Monday, March 21, 2011

ShAkLee - Untuk SemUA...



Siapa kata Shaklee hanya untuk ibu yang menyusu? 


Shaklee punya banyak vitamin yang boleh diambil oleh mereka yang nak sentiasa sihat , mereka yang dalam proses pemulihan dan mereka yang sedang sakit....


Kehidupan hari ini yang memaksa rata-rata pasangan yang berkahwin bekerja untuk sama-sama menyara keluarga demi untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak semasa membuatkan adakala pengambilan makanan menjadi tidak seimbang. Bagi yang menyedari hakikat ini, memang telah siap sedia menyediakan ruang kewangan atau budget untuk membeli makanan tambahan sebagai makanan pencegah kepada kebarangkalian sakit yang boleh di dapati kerana tekanan kerja , cara hidup dan pengambilan makanan yang adakalanya tidak lengkap dalam sehari.
  
Alhamdulillah ramai ibu yang berkongsi vitamin untuk dimakan bersama suami tersayang. Benarkah suami juga perlu vitamin? Hanya seorang isteri sahaja tahu keadaan dan keperluan si suami. Jika asyik melihat suami pulang dan merungut  keletihan, tiada mood bersama untuk keintiman, balik terus tidur...tiada masa kualiti bersama isteri dan anak.....maka kita dah tahu suami perlukan sesuatu. Namun jika si isteri perasan si suami jatuh sakit sehingga terlantar ke hospital baru membuka mata tentang keperluan suami....waktu itu si isteri perlu berusaha dengan lebih keras demi memastikan suaminya sihat semula.

Memang tidak dinafikan rata-rata suami tak suka makan vitamin. Atau kata lain perlu dipaksa.....tak salah, kita hidangkan beberapa biji vitamin untuk diambil selepas makan malam. Mula2 memang amik masa untuk minta suami makan....nanti lama kelamaan si suami akan dapat bezakan bila dia makan dengan tidak. Percayalah......

Ini antara testimoni kawan ibu Marlina M Nazman.....

Cepat betul vitamin saya abeh..satu family kongsi..mula2 saya paksa hubby makan skali. Dia reject tp skrg dia akui mkn vitamin badan dia rasa cergas dari biasa, mood pn makin ok..hehe pastu mama saya pn join sbb dia ngadu letih jaga anak saya. Mama try vitalea, b-complex, ostematrix dgn alfalfa..alhamdulillah dh kurang letih..adik pulak ada masalah buang air besar, dah mcm2 produk guna tak berkesan. saya suggest alfalfa, seronok dia skrg hari2 dh ble buang banding dulu seminggu 2x jer.hehe...

Terima kasih yea kak..


Ini pula pengakuan Hadha......
Sumber asal : Blog yoursupermom 

 Jalan-jalan Melbourne : Antibodi Tinggi Dengan VItamin Shaklee

Alhamdulillah. Sudah hampir 9 bulan saya bersama Shaklee. Memang mengagumkan terutama dari aspek kesihatan saya dan Icha.



Terkini saya nak share, pengalaman baru balik bercuti di Melbourne. Perubahan cuaca dan suhu yang dialami oleh kami tiga keluarga menyebabkan 9 daripada 13 orang yang join the trip demam-demam, bermula daripada hari terakhir di sana, membawa kepada hampir seminggu di Malaysia (setelah pulang)

Cuba teka siapa yang tak demam?

Saya, hubby, Icha dan ibu saudara hubby.

Rahsianya? Pastilah Shaklee. Sebelum berangkat, saya memastikan kami sekeluarga (saya, hubby dan Icha) telah mendapat perlindungan secukupnya. Segelas Nutriferon dibancuh untuk minuman saya dan hubby. Pillbox Shaklee penuh saya isi dengan B Complex, Vitamin C, Vitalea, Zinc Complex, Alfalfa dan Ostematrix. Saya 'extra'kan B Complex dan Vitamin C sebab kedua-dua vitamin wajib.

Ibu mertua ada bertanya sebab risau pillbox saya kena tahan dengan imigresen, tapi saya buat tak tahu sebab saya tahu vitamin bukan bahan larangan (just kena declare je). Mujurlah, bekalan vitamin saya sangat membantu, malah mak sendiri tumpang makan bekalan vitamin saya sebab dia dah mula demam. Hehe. Nasib baik saya bawak extra, kalau tak mesti tak cukup vitamin-vitamin tu.

Setiba di Malaysia, cuma saya, hubby dan Icha aje yang steady. Yang lain semua dah sohseh-sohseh. Itupun hubby dah ada tanda-tanda demam (sebab masa kat Melbourne saya sorang yang konsisten makan vitamin ~ benefits Icha sekaligus!). Balik ke Teluk Intan, mak ada tanya samada kami semua sihat, kata hubby cuma saya dan Icha aje yang masih sihat. Kata emak, mereka semua kurang sihat. Hubby sendiri dah start batuk-batuk.

Yang penting, kena konsisten makan vitamin. Saya sangat bersyukur sebab Icha tak pernah demam teruk-teruk lebih daripada sehari setakat ni. Demam pun tak meragam. Antibodi Icha sekuat lengannya yang berulas-ulas tu. Saya pula terakhir demam masa bulan Ramadhan baru ni sebab main habuk di stor. Lepas tu, saya tak pernah demam.

So, jangan ngelat makan vitamin ye kawan-kawan. Bukan saja untuk sihat dan bertenaga, tapi untuk awet muda. Tudung saya mahal-mahal, so vitamin saya pun kenalah mahal-mahal juga kan? ;)
Anda bagaimana? Pilihan di tangan kita :)