Wednesday, August 10, 2011

Cabaran #2 MommyLyna - Duit dan Ramadhan

Alamak...tetiba tersedar...arini last day utk submit entry for cabaran kedua....dah tgk sket2 peserta lain nyer entry...tgh kekeringan idea betul2 ni...anyway...kak long persembahkan entry kak long..harap-harap mara ke peringkat seterusnya....


Ari ni kak long nak buka mata anda semua mengenai sejarah....


Bahagian Pertama


Ada siapa tahu sejarah duit tak..kak long nak kongsi sejarah duit pd entry kali ni...


dipetik dr wikipedia


Sebelum kewujudan konsep wang, manusia menggunakan sistem barter tidak cekap. Oleh kerana ketidakpuasan manusia terhadap sistem tukar barang atau barter, maka satu sistem pertukaran yang menggunakan satu 'benda' sebagai perantaraan dicipta. Keupayaan wang membebaskan manusia dari kerumitan sistem barter membawa kepada penggunaan wang sebaik sahaja wujud barang yang boleh diterima umum.


Bayangkan kalau sekarang ni ada lagi sistem barter...hehehe...nak ipad...tulis entry...(boleh jadi jugak kan... :))



Revolusi wang dimulakan dengan wang komoditi. Pada mulanya mereka memilih alat-alat seperti barang perhiasan untuk dijadikan sebagai alat pertukaran. Antara barang-barang yang digunakan ialah:
  1. Biji-biji manik (biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat, batu akik dan batu unam.)
  2. Kulit-kulit binatang
  3. Pedang
  4. Cerek (bahan tembaga)
  5. Tombak
  6. Tempayan (yang merupakan simbol atau status kekayaan pada era tersebut)
  7. Meriam kecil tembaga


Kiranya kalau org tu ada brg berharga kira dia la yang kaya ye tak...


Wang logam dicipta untuk menggantikan wang komoditi yang kurang sesuai peranannya sebagai wang. Selain emas, antara logam yang pernah digunakan sebagai wang logam adalah besi, timah, perak dan tembaga. Antara logam-logam ini, emas dan perak merupakan logam yang paling popular dan diguna secara meluas di seluruh dunia.
Sekarang ni kita dah kembali ke emas dan perak..apa lagi..jom ler kita melabur..(ke kak long dah mula melalut ni..)


Wang kertas diperkenalkan untuk mengatasi kelemahan wang logam yang berat untuk menjalankan urusniaga. Wang kertas pada mulanya dalam bentuk satu resit yang digunakan sebagai bukti simpanan emas dan perak dengan tukang emas.




Kalau sekarang ni ibarat surat pajak gadai kot....



Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada rizab komoditi. Nilai wang fiat diberikan melalui perintah kerajaan yang menguatkuasakan wang fiat sebagai tender sah di sisi undang-undang di mana si penghutang boleh membayar hutang mereka dengan wang fiat tanpa perlu risau tidak diterima.
Pada tahun 1971, Amerika Syarikat bertukar kepada wang fiat. Pada ketika inilah, kebanyakan ekonomi negara-negara maju menyandarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika Syarikat.


Inilah era kita masa kini...

Bahagian Kedua
sumber 
Sejarah Puasa 

Bagi umat Islam - Puasa yang wajib adalah puasa di bulan Ramadhan...



Sejarah puasa Ramadan bermula pada akhir bulan Syaaban tahun kedua Hijrah iaitu dua tahun selepas Nabi Muhammad berpindah dari mekah ke Madinah. Madinah terletak sejauh 320 kilometer ke utara Mekah. Peristiwa ini berlaku pada bulan September 622. Sepanjang hayat, beliau sempat berpuasa Ramadan sebanyak sembilan kali.

Imam Mujahid berkata Allah mewajibkan puasa ke atas setiap generasi manusia. Rashid Ridha menguatkan pendapat ini dengan berkata, "Puasa hari ini pernah dilakukan oleh masyarakat Arab sebelum Islam."
Aisyah melaporkan orang Quraish Mekah berpuasa pada hari Asyura. Puasa hari Asyura berlaku pada 10 Muharram setiap tahun hijrah. Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi juga berpuasa pada hari Asyura. Oleh itu, beliau dan para sahabat berpuasa dengan menambah satu hari sebelum hari Asyura bagi membezakan puasa orang Yahudi dengan orang Islam.
Pada penghujung bulan Syaaban tahun kedua Hijrah, Allah menurunkan ayat 183 hingga 185 surah al-Baqarah yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadan. Selepas puasa Ramadan diwajibkan, hukum mengenai puasa Asyura pun berubah. Nabi Muhammad mengeluarkan hukum mengenai puasa Asyura yang dilakukan sebelum itu,
"Sesiapa yang ingin berpuasa pada hari Asyura, berpuasalah den sesiapa yang hendak berbuka berbukalah."
Nabi Muhammad berpuasa Ramadan selama hidupnya sebanyak sembilan kali. Lapan kali dengan 29 hari dan sekali sahaja puasa penuh 30 hari. Mengikut laporan yang lain sebanyak dua kali puasa penuh 30 hari.
Allah maha bijaksana menetapkan puasa wajib pada bulan Ramadan serta menentukan kitab-kitabnya turun pada bulan yang sama.

Puasa bagi nabi dan rasul yang lain

Dalam kitab Taurat, puasa diwajibkan ke atas orang-orang Yahudi pada hari ke-10 hari bulan ke tujuh dalam kalendar mereka. Ia bertepatan dengan bulan Syaaban bagi orang Islam lalu ia dinamakan hari Asyura(sepuluh). Mereka berpuasa siang dan malam. Puasa yang termasyur bagi orang-orang Nasrani pula ialah puasa sebelum Iedil Fishi iaitu hari memperingati kebangkitan al-Masih dari kubur.
Menurut Imam al-Qurtubi, pada zaman Nabi Musa dan Nabi Isa, Allah juga mewajibkan mereka dan umat mereka supaya berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian mereka mengubah puasa Ramadan itu dengan menambah 10 hari sebagai nazar pendeta yang sembuh daripada sakit. Oleh itu, puasa orang Nasrani menjadi 40 hari.


Jadi kawan-kawan...mari lah kita meneruskan puasa kita...moga-moga ramadhan kali ini lebih berkat dalam kehidupan kita....

“entry ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKids yang direviu oleh alyrds a.k.a ally ardee simin & Wan Fatihanum dan ditaja oleh Adorable Muslimah