Saturday, December 31, 2011

Rukun 1 - Rukun Bekerja

Semalam kak long dan en suami keluar ke Tesco..hajat nak membeli barangan dapur..namun memandangkan kami hanya pergi berdua..maka kami turut ke tempat kegemaran kak long iaitu kedai buku..kedai buku yang ada di Manjung yang paling best setakat ini adalah di Popular..

Alhamdulillah...kami dapat membeli beberapa buah buku termasuk novel dari pengarang kegemaran kak long...dan satu buku yang kak long sangat suka dan tidak sabar untuk membacanya adalah buku Karya Muhamad Muhyidin yang bertajuk "17 RUKUN BISNES DENGAN ALLAH"



Kak long baru sahaja menamatkan pembacaan untuk Bab 1. Buku yang terbaik buat kita yang mencari perniagaan sebenar demi mencapai redha Ilahi...Kak long sangat-sangat menganjurkan agar kita semua (baik yang mahu berniaga mahupun makan gaji) untuk sama-sama membaca buku ini.

Sedikit rumusan yang kak long boleh buat dari pembacaan bab Pertama:


Rukun 1 - Rukun Bekerja (Syarat Utama Mendekati Rezeki Tidak Diduga)


Syarat Sah bagi Rukun Bekerja adalah 5 perkara:


i) Bagi merekea yang ketika ini tiada lagi pekerjaan; Lakukan/ Ambilllah kerja yang halal di sekitar anda - tidak perlu bermimpi ingin kerja yang banyak gajinya atau tinggi pangkatnya...tidak salah bukan menjadi seorang petani walaupun memiki sarjana...Tidak ada kerja yang hina dan rendah pada pandangan Allah kecuali kerja yang haram, berselimutkan dosa dan maksiat.


ii) Mulakanlah pekerjaan dengan wuduk - hatta anda seorang doktor, peguam, pekerja kilang..mulakan langkah anda dengan mengambil wuduk. Berwuduklah kerana wuduk ini akan menyucikan jiwa dari berbagai keinginan yang buruk dan kecenderungan pada hawa nafsu yang rendah. Allah Maha Suci dan mencintai mereka dalam keadaan suci.


iii) Niatkan kerja sebagai ibadah - renungkan kata-kata Muhammad bin Ali bin Hussain "Jika maut datang kepadaku dan aku dalam keadaan seperti ini, bermakna aku dalam keadaan taat kepada Allah; Sebabnya aku mencukupkan keluargaku dan diriku dan menjauhi meminta darimu dan manusia. Yang aku bimbangkan adalah andai kata maut datang sedangkan aku dalam keadaan melakukan maksiat kepada Allah"


iv) Lakukan kerja dengan penuh semangat - jangan putus asa akan hasilnya, jika belum berjaya, usaha lagi dan senyumlah. Jika hati sudah penuh pasrah dengan Allah sedangkan anda sudah niatkan kerja itu sebagai satu ibadah, maka tiada satu pun yang perlu anda cemas dan takutkan.


v) Jujur dan adil - kerana ia mengandungi tenaga rohani yang hebat yang mampu menarik cinta, rezeki dan keredhaan Allah.



Sekadar perkongsian yang sedikit...semoga ia membantu diri kak long dan diri rakan-rakan sekalian...

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.