Friday, March 25, 2011

MaSa UntUk MenCubA - Ibu MenYuSu

Suka untuk kak long mengingatkan bahawa pengambilan vitamin ini ialah untuk membantu meningkatkan taraf kesihatan si ibu, di mana ianya pasti akan membantu dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Bukan semata-mata, makan supplements = CONFIRM susu banyak!

Jika anda pernah jumpa mana-mana artikel Shaklee kak long yang menyatakan, "Makanlah Vitamin Shaklee, di jamin susu badan anda bertambah banyak!", sila lah alert kan kak long supaya dapat kak long memperbetulkan pernyataan tersebut. Sesungguhnya, kak long ingin anda makan dengan ilmu, bukan sekadar makan kerana banyak testimoni yang memberansangkan!

Sesetengah ibu HANYA mengharapkan peningkatan KUANTITI susu perahannya sehingga tidak menyedari perubahan lain seperti badan lebih bertenaga, mood happy, tidak stress, kulit makin berseri dan lain-lain, kesan dari pengambilan vitamin. Maka, untuk mengelakkan anda kecewa dengan hasilnya , pastikan anda mengamalkan 3 konsep asas di bawah ini:

(1) Fahami konsep SUPPLY vs DEMAND dalam BreastFeeding. Kosongkan payudara setiap 2-3 jam. Pengosongan payudara di sini bermaksud samaada dikosongkan secara semulajadi melalui hisapan bayi (direct feeding), mahupun secara perahan susu (breast pumping).

(2) Minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3L sehari. Adalah lebih baik jika anda dapat menggunakan indikator (contoh: isi air di dalam botol air 1L. Pastikan minum melebihi 2 botol) yang sesuai untuk memastikan sukatannya.

(3) Doa yang berterusan; bertawakkal. Insya Allah.



Kak long bukanlah Lactation / Peer Counsellor..kak long hanyalah seorang ibu yang bekerjaya...yang ingin berkongsi pengalaman menyusukan anak selama 17 bulan (insyaALlah akan berterusan sehingga 2 tahun) dengan susu ibu sahaja...di samping mengamalkan pengambilan makanan tambahan yang membantu kak long sepanjang tempoh penyususan ini....