Saturday, July 16, 2011

2 Pilihan Mengejar Cita-Cita - BerJALAN @ BerLARI

Petang ni kak long nak share dgn kawan-kawan semua satu tip yg kak long perolehi dari Irfan Khairi...kak long memang subscribe tips2 Irfan Khairi...beliau akan menghantar tips beliau secara percuma  terus ke email kita....seronok kan tiap2 hari kita boleh dapat tips yg sangat berguna dan bermotivasi....


Untuk ari ni tip yang dikongsi adalah berkaitan cita-cita...korang ada cita-cita tak...for sure..dr zaman sekolah lagi kita sentiasa ditanya apakah cita-cita kita...kak long pasti antara cita-cita yg glamour masa sekolah dulu...polis, cikgu, askar...ni masa zaman kak long la...bidak-budak zaman sekarang...bila ditanya tentang cita-cita...doktor, engineer, peguam....lebih class gitu....tapi dapat ke kita semua mengejar cita-cita kita atau ada yg terkandas di tengah jalan....


Dulu cita-cita kak long..nak jd someone yang takde lagi dlm family....kebanyakan ahli keluarga keluarga kak long (extended family la ye)....ramai yg jadi cikgu...doktor...akauntan...kak long rasa x best la pulak kalau amik sama mcm diorg...so kak long pasang niat nak ambik jurusan farmasi....masa matrik..kak long letak farmasi sebagai pilihan pertama...diikuti teknologi makanan (tak tau pun apa benda ni masa tulis tu...)...then bila result matrik keluar...kak long cuma dapat mengikuti jurusan pilihan kedua kak long iaitu Teknologi Makalan....frust jugak la...sbb kak long dah buat satu perancangan hidup if dapat jurusan farmasi tu...tp yang rasa bertuah sangat....cousin kak long yg sebaya dgn kak long (depa ni kembar) dapat jurusan farmasi...nasib baik kak long xdpt dek...


Ok la kak long dah byk melalut ni...kat bwh ni kak long kongsikan tip yg kak long dpt dr irfan khairi ye...moga dapat jd panduan kita semua


Tip pilihan: Dua cara mencapai cita-cita!

Terdapat dua cara sahaja dalam mencapai cita-cita. Cara berjalan & cara berlari...
 
1) Berjalan...
 
Sekiranya anda taking your own sweet time. Anda berusaha pada kadar yang perlahan, sedikit demi sedikit. Hari ini mungkin bersemangat... esok lusa kurang semangat. Setiap pagi bangun tidur, anda rasa it will be the same day as yesterday. Untuk menyiap kan sesuatu kerja, ia mengambil masa yang lama. Semangat anda adalah rendah walaupun sememangnya mempunyai matlamat dan cita-cita. Dalam mencapai sesuatu yang membanggakan, ia mengambil anda berminggu-minggu atau berbulan-bulan walaupun anda merasa diri anda cukup bermotivasi. Anda sering rasakan kejayaan adalah jauh lagi...
 
Berjalan mengejar cita-cita mengurangkan momentum anda. Ia juga mengambil masa yang amat lama dan kadangkala, ia membosankan apabila tiada apa yang tercapai dalam masa terdekat...
 
2) BERLARI!
 
Sekiranya anda bersemangat setiap hari. Bangun pagi dan rasa teruja bahawa hari ini anda akan mencapai matlamat anda tetapkan pada hari ini! Setiap masa adalah amat berharga dan anda menyiapkan segala kerja anda dengan pantas dan cekap! Anda mempunyai semangat dan momentum yang tinggi. Selang beberapa hari, anda mencapai sesuatu yang membanggakan diri anda sendiri... Anda rasa puas dan ketagih dengan kejayaan dan setiap jam sentiasa membuat anda lakukan sesuatu kearah mencapai cita-cita anda!
 
 
Berlari mengejar cita-cita akan meninggalkan orang lain jauh ke belakang!

Berjalan adalah mudah dan dilakukan oleh semua orang. Berlari adalah lebih sukar dan memenatkan- oleh itu, ramai tidak melakukannya cuma apabila terpaksa!


Mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi percuma.