Tuesday, July 12, 2011

Ilmu Perlu Ada Sebelum Makan

Shaklee merupakan salah satu jenis vitamin yang ada di dalam pasaran. Saya telah consume vitamin ini lebih 11 tahun dan sangat berpuashati dengan harga dan manfaat yang saya perolehi hasil dari vitamin ini.

Namun ada sesetengah orang mungkin lain pendapatnya. Secara peribadi apa yang boleh saya katakan, keberkesanan pengambilan vitamin memerlukan kita minum air dengan secukupnya agar penyerapan vitamin berlaku dengan lebih baik. Pengambilan vitamin juga tidak boleh melebihi dari apa yang disarankan. Di dalam Islam sendiri menegaskan, jangan berlebihan.


Saya mendapati diri saya lebih baik dari sebelum ini, alhamdulillah. Lebih bersyukur, kerana kini ramai yang mengenali Shaklee. Ianya vitamin yang asli, tiada silika gel, tiada pewarna, tiada perasa malah dengan harga yang sangat berpatutan memberi keselesaan kepada saya dan rakan-rakan saya.


Bagi perjalanan penyusuan saya, Shaklee membantu kesihatan saya berada di tahap optimum. Manakan tidak, semasa perjalanan penyusuan anak pertama, Addin, saya menyusu setiap sejam dan ia berlarutan sehingga umurnya 6 bulan....syukur kerana saya masih mampu menguruskan keluarga, rumah dan kerja sambilan saya pada waktu itu sebagai guru tuisyen di rumah.

Adakah ia sesuai diambil untuk semua golongan?

Shaklee hanyalah sekadar vitamin. Vitamin diambil sekiranya kita mendapati diet dan amalan pemakanan kita tidak seimbang. Vitamin sekadar memenuhi kekosongan zat di dalam tubuh kita. Vitamin adalah berbeza dengan ubat. Namun pengambilan vitamin memerlukan pengetahuan. Untuk sesetengah kes, vitamin tidak boleh diambil dengan sebarangan. Sebagai contoh, pesakit SLE tidak boleh mengambil Alfalfa sebagai supplement dan ada beberapa lagi situasi, dimana vitamin tertentu digalakkan diambil. Oleh kerana itu, sila pastikan kita mendapat cukup ilmu pengetahuan sebelum kita konsume sesuatu produk.
Selama 11 tahun bersama Shaklee, saya menjadikan membaca buku kesihatan sebagai satu minat kerana saya nak pastikan sebelum saya berkongsi dengan kawan-kawan, saya cadangkan vitamin yang betul dengan kondisi yang betul.


Sekiranya anda berminat untuk dapatkan makanan tambahan, dapatkan konsultasi terlebih dahulu kerana setiap orang mempunyai kondisi kesihatan yang berbeza. Jangan kerana ikut kawan, kita beli tanpa mengetahui keberkesanan produk tersebut. Dikemudian hari kita mula menyalahkan produk tersebut dengan mengeluarkan kenyataan kononnya produk itu tak bagus dan tidak sesuai.Walhal ianya berpunca dari diri kita yang tidak bertanya dengan lebih lanjut sebelum consume produk tersebut. Bak kata orang, satu jari dituding pada orang, 4 lagi balik pada kita. 




sumber : Anakkuwiraku


Mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi percuma.