Wednesday, April 27, 2011

PunCa UtAmA ReTaK...

Letih dan Dingin Punca Keretakan Rumah Tangga
Dalam hubungan suami isteri memahami antara satu sama lain itu penting. Konsep memberi dengan ikhlas akan dibalas dengan keikhlasan. Kebanyakan kes perceraian adalah berpunca daripada sikap menuntut hak. Masing-masing tidak mahu mengalah dengan menyalahkan antara satu sama lain.

Kadang-kadang si isteri bingung kenapa suami asyik marah-marah. Hanya kerana lambat sediakan kopi, si isteri dimarahi. Kecil hati si isteri bukan kepalang, tertanya-tanya di manakah silapnya?

Mana-mana lelaki pun akan menuntut yang satu ini. Haknya sebagai suami. Sekiranya ini tidak diberi dengan ikhlas kerana Allah, rumah tangga akan selalu berkocak. Puncanya yang satu ini sahaja, kalau tak percaya tanyalah Ustaz..:)

Apakah yang menyebabkan si isteri dingin dan menolak?

- keletihan dan moody
- kekeringan dan sakit
- menyusukan anak menyebabkan keinginan seks berkurang
- kurang ilmu

Pada masa kini, suami isteri keluar bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Saban hari pulang dalam keletihan.  Keletihan ini adalah salah satu punca hubungan suami isteri semakin jauh. Keletihan menyebabkan keinginan seks menjadi terbantut. Keletihan menyebabkan suami isteri jarang bercakap dan bermesra. Keletihan bermakna kita kehabisan tenaga. Untuk recharge kembali tenaga yang hilang, otak akan mengarahkan badan kita supaya mengantuk dan tidur. Semasa tidur, anggota badan kita berkerja merecharge kembali tenaga untuk digunakan pada keesokkan harinya. Begitulah aturan Allah.

Sebagai isteri, kita perlu ambil berat mengenai perkara ini. Jangan pandang remeh kerana lelaki tidak suka berterus terang. Ganjaran melayani suami lebih besar dari solat-solat sunat dan membaca Quran.

Sebagai suami, jagalah hubungan dengan Allah, selalulah berdamping dengan masjid supaya nafsu anda tunduk kepada akal. Layanilah isteri anda dengan tegas tetapi penuh hikmah dan kasih sayang.

Tunaikanlah hak kita kepada Allah, nescaya Allah akan tunaikan hak kita. Jangan menuntut hak kerana kita tidak sempurna. Jalankan peranan masing-masing ikhlas kerana Allah dan bukan sebab tanggungjawab. InsyaAllah, rumahtangga kita pasti bahagia sehingga ke syurga. Amiin.:)

credit




Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh sms kan kepada kak long 019-7987970. Salam mesra dari kak long