Tuesday, April 5, 2011

BaYi dAn MinYak AnGin @ OiNtmenT

Salam kekawan...


Arini kak long nak bercerita pasal minyak angin lak...minyak angin tau bukan minyak urat...


Selalunyer, kita ibu-ibu ni pasti ada menyediakan satu checklist @ senarai semak keperluan yang perlu dibeli untuk setiap bayi yang baru lahir...antara salah satu benda yang wajib ada...ialah...minyak angin...


Terlalu banyak jenis minyak angin yang ada di muka bumi Malaysia ni...dan pelbagai nama yang ada....ada yang wujud sejak zaman ibu bapa kita mahupun nenek moyang kita...ada yang baru je dicipta pada zaman millenium ni....apa2pun tujuan minyak angin @ ointment ni digunakan adalah untuk memberi haba/ kepanasan/ kelegaan kepada bayi2 terutamanya bayi yang baru lahir....kak long sendiri salah seorang pengguna tegar minyak angin ni...


Sedari kecil, bonda kesayangan kak long telah menggunakan ointment dari jenama *i*k*...dan penggunaannya sangat meluas dalam kalangan keluarga kak long sendiri...dari bonda ke ayahanda sehinggalah ke adinda-adinda kak long...dan kami menggunakannya tak kira masa...selepas mandi, semasa selesema, batuk mahupun demam....pendekata kalau takde *i*k* memang tak lengkapla hidup kami....


Namun sejauh mana ointment/ minyak angin ni selamat digunakan....baru2 ni...kak long terjumpa satu blog yang mengatakan ointment/salap jenama *i*k* ni tak selamat untuk kanak-kanak bawah 2 tahun terutamanya...alamak...camne ni ek...kak long memang pengguna tegar ni...tapi kenapa tak boleh guna....
kekawan boleh klink kat link ni sebab ada berita oversea pasal kes ni...news on ointment dan juga ini studies/ news on ointment


Then...kak long pun buat la sedikit pembacaan tambahan berkaitan ointment ni...actually bukan brand *i*k* je yang tidak dibolehkan penggunaannya...tetapi kebanyakan minyak angin/ ointment/ salap yang mengandungi unsur methylsalicylate and menthol and camphor  turut dilarang penggunaannya ke atas kanak-kanak kerana kadar ketoksikan yang tinggi...kita selalunya akan menyapu ointment ni sama ada pada dada atau belakang dada atau ada juga yang meletakkannya di hidung...kehadiran 3 unsur tersebut...unsur yang meruap...boleh menyebabkan gangguan pernafasan terhadap bayi atau kanak-kanak tersebut jika kanak-kanak tersebut menghidunya...(kalau dah letak kat hidung..sure terbau gak kan...) sebab tu ada antara ointment ni menyatakan "dilarang diletak di hidung"...mungkin sebab ni la kot kan....


Jadi kepada ibu-ibu di luar sana, mari kita sama-sama pastikan supaya minyak angin yang kita gunakan bebas dari 3 unsur di atas yer...kak long pasti banyak lagi pilihan minyak angin yanga ada...ibu-ibu, kalau bukan kita yang merubahnya sapa lagi ye tak....




Tak pernah mengambil apa-apa vitamin sebelum ini? Nak cuba? 
Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms saya di 019-7987970.. Selamat mencuba