Friday, December 30, 2011

Susu Pasti Cukup Jika Yakin dan Konsisten..

 Kebelakangan seakan menjadi satu trend bagi ibu-ibu moden untuk menyusukan anak mereka..Kenapa kak long katakan ia trend? Sebab si ibu tadi tidak benar-benar memahami penyusuan susu ibu itu sendiri...

Kerapkali kak long dihujani dengan pertanyaan Vitamin apa yg boleh tambah susu ibu..dan terus-terang kak long nyatakan yang kak long tidak menjual apa-apa vitamin yang menambah susu ibu....tapi mengapa ada set menyusu ye...

Set B atau Set Breastfeeding@ Penyusuan bukanlah set yang digunakan untuk menambah susu...sebenarnya..set B ini membantu memastikan supaya ibu-ibu yang ingin menyusukan anak mereka mendapat khasiat secukupnya dari vitamin yang diambil. Ye..alfalfa merupakan salah satu "milk booster" yang telah digunakan sejak dahulu kala lagi...tetapi...konsep penyusuan susu ibu dan ilmu pemakanan vitamin perlu digali terlebih dahulu...

Kawan-kawan nak tau tak...sejak mula hamil anak kedua (Muaz)..kak long dah memasang niat untuk implemen natural parenting...Natural Parenting means mengasuh anak-anak secara alami....ia bermula dengan penyusuan susu ibu itu sendiri dan seterusnya pemakaian lampin kain dan pendidikan si anak tadi...kak long tahu yang kak long boleh mulakan dengan 2 perkara iaitu:

i) Penyusuan susu ibu kepada bayi sehingga 2 tahun (paling awal)
ii) Pemakaian lampin kain

Alhamdulillah..kak long berjaya melakukan kedua-duanya....sepanjang kehamilan kak long..kak long banyakkan membaca mengenai proses penyusuan...kak long godek-godek blog..join forum...khusus untuk mendapatkan ilmu berkaitan penyusuan...tak pernah terlintas pada fikiran kak long yang susu tak cukup...kena buat stok banyak-banyak..kerana apa yang pasti..kak long nak memberikan yang terbaik buat Muaz...

Sebaik sahaja kak long bersalin, perkara pertama yang kak long buat adalah..menyusukan Muaz seawal jam pertama...Alhamdulillah, walaupun ketika itu Muaz hampir terlelap (gara-gara uri kak long lekat...maka proses keluar uri makan masa sket..)...apabila kak long suakan puting kak long, Muaz terus mencapai dan menghisap dgn sesungguhnya...Alhamdulillah...Penyusuan pada Jam Pertama ini Paling Penting...kerana Bayi akan mengingati bagaimana hisapan pertama dilakukan..InsyaAllah jika bayi berjaya menghisap pada jam yang pertama, bayi tersebut akan terus menghisap dari ibunya...Namun jika kawan-kawan ada yang tidak berjaya, jangan segan atau malu untuk meminta bantuan jururawat/doktor kerana ia adalah detik terpenting..(Alhamdulillah...di Hospital Manjung ni dikenali juga sebagai Hospital Rakan Bayi...nurse2nya memang banyak membantu dalam proses penyusuan susu ibu)...

Sepanjang tempoh berpantang, kak long banyak menghabiskan masa bersama Muaz...inilah detik terindah sepanjang perjalanan penyusuan kami...Pada dua minggu pertama, kak long sekadar menyusukan dia secara terus kerana pada dua minggu pertama, badan kita masih dalam proses beradaptasi...penghasilan susu ketika ini memang banyak kerana paras hormon prolaktin kita yang tinggi..pada masa yang sama, payudara kita dalam proses mengenalpasti waktu dan kuantiti susu yang perlu dihasilkan....

Untuk permulaan kak long hanya mengepam sekadar untuk mengosongkan payudara sahaja...dan mengelakkan dari bengkak susu...Percaya tak...kak long tak pernah simpan stok EBM yang banyak...sebab kak long yakin yang susu kak long cukup dan kak long nak berikan susu yang segar/fresh sahaja kepada Muaz...


Kak long mula membuat stok 2 minggu sebelum kak long mulakan kerja...dan seminggu sebelum kak long naik bertugas..kak long sudah mula menghantar Muaz ke pengasuh...kenapa awal?


i) untuk membiasakan Muaz dan pengasuh dalam mengendalikan EBM
ii) untuk mengetahui jumlah sebenar susu yang perlu Muaz minum
iii) untuk kak long dapatkan jadual pam yang tetap yang boleh digunakan apabila kak long mula bertugas..

Kak long tidak mengambil apa-apa milk booster sehinggalah umur Muaz 4 bulan..kak long mula mengambil Shaklee...Kenapa? Adakah susu untuk Muaz berkurang?

Tidak...Kerana ketika itu,kak long mula membuat tugas-tugas di ladang dan kerja-kerja luar...yang memerlukan lebih tenaga..kebetulan ketika itu, kesihatan kak long agak merosot...sentiasa selesema..demam...sakit-sakit badan...dan Alhamdulillah....selepas mengambil Shaklee Set B selama sebulan kak long meneruskan mengambil Shaklee sehingga kini....

Sepanjang penyusuan Muaz, ini adalah perkara WAJIB yang kak long buat..untuk memastikan kak long dapat mebawa balik sekurang-kurangnya 20oz sehari...Maksimum kak long pernah dapat setiap kali pam adalah 6 oz...biasanya hanya 4-5 oz sahaja...kak long percaya yang jumlah susu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk si comel Muaz...sebab setiap bayi mempunyai keperluan yang berbeza...


i) Mengepam mengikut jadul yang ditetapkan..maksimum 3 jam sekali...tapi kak long mengepam setiap 2jam setengah sekali.


ii) Minum air kosong secukupnya...sekurang-kurangnya 3 Liter sehari...kadang-kadang mencecah jugak 5Liter sebab berjemur tengah ladang kan...


iii) Mengamalkan zikir Ya Mateen...dan berdoa supaya rezeki susu ini berterusan buat Muaz sekurang-kurangnya 2 tahun...


iv) Berfikiran positif dalam penyusuan..

Oklah...sekadar secebis perkongsian buat anda di luar sana....Jika ada diantara kawan-kawan di luar sana nak berkongsi pengalaman menyusukan atau mahu mencuba suplemen semulajadi ..silakan...email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.