Monday, October 31, 2011

Protein ~ Unsur PALING PENTING dalam kehidupan seharian

Assalamualaikum semua....di pagi isnin ni..kak long kembali bersiaran setelah lebih seminggu menyepikan diri....


Untuk arini jom kita tengok apa sebenarnya nutrein yang paling penting dalam kehidpan seharian kita....


PROTEIN...


Protein merupakan nutrien yang terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan nitrogen....ada juga sebahagian protein yang terdiri daripada unsur sulfur dan fosforus.


Protein membentuk sebahagian besar dalam sistem tubuh badan kita termasuk enzim.Setiap aktiviti yang dilakukan oleh tubuh kita turut memerlukan protein. Pendekata kalau la protein ni tiada....ia ibarat runtuhnya bangunan kerana rangkanya yang lemah....


Unit asas proein adalah asid amino. Terdapat lebih daripada 20 asid amino. Asid Amino terdiri dari dua jenis: iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Asid amino perlu tidak dapat disintesis oleh badan manusia, dan ia diperolehi dari makanan. Terdapat 9 asid amino perlu:

  1. Histidina
  2. Isoleusina
  3. Leusina
  4. Lisina
  5. Valina
  6. Metionina
  7. Fenilalanina
  8. Treonina
  9. Triptofan
Manakala Asid amino tidak perlu pula terdiri dari:
  1. Alanina
  2. Arginina
  3. Aspargina
  4. Asid Aspartik
  5. Aisteina
  6. Asid Glutami
  7. Glutamine
  8. Glisina
  9. Prolina
  10. Serina
  11. Tirosina
FUNGSI PROTEIN: Triptofan adalah pelopor kepada vitamin niasin, ia juga pelopor kepada neurotransmitter serotonin.  Tirosina pula pelopor pembentukan pigmen kulit dan rambut. Protein terlibat dalam fungsi komunikasi sel-sel seperti dalam transduksi sel-sel, fungsi enzim-enzim, Banyak lagi fungsi setiap asid amino yang begitu kompleks dan sukar difahami oleh manusia.
Protein juga terlibat dalam fungsi KEIMUNAN badan manusia. Protein akan bergabung dengan molekul Antibodi bagi membawa toksin keluar dari badan. Protein juga membekalkan tenaga sebanyak 10% daripada proses glukoneogenesis (pemecahan lemak kepada gula). Protein juga adalah sebahagian dari hormon. Hormon mengawalatur fungsi tubuh badan kita.

Sumber Protein: Sumber utama protin adalah daripada daging haiwan, susu lembu, telur, kekacang, tofu, tempe, soya dan lain-lain protein.





Di SHAKLEE...terdapat sau produk berasakan protein soya...Ia merupakan killer product kerana keberkesanannya...jom kita cek apa yang ada dalam ESP....




ENERGIZING SOY PROTEIN ~ ESP



Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi

Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan
Membantu mengekalkan kepejalan otot
Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal



Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.