Monday, September 19, 2011

Nak Kurus...Camne Tu?


Ramai kawan-kawan yang bertanya pada saya, SHAKLEE ada produk nak kuruskan badan tak?

oh! tentulah ada! tapi, sebelum bercerita pasal program kuruskan badan bersama SHAKLEE ni, jom kita semak tips ringkas nak kuruskan badan ni ok?

1. tetapkan matlamat kawan-kawan untuk kurangkan berat badan secara perlahan-lahan. dicadangkan penurunan dalam lingkungan 0.5 kg ke 1.0 kg seminggu.

2. elakkan penggunaan ubat-ubatan yang kononnya boleh menguruskan badan. tetapi, untuk tujuan menjaga otot, kawan-kawan boleh mengambil makanan tambahan seperti Cinch Shake SHAKLEE yang berfungsi untuk mengawal rasa lapar di samping membakar kalori, tanpa membuatkan otot tubuh menjadi lembik!



3. amalkan pemakanan rendah kalori namun tinggi nutrien untuk mendapatkan zat yang cukup untuk tubuh kawan-kawan. juga, please kurangkan mengambil makanan dan minuman yang manis-manis (yang banyak gula)




4. banyakkan makan buah-buahan dan meratah sayur-sayuran ok. buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan vitamin kepada tubuh, di samping tu melancarkan sistem penghadaman juga kerana mengandungi fiber (serat).

5. banyakkan minum air kosong untuk membuang toksin dalam tubuh, melancarkan peredaran darah dan mengelakkan kita dari nak makan benda bukan-bukan yang menyumbang kepada kegagalan program menguruskan badan ye.



6. bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali. paling malas, rajin-rajin turun naik tangga masa kat ofis. atau kalau ofis tinggi sangat, park kereta jauh-jauh dari ofis. jangan malas bergerak!



7. elakkan mengambil kudapan di antara waktu makan lagi-lagi yang manis-manis tu, macam kek, coklat, aiskrim. kalau lapar, gantikan dengan biskut cracker Jacobs tu ke (sedap pun!) dengan low fat milk, atau ratah buah @ sayur

8. seboleh-bolehnya ada jadual makan yang tetap. breakfast jangan skip - PENTING!

9. jangan makan di depan tv sebab kawan-kawan akan tend to eat more (tak perasan!)



10. makan dalam pinggan yang kecil. so kalau penuh pun, portion makanan tu masih dalam kuantiti yang kecil ;-)




11. sibukkan diri so takdelah otak tu dok fikir makan.

12. dapatkan rehat yang cukup, tidur yang berkualiti.


next! - Weight Management Program Bersama SHAKLEE (^_^)