Wednesday, November 2, 2011

Seruan buat Ibu Menyusu dan bakal Menyusu

Salam November buat semua

Wah...kejap je bulan November dah menjengah ye...kurang dari 60 hari, tirai 2012 akan menjengah.....ibu-ibu di luar sana...mcmana dengan misi  penyusuan anda semua...berjaya atau tidak....
doa saya buat kalian, agar penyusuan buat anak-anak anda dapat diteruskan...
ibu-ibu.....penyusuan adalah satu perjalanan dan hukan satu destinasi...kenapa kak long kata ia satu perjalanan....macam kita bila kita nak berjalan atau melancong...tentunya kita akan membuat pelbagai persiapan termasuk jumlah duit nak dibawa, tempat mana yang nak dituju, berapa lama kita nak melancong, jenis pakaian yang perlu dibawa (jika ke luar negara), perlu atau tidak makanan atau bahan-bahan mentah dibawa sekali.....kalau nak buat senarai semak, tentu berjela bukan...

Begitu juga dengan penyusuan, persiapan pastinya perlu lebih awal, antara apa yang kak long praktikkan dan kak long persiapkan semasa kak long berniat nak menyusukan baby Muaz adalah:

i) Ilmu tentang penyusuan - ilmu penyusuan ni sangat luas apatah lagi dengan kemudahan internet yg sedia ada, maka ilmu lebih mudah diperolehi, terpulang pada kita sahaja...ilmu ni boleh dicari semasa kita hamil, semasa dalam pantang mahupun sepanjang penyusuan dilaksanakan.

credit to infosihat.gov.my

ii) Peralatan penyusuan yang wajib - memandangkan kak long ni bekerja di kilang yang waktu rehat amat terhad, kak long memilih untuk membeli satu pam yang mudah dikendali, ringkas dan paling penting yang mampu milik. Jika anda lebih senang dengan teknik marmet, maka ia satu bonus!

credit to avent.com

iii) Peralatan penyimpanan susu - pada peringkat awal, kak long cuma guna bekas dadih, then kak long upgrade sikit dengan menggunakan plastik khas utk susu ibu, bila ada bajet lebih dan ada offer baru lah kak long beli botol-botol penyimpanan susu.



iv) Ilmu mengenai pemakanan semasa pantang dan sepanjang penyusuan serta suplemen - kak long akui yang pengambilan suplemen memang banyak membantu kak long dalam menjayakan penyusuan baby Muaz. Pada kak long selain dari menyusukan baby Muaz, kak long perlu memastikan yang tubuh badan kak long sentiasa bertenaga sejak dari mata dibuka sehinggalah apabila mata nak ditutup....kita bukan sahaja ingin menjadi SuperMak pada anak-anak kita tetapi yang lebih wajib menjadi SuperWife kepada suami kita....sebab itulah suplemen memang menjadi teman rapat kak long...I just love alfalfa and Vit E Shaklee....The most superb vitamin...


Diharapkan perkongsian di atas boleh menjadi panduan kepada kalian ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka ataupun bakal-bakal ibu...

Suka dengan entry arini sebabnya kak long dah melepasi tempoh 2 tahun penyusuan baby Muaz..Alhamdulillah syukur...sekarang baby Muaz masih menyusu namun kekerapan berkurang...



Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.