Thursday, August 25, 2011

Tips Asas Penyusuan - Persediaan Semasa Hamil

Hari ni kak long jalan-jalan di alam maya dan terjumpa dengan satu artikel yang cukup dekat di hati kak long sebagai ibu yang menyusu...kredit kepada CikguAzleen atas artikel yang best ni....


Sebelum ni seperti mana kebiasaan ibu-ibu yang hamil...kehadiran cahayamata sememangnya ditunggu-tunggu...tak kira la anak ke berapa sekali pun (anak sulung..apatah lagi..) Namun kita selalu terlepas pandang perkara berkaitan PENYUSUAN SUSU IBU....mungkin kita menganggap PENYUSUAN SUSU IBU ni satu perkara yang mudah dan tidak perlu diambil berat....


Tahukah anda...isteri/ibu-ibu yang persediaan untuk penyusuan susu ibu boleh dimulakan seawal 7 bulan...almaklum la ada ibu-ibu yang melahirkan anak ketika kandungan 7 bulan lagi (heheh...kak long pun sebenarnya lahir tak cukup bulan...cuma 7 bulan je dlm perut mak)...namun sekiranya ada yang terlambat...tidak mengapa...masih ada ruang masa untuk kalian bersedia....sperti kata-kata orang putih...Better Late Than Never (speaking london kak long ni..)


Jadi kat bawah ni kak long nak kongsikan tips-tips yang berguna buat kita.....namun perlu diingat..selain mengamalkan tips-tips di bawah...mind set kita sebagai ibu seharusnya seiring dengan niat dan usaha serta tawakal kita terhadap Yang Maha Esa...


dipetik dr artikel CikguAzleen

Opppss.. Tip ini sebenarnya bukan dari saya ya.. Saya mendapatnya dari otai-otai di SaraKids masa saya pergi mencari barangan yang perlu ada untuk breastfeeding..



OK, mari kita lihat apa yang mereka cadangkan..
1. 11 biji kurma setiap hari - kalau anda google anda boleh dapati bahawa kurma ni memang banyak khasiat, bukan saja untuk ibu mengandung, ibu menyusukan (kerana khasiat kurma secara tidak langsung akan terserap ke dalam susu ibu dan bayi pun dapat khasiatnya kan?) malah orang yang takde kaitan ngan mengandung dan menyusukan pun boleh makan kan.. Kebiasaannya kita makan kurma waktu bulan puasa je kan, itupun 3 biji waktu sahur dan 3 biji waktu berbuka.. Hahaha.. Itu sayalah, anda saya tak tahu…
2. 7 biji kismis setiap hari – Anda pun boleh google ajelah untuk ketahui apa khasiat kismis ni.. Tak payah saya susah-susah nak beritahu kerana hakikatnya ramai orang dah tahu yang kurma dan kismis ni memang bagus untuk kesihatan.. Cuma malas nak makan jer kan..
3. Mulberry Colustrum – Saya memang ada terbaca di BabyCenter yang teh mulberry ni memang bagus untuk ibu menyusukan bayi.. Ia boleh menggalakkan pengeluaran susu dengan lebih baik.. Tetapi agak sukar sebenarnya nak mencari teh mulberry ni (atau mungkin saya yang tak tahu kat mana nak cari).. Apapun anda boleh dapatkannya di Sarakids.. Agak mahal juga harga mulberry colustrum ni.. Untuk 20 peket, kalau tak silap saya hari tu RM90.. Tapi saya beli jugalah.. Hehehe..
4. Madu – dicampur dengan air suam dan diminum 2 kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam..
Baiklah, setakat ni, itu sajalah yang SaraKids ajar pada saya



Selain itu, jika kalian ingin mencuba Soy Protein (ESP) dan Kalsium (Ostematrix) Shaklee...yang mana ia juga membantu dalam menyediakan tubuh dalam penghasilan susu ibu...boleh sms kak long di 0197987970 atau emel ke nuradhamansor@yahoo.com.