Monday, April 18, 2011

BiLa RamBut GuGUR

Suami: Yang, banyaknya rambut kat sikat ni...
Isteri: Ye ke bang, sayang tak perasan la...
Suami: Cuba sayang tengok...kat sikat lain...kat lantai pun ada....kenapa dgn rambut sayang yer...banyaknye gugur...
Isteri: Ye la bang, sejak lepas bersalin memang banyak rambut sayang yang gugur...dah cuba mcm2...tapi still tak berkesan..nak buat macamana yer...


Pernah tak kawan2 semua mengalami situasi di atas....dah menjadi kebiasaan ibu-ibu yang bersalin mengalami gejala keguguran rambut...adakalanya sangat serius....kak long tak terkecuali dari mengalaminya...


Bagi menjawab solan dari salah seorang pembaca blog kak long berkaitan dengan rambut gugur, supplement yang diperlukan ialah zinc. 






Zinc dikatakan bertanggungjawab serta terlibat di dalam melebihi 100 proses enzim badan. Enzim ialah kimia-kimia penting yang menjadikan asas kepada fungsi-fungsi tubuh badan. Enzim membantu mengawalselia (regulate) semua proses –proses biokimia badan. Umpamanya enzim berkerja dengan sel darah merah untuk memindahkan carbon dioxide dari tisu-tisu ke paru-paru, proses pengeluaran tenaga dan Synthesis Protein (pembinaan protein) dan metabolisma.

Antara tanda-tanda KEKURANGAN ZINC:- 

- Deria rasa dan bau hilang atau menurun sensitivitinya.
- Terdapat tanda putih di bahagian kuku jari. 
- Kurang selera/ tidak boleh mengawal selera.
- Muka kelihatan pucat.
- Ketidak suburan atau mandul (Infertility)
- Mudah/ sering di serang infansi
- Kulit bermasalah – Jerawat, jeragat, jangkitan kulit, 
- Keguguran rambut

Zinc boleh musnah disebabkan oleh

• Stress
• Merokok
• Peminum
• Berpeluh yang banyak
• Kekerapan seks


RISIKO KEKURANGAN ZINC:- 

Kekurangan zinc boleh menyebabkan penyembuhan luka menjadi lambat – penyembuhan akan berlaku dengan cepat sekiranya sel baru lagi kuat dapat dibina untuk mengganti sel yang telah rosak dan musnah 
Kehilangan deria rasa dan bau – ia mengubahkan kimia air liur (saliva). Akibatnya apa yang di rasa dan dihidu terasa berlainan / pelik berbanding dengan orang normal. Ia juga memberi kesan pada otak untuk memproses maklumat-maklumat untuk deria rasa dan bau. Kesannya ia akan mempengaruhi cara makan dan minum --akhirnya menyebabkan individu itu hilang selera (anorexia), dan Bulimia
Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility)
Selain itu kekurangan zinc boleh mengakibatkan ruam (Rashes),pembesaran yang tak optimal (kerdil), rambut mudah gugur,masalah buah pinggang, masalah hati, penyakit usus dan rheumatoid arthritis .

Secara ringkasnya dapat kak long nyatakan 

Zinc sangat penting dari pertumbuhan sel sehingga ‘sex maturation’, membantu mengukuhkan system pertahanan badan dan membantu dalam deria rasa dan bau ( taste & smell)

Apabila system pertahanan kuat ia membantu mencegah batuk (colds), selsema(flu), sakit mata (conjunctivitis), rheumatoid arthritis, lupus (sejenis sakit kulit), fibromyalgia, sclerosis, AIDS... 
Zinc juga memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif dan yang nyata zinc membantu pengeluaran insulin – sangat berguna bagi pengidap kencing manis 

Berkesan untuk kebanyakan sistem badan. Ia berguna untuk pengeluaran tenaga – B6 diperlukan untuk proses pengeluaran tenaga dari makanan. Zinc membantu merawat acne – jerawat/jeragat, kebakaran kulit (burns), eczema, psoriasis (sakit kulit – bersisik), kekuatan rambut, scalp, penglihatan (vision loss people over 50 years), tinnitus (ringing in the ear), osteoporosis ( kekuatan tulang), haemorrhoids, ulcers
and also inflammatory bowel disease

Siapa sebenarnya yang memerlukan zinc? 



Pada hakikatnya semua orang dan terutama kanak-kanak yang membesar , mereka yang berumur lebih 55 tahun ke atas, ahli sukan,orang yang Diet (Dieters),penyalahggunakan arak dan drugs, perempuan mengandung dan yang menyusukan anak, pengamal pil perancang, mereka menjalani pembedadahan,kulit terbakar dan kecederaan (severe burns or injuries), mereka yang menghadapai stress yang berpanjangan, berkerja di tempat panas dan pekerjaan yang menyebabkan individu itu sentiasa berpeluh


SUMBER ZINC

Kita boleh memperolehi zinc daripada daging – kambing juga lembu, oyster, ikan haruan, kuning telur, makanan tenusu ( Dairy Products), kekacang, gandum hitam dan juga bijiran seperti oats. Bagi mereka yang mempunyai kekangan untuk mengambilnya dari sumber asli boleh mendapatkannya dalam bentuk tablet.



credit


Sejak kak long mengamalkan zinc, Alhamdulillah masalah rambut gugur telah berkurang...malah en hubby ada menegur...rambut kak long nampak lebih bermaya dan berkilat berbanding dahulu...


Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh sms kan kepada kak long 019-7987970. Salam mesra dari kak long