Tuesday, November 8, 2011

Cara Tambah Susu

Salam Aidil Adha buat semua...

Mood raya masih ada lagi walaupun kak long dah kembali bekerja....tahun ni seperti beberapa tahun sebelumnya, kak long beraya di Perak je..cuma yang berbeza sedikit, tahun ni family kak long di Johor bertandang ke Perak nak menyambut hari raya haji bersama-sama :) meriah ler gamaknye..

Kebelakangan ni banyak email atau sms yang kak long terima bertanya betul ke produk Shaklee ni ada yang boleh tambah susu....Sebenarnya ada TETAPI jika hanya mengambil booster tanpa sesi perahan yang konsisten, ia tetap tak berhasil.


Pengambilan apa jua milk booster pun WAJIB diiringi dengan 3 perkara ini:


i) Pengambilan air yang cukup - sekurang-kurangnya 3Lt....
kita mahukan susu yang lebih dan air merupakan komposisi utama susu ibu, jika ibu tidak meminum air yang cukup, dari mana sumber susu ingin dihasilkan..logik kan...(sebabnya ramai yang mengeluh bila kak long meminta utk menyukat air yang diminum supaya kita dapat memantau jumlah air yang perlu kita ambil)...Sehingga sekarang pun, walaupun baby Muaz dah berusia 2++, kak long tetap pastikan kak long minum 3Lt air...badan kita akan lebih sihat, metabolisme konsisten (tidak menurun walau usia meningkat), kulit lebih sihat dan mood sentiasa ceria kerana badan kita cukup keperluan air...


ii) Sesi Perahan yang konsisten - maksimum 3 jam sekali
kita mahukan susu yang lebih banyak, bagaimana kalau nak banyak tanpa kita memerah....ibarat tangki air, jika terus diisi, ia akan melimpah bukan...silap-silap tangki air pun boleh pecah jika tekanan dari dalam menolak dengan kuat....begitu juga dengan kita..ibu-ibu ni...jika kita tidak memerah dengan konsisten, susu tetap dihasilkan tetapi apabila ia sudah penuh maka hormon diberitahu yang susu dah cukup...jika ia berlarutan, maka paras penghasilan susu ibu ditetapkan kerana tiada daya penarik yang meminta susu dihasilkan lebih banyak...sebab itulah..pemerahan susu yang konsisten mampu meningkatkan penghasilan susu....selain itu, kak long turut menggalakkan agar ibu-ibu rajin membuat power pumping....sebaik-baiknya waktu malam kerana hormon prolaktin meningkat di waktu itu....cuba amalkan 1-3 kali seminggu, dan anda akan dapat rasai perbezaannya...



iii) Penyerahan diri kepada Tuhan
Kita hanyalah hamba yang kerdil di sisiNya..maka wajib kita mentaati segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya....ibu-ibu di luar sana boleh mengamalkan doa di bawah sebagai usaha membanyakkan susu anda...



atau boleh mengamalkan zikir Ya Mateen..setiap kali anda menyusukan atau memerah susu...

Kak long hanya mampu mendoakan agar ibu-ibu di luara sana dapat meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun...
Hanya Susu Ibu Susu Terbaik untuk Anak-anak Kita



Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.