Sunday, June 19, 2011

Tahukah Anda Setiap 25kg Anda Perlukan 1L Air?

Tertarik dengan 'pesanan' dari Kak N so saya nak share dengan anda semua..



Allah jadikan sesuatu itu tidaklah sia-sia. Maka bagi mereka yang mengkaji pasti dapat melihat setiap hikmah. Allah ciptakan bumi dan dikelilingi laut yang luas. Menekankan betapa pentingnya air dalam aspek kehidupan. Bila sakit, masuk hospital doc masukkan air, bila memasak guna air, bila rumah terbakar bomba pancut air, kehidupan perlu air dari makanan....menunjukkan air itu sangat penting.

Berapa L sehari nak minum? Minimum 2 L sehari supaya kepekatan darah sentiasa seimbang dengan apa jua makanan yang masuk dalam badan. Minimum 3 L bagi yang amik supplement.

Air kosong adalah terbaik supaya dapat menyingkirkan toksin dari badan, menstabilkan kepekatan darah, dan melancarkan penyerapan vitamin.

Mereka yang kurang air dalam badan, antara tandanya ialah dahaga, cepat marah, melenting, tak boleh kawal perasaan...suka kritik tapi tak boleh dikritik.

Boleh kongsikan keperluan air ini dengan orang lain....terutama mereka yang tak suka minum air.

Credit to Kak N



Ini adalah di antara yang sering saya dengar.."Kak..banyak dah minum ni..asyik gi toilet jer"..."Rin..naik kembung dah perut minum air ni" :) Untuk pengetahuan anda semua, saya dulu pun begitu juga..Aduh..penatnya nak minum bnyk air lebih-lebih lagi saya jenis malas minum air.Tapi demi Arissa saya buang 'kemalasan' minum air tu. 


Tapi tahukah anda berapa liter yang anda perlukan sehari sebenarnya?Jum kita buat kira-kira sedikit.


Cara #1 

BERAT (KG) / 30 = xx LITER (KEPERLUAN AIR MINIMUM BADAN KITA PERLUKAN)

Contoh :

Berat saya 47 kg. Jadi, 48 / 30 = 1.6 L

Maknanya, minimum 1.6 liter air badan saya perlukan dalam sehari. TETAPI, memandangkan saya sedang BF maka keperluan air ni meningkat.

Cara #2 ( yang ni banyak 'jalan kerja', but at the of the day you still get the same answer .. believe me)

BERAT (POUND) / 2 = xx OZ (KEPERLUAN AIR MINIMUM BADAN KITA PERLUKAN)

Contoh :

Berat saya tadi 48 kg kan? 1 kilogram = 2.20462262 pounds ; maka,  48 kg = 105.6 lbs

105.6 / 2 = 52.8 OZ ( 1 US fluid ounce = 0.0295735296 liters ) , maka

52.8 Ounces = 1.56148235925 Liters

Dan tahukah anda setiap 25kg anda perlukan 1L air? So you do the math :) Ini untuk keadaan biasa. Bagaimana jika anda sedang menyusukan anak?Berpuasa? Atau menyusukan anak dan berpuasa?Tentulah keperluan air lagi meningkat..Di sebabkan itu, kami sering menasihati anda semua minum air masak 2-3L sehari..Jangan lah minum sejag sekaligus yer..Memang terkucil la nnt..Minum la sedikit-sedikit tapi kerap..Time minum duduk lah instead of berdiri..Insyaallah, lawatan ke toilet tu berkurangan :)


credit

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Sila isikan BORANG PESANAN atau email di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Anda juga boleh membeli sendiri dan mendapat harga ahli (diskaun 15%) apabila menggunakan ID saya 852417 di mana2 branch Shaklee.