikit stress seterusnya susu akan mula menurun. Vitamin E membantu mengurangkan bengkak itu.

Zinc - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka..ikan haruan antara makanan yang tinggi kandungan zinc...Zinc pula berperanan membina jalinan antara sel ibarat benang untuk menyambungkan luka yang koyak tadi atau kulit yang melecet tadi. Maka dengan gabungan kedua dua vitamin ini membantu luka atau melecet tadi beransur baik dengan kadar yang sangat cepat.