Friday, July 8, 2011

Kelahiran - nukilan kak long

Salam Ceria buat teman-teman kak long....Hari ni kak long nak mencetus sedikit rasa berkaitan kelahiran...nak tau kenapa? Sebab kak long join contest MommyLyna dan cabaran #1 kami adalah menulis sesuatu berkaitan kelahiran semoga teman-teman mendapat sesuatu hasil coretan kak long ni ye...




Sebuah KELAHIRAN

Hati Kecil Sering Berdetik
Adakah Kelahiran itu
Hadirnya  bayi
Atau 
Kelahiran itu
Dengan adanya Azam yg Baru
Atau
Kelahiran itu
Mencapai impian yg diidam-idamkan

Pasti KELAHIRAN
Membawa maksud yg besar
Pasti?
Atau hanya penambah beban?

Akal dan iman perlu selari
Logik kadangkala pernah jua khilaf
Kata hati adakala semakin mati
Ikut rasa suatu hari jua binasa

Teman,
Kelahiran - sama ada kau mahu atau tidak
Kelahiran - nyata mahupun mimpi
Kelahiran - cita-cita dan harapan

Setiap insan pasti melaluinnya
Setiap insan pasti mengharunginya
Dan yang paling pasti
Teman karibnya pasti mengiringi kalian
Kematian - janji yang pasti dari Yang Esa

“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh Alyrds