Saturday, September 10, 2011

KOLESTEROL....BURUK KE BAIK.....Jom Kita Kenal

Dalam entry kaklong yang lepas-lepas....kak long bawa kalian mengenali ENCIK STROKE....

Antara penyebab utama ENCIK STROKE menyerang adalah kerana kandungan KOLESTEROL yang tinggi dalam pembuluh darah....

Kolestrol yang terkumpul kepada darah jika tidak dikawal akan membuatkan anda akan
diserang tekanan darah tinggi akibat tekanan pengepamam pada jantung. 
Jantung akan mula bekerja keras mengepam darah untuk disalirkan ke seluruh tubuh. Proses ini pula akan menjadikan otot dan arteri jantung menjadi keras dan bermulalah penyakit lemah jantung. 
Lama kelamaan, jantung yang lemah membuat aliran darah berlaku dengan perlahan. Apabila darah mengalir perlahan, penimbunan lemak mula berlaku dalam darah.
Ianya akan menjadikan salur darah semakin sempit dan penyumbatan akan berlaku pada bila-bila masa. 
Yang pasti itulah "SILENT KILLER". 
Dalam beberapa saat, apabila penyumbatan berlaku, usia kita ditentukan oleh Nya. 
Jika anda bernasib baik, anda selamat, jika tidak, secanggih manapun kelengkapan hospital, sudah tiada manafaatnya.

Artikel di bawah ni kaklong petikdari MummyIcha aka Hadha

Semoga ia memberi manfaat buat kita semua...



Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN

SYAWAL bererti kemenangan. Setelah mengharungi sebulan yang penuh godaan, inilah waktunya meraikan kejayaan. Syawal juga bererti kemaafan, kini tiba masanya untuk meleraikan segala-galanya.

Dan bagi sesetengah daripada kita Syawal juga bererti ‘masa untuk makan.’ Baru masuk hari ketiga Aidilfitri, rasanya semua hidangan sudah dicuba. Sebut saja ketupat, lemang, rendang, lontong, soto, nasi himpit, kuih muih dan kek. Masih ada yang belum tersenarai?

Siapa yang mampu menolak hidangan ini? Apatah lagi sebulan berpuasa, pasti ramai mengidam dan inilah masalah ‘membayar’ kembali apa yang diingini.

Dalam enak menjamu selera, jangan dilupa dengan tahap kesihatan diri. Sesekali cuba semak apa yang anda makan. Mungkin tatkala menjamah, kita tidak fikir. Namun jika penyakit datang, siapa yang susah, diri sendiri juga merana.

Bercakap mengenai juadah Aidilfitri, sukar untuk menafikan kebanyakan hidangan kita mengandungi kalori tinggi dan kolestrol yang akhirnya mengundang pelbagai penyakit.

Apa itu kolesterol?

Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Madya Ramzisham Abdul Rahman berkata, kolestrol adalah lapisan lemak yang wujud secara semulajadi dalam semua bahagian dalam tubuh badan.

Kolesterol katanya, datang daripada dua sumber. Satu daripada badan dan satu lagi daripada makanan. Hati dan sel dalam badan menghasilkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol dalam darah. Selebihnya ia datang daripada apa yang anda makan. Kolesterol hanya ditemui dalam makanan berasaskan haiwan.

Mungkin anda terperanjat jika dikatakan kolesterol itu sendiri tidak jahat. Sebenarnya, kolesterol adalah satu daripada bahan yang dihasilkan badan untuk kekal sihat. Sesetengah kolesterol yang kita perlukan dihasilkan secara semula jadi (boleh juga dipengaruhi sejarah keluarga), manakala sesetengah lagi diperolehi daripada makanan yang kita ambil,” katanya yang juga merupakan Pensyarah Kanan pusat perubatan tersebut.

Namun menurutnya, jika paras kolestrol terlebih dalam darah, ia akan melekat pada dinding arteri dan ini dipanggil plak.

Katanya, plak boleh mengecilkan arteri atau menyekat terus perjalanan darah dan seterusnya meningkatkan risiko sakit jantung dan strok. Paras kolesterol juga meningkat sejajar dengan peningkatan umur.

Jelasnya lagi, tidak ada tanda seseorang itu mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah.

Anda mungkin mempunyai paras kolestrol tinggi disebabkan keturunan, obesiti dan mengambil makanan yang berlemak terutama sekali dalam musim perayaan begini,” kata beliau.

Sambil menegaskan hari raya bukanlah tiket untuk bebas menikmati apa sahaja hidangan disebabkan telah berpuasa selama sebulan, Prof Ramzisham menasihatkan pembaca agar berhati-hati ketika menjamu selera terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, diabetis, jantung dan juga kepada individu yang merokok.

Jenis kolestrol

Terdapat dua jenis kolesterol, iaitu kolestrol baik (HDL) dan kolestrol jahat (LDL). Adalah penting setiap individu memahami dan tahu paras baik dan jahat kolesterol dalam darah.

“Lebih salah satu atau kurang daripadanya meletakkan diri dengan risiko penyakit jantung koronari, serangan jantung dan strok,” katanya.

Jelas beliau, kolestrol HDL adalah kolestrol baik yang membantu kolestrol LDL daripada berkumpul dan menyekat dinding arteri.

Paras HDL yang sihat juga melindungi tubuh daripada serangan jantung dan strok, manakala paras HDL yang rendah (kurang daripada 40mg/dL untuk lelaki dan kurang daripada 50 mg/dL untuk wanita) terbukti meningkatkan risiko penyakit berkaitan jantung.

Jika anda ingin meningkatkan HDL, kajian menunjukkan senanan biasa boleh membantu badan menghasilkannya. Mengurangkan pengambilan lemak trans dan mengambil pemakanan seimbang, diet berkhasiat juga boleh membantu. Jika kedua-dua cara itu tidak berkesan, doktor akan memberi ubat khas bagi membantu meningkatkan HDL.

Dalam pada itu, jika terlalu banyak LDL dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

LDL dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh, tetapi kebanyakan individu mewarisinya daripada ibu, bapa atau datuk dan nenek. Pemakanan mengandungi lemak tepu, lemak trans dan kolesterol juga meningkatkan paras sedia ada anda,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau lagi, jika paras kolestrol tinggi dalam darah diwarisi daripada keturunan, mengubah cara hidup dan diet masih belum mencukupi untuk menurunkan paras LDL.

Menurutnya, setiap individu berbeza. Jadi mereka perlu mendapatkan pandangan doktor untuk pelan rawatan terbaik yang patut dilakukan.

Di Amerika Syarikat katanya, penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu. Hampir 2,300 penduduknya mati akibat penyakit kardiovaskular setiap hari, secara purata satu kematian setiap 38 saat.

Beliau juga menyarankan kepada mereka yang rasa bertanggungjawab terhadap kesihatan diri terutamanya yang mempunyai risiko tinggi membuat saringan kesihatan di klinik atau pusat-pusat kesihatan di bulan Syawal ini untuk mengelakkan penyakit yang tidak diundang demi bertemu Ramadan dan Syawal tahun hadapan.



Mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi percuma.