Thursday, May 5, 2011

ViTAmiN ShaKLeE UnTuK KanAk-KanAk


By GenkiMomma | Oct 13, 2010 | Comments Off
Saya mula berikan makanan tambahan (vitamin) kepada anak-anak sebaik mereka berusia 2 tahun, namun dengan syarat, mereka sudah pandai menguyah dengan baik.
Sebelum mengenali Shaklee, saya berikan anak sulung vitamin C dalam bentuk tablet, manakala minyak ikan berperisa oren dalam bentuk cecair, yang banyak terdapat di pasaran.
Selepas mengenali Shaklee, saya turut kenalkan vitamin Shaklee kepada anak-anak, dan dimulakan dengan Shaklee Chewable Vita-C 100mg. Alhamdulillah, Harith dapat menerimanya dengan baik, walaupun rasanya sedikit berbeza dengan vitamin lain di pasaran (yang lebih manis). Malah, setiap hari dia akan meminta 2 biji Vitamin C untuk dimakan.
Kemudian, setelah saya yakin yang Harith dapat mengunyah kapsul dengan baik, saya perkenalkan padanya Shaklee Omega Guard, sekitar umurnya 3 tahun setengah. Walaupun sedikit ragu-ragu, saya terkejut apabila Harith dapat menguyah kapsul minyak ikan ini dengan baik, dan dalam sekejapan sahaja kapsul Omega itu berjaya ditelan dengan baik. Bau dan rasa minyak ikan tersebut tidak sedikit pun mengalih perhatiannya.
Dan, semenjak dari hari itu, kedua-dua vitamin ini, Vitamin C dan Omega adalah vitamin wajib hariannya.
Awalnya saya cuba untuk berikan kapsul Omega every alternate daykerana bimbang badannya akan panas dan tidak dapat menerima Omega dengan baik. Maklumlah, kanak-kanak kurang minum air. Namun, setelah melihat badannya tiada reaksi yang luar biasa, saya berikan Omega setiap hari dan cuba pastikan dia minum air kosong secukupnya. Tambahan pula, Harith sangat-sangat menyukai Omega, dan saya tak dapat sorokkan Omega daripadanya! Dia akan minta dan cari sampai jumpa, dan boleh kunyah begitu sahaja, macam makan gula-gula gayanya...
Beralih kepada anak dara saya, Hannah...
Pernah beberapa bulan yang lepas saya cuba perkenalkan Omega padanya, sekitar umurnya 2 tahun setengah. Nak tahu apa reaksinya? Dia sekadar gigit, picit kapsul Omega tersebut dan 'tembak' ke seluruh ruang. Habis satu ruang tamu bau ikan. Tapi, Omega Shaklee nie walaupun mempunyai bau ikan (of course lah, dah nama pun minyak ikan, kan?), baunya tidaklah terlalu hanyir. Jadi, saya give up sekejap, sekadar berikan Shaklee Chewable Vita-C 100mg kepadanya.
Namun, Alhamdulillah, sejak minggu lepas, Hannah telah mula makan Omega, dan kunyah dengan jayanya, macam makan Menthos jerr. Buat pengetahuan, Hannah baru berusia 2 tahun 10 bulan.
Haa, jauh lebih awal dari usia abangnya tatkala mula-mula makan Omega dulu, kan? Jadi, jika anda mahu cuba berikan supplements kepada anak anda, bolehlah cuba cara saya nie. Kena try & error, plus, monitor keadaan dan reaksi anak anda.
Satu lagi supplements yang saya berikan pada anak-anak ialah multivitamin dalam bentuk serbuk, yang dikenali sebagai Shaklee Meal Shake. Meal Shake ini mengandungi sedikit protein, dan turut sesuai untuk diminum oleh orang dewasa sebagai sarapan pagi yang ringkas dan padat. Saya suka sangat dengan bau Meal Shake nie, harum Vanilla. Sehari sekali, saya pasti akan campurkan 1/4 sudu makan Meal Shake ini kedalam susu (8oz) mereka.
Kenapa saya berikan ketiga-tiga supplements ini?
Ringkasnya,Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan badan mereka, membina & menguatkan sel-sel tisu dalam badan, dan turut penting untuk gusi & gigi. Manakala, OmegaGuard baik untuk perkembangan otak. Dan, yang penting ialah Shaklee Meal Shakesebagai makanan pelengkap.
My girl, Hannah sedang melalui fasa memilih untuk makan! Susah sangat sampai dia lebih sanggup minum susu dari makan apa yang saya hidangkan! Setiap hari, Hannah cuma akan minum berbotol susu, dan makan ayam goreng sahaja TANPA nasi. Hannah cuma akan makan nasi dengan lauk kegemaran seperti tom yam & kari ayam. Sayur memang tak makan langsung! Jadi, memberikan Shaklee Meal Shakeini adalah salah satu usaha saya untuk memastikan Hannah mendapat khasiat makanan yang lengkap.
Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.