Tuesday, May 24, 2011

ApaBiLa BaYi Tidak Poo-Poo

Salah satu masalah yang kerap diajukan oleh ibu-ibu baru ialah “ Anak saya tak poo-poo dah 
hampir seminggu. Adakah ini normal?”

Jawapannya ialah NORMAL sekiranya bayi anda adalah bayi susu ibu. Ini kerana, daripada apa saya dimaklumkan, susu ibu sangat mudah dicernakan oleh enzim di dalam perut bayi. 

Samada bayi itu akan sentiasa poo-poo, ataupun susu tadi menyerap ke dalam tubuh menyebabkan tidak ada apa yang bayi perlu keluarkan sebagai poo-poo.

Hebatkan susu ibu? Smile

Walaubagaimanapun, sekiranya bayi anda tidak poo-poo, anda tetap perlu memantau perkembangan bayi seperti biasa. Harus. Dalam hal ini, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian sekiranya bayi tidak poo-poo.

1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
(2) Perut tidak kembung atau keras
(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap

Perkara-perkara di bawah pula adalah sebagai rujukan samada anda perlu membawa bayi berjumpa doktor :

(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut

Yang penting, sebagai ibu, anda jangan panik. Pantau perkembangan bayi anda Smile

credit to AZRIN