Tuesday, March 22, 2011

Petua Dr Fadzilah Kamsah – mencuci hati dengan bacaan selawat


Sesi pemurnian jiwa....
Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawatnabi paling kurang dalam kiraan 100 kali.
Menurut Dr Fadzilah Kamsah, cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing serta membuat orang sayang pada kita.
Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain walau di mana jua dia berada.
Kesan jangka masa panjang, bacaan selawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita.
Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif, iaitu sikap yan paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.