Monday, December 31, 2012

PROMO JANUARI 2013

2012 bakal melabuhkan tirainya tepat jam 11:59 malam ini... dan terbitlah SINAR 2013...

Dan syukur, Shaklee telahpun mewar-warkan PROMO JANUARI 2013...


Pembelian 6 botol Joint Health  Tablet PERCUMA1 botol!

Apa kebaikan JOINT HEALTH TABLET?

1. Menyokong keselesaan sendi
Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialan asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

2.Bertindak sebagai kusyen
Ekstrak jagung membekalkan sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan memelihara tulang rawan. Glukosamina merupakan komponen utama membina tulang rawan dan lendir bagi Memilihara tisu penyambung yang sihat

3. Memilihara tisu penyambung yang sihat
Zinc, tembaga, mangan dan vit C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberi kekuatan & struktur terhadap sendi.


Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Muka berseri-seri dengan ESP & Set Kecantikan Kulit Shaklee

Hari ni hari terakhir 2012...

Alhamdulillah Allah masih memberi peluang pada kita semua untuk terus menghambakan diri kepadaNya... 
Promo SHAKLEE COLLAGEN POWDER dah pun tamat.. Alhamdulillah dan PROMO JANUARI pun dah menjelma :) tapi kak long tak nak cerita PROMO JANUARI dulu...
Hari ni kak long nak share dengan u olls semua satu testimoni dari salah seorang pelanggan tetap Shaklee...

Beliau mengambil Set Kecantikan Kulit / SET D Shaklee 2 bulan dan baru sahaja mengambil ESP 3 minggu.
Tengok hasilnya.... KULIT YANG GEBU DAN CERAH!!!
Dan BONUS yang beliau dapat selain kulit yang gebu adalah TENAGA YANG BERPANJANGAN...
2 dalam 1 kan hasilnya...



Siapa kata tanpa colagen, kulit tak boleh cantik hehehe..
Alternatif untuk Collagen adalah SET D dan ESP

Jom kita semak apa yang ada dalam SET D..

Kandungan Vitamin SET D:
B complex
~ B untuk kecantikan
~ Mengandungi riboflavin yang juga dikenali sebagai vitamin kecantikan
~ Mengurangkan masalah kulit berminyak, whitehead, blackhead, parut jerawat dan keadaan kulit kering
~ antistress, stress membuatkan kulit wajah kita lebih mudah kusam dan berkedut.

Vitamin C
~ mengandungi kolagen yg membantu mengekalkan keanjalan kulit wajah.
~ anti-oksida yang baik yang dapat memelihara kulit wajah daripada radikal bebas (agen yang mempercepatkan penuaan)
~ membantu mempercepatkan penyembuhan sel akibat luka menjadikannya lebih sekata, cerah dan berseri.

Vitamin E
~ sumber antioksidan diperkayakan dengan ekstrak biji anggur
~ memudarkan parut jerawat
~ melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
~ membantu penyerapan oksigen bagi mengekalkan kesegaran kulit

Jika anda mengalami masalah jerawat/jeragat yang agak kronik sangat digalakkan untuk add on ESP n GLA

ESP
~ sumber protein yang lengkap dengan 9 asid amino yang diperlukan badan
~ makanan asas sel-sel badan
~ apabila sel-sel badan kita sihat, penyerapan zat dan nutrien menjadi lebih mudah

GLA Complex
~ menyeimbangkan hormon yang mempunyai pengaruh besar terhadap keadaan kulit wajah seseorang seperti contoh masalah jerawat mahupun jeragat

Pengedar Sah Shaklee

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Saturday, December 29, 2012

PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG

Salam Sabtu semua...

Kepada pengikut atau pembaca blog ni umumnya ramai yang mengetahui kak long adalah PENGEDAR SAH SHAKLEE di MANJUNG... Tapi buat mereka yang baru sahaja membaca laman ini dan baru je nak berjinak-jinak dengan kak long...maka sekali lagi kak long nak menyatakan yang KAK LONG ni PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG... (macam gempak je kan..hehehe memang gempak pun!)

Kalau u olls nak tau, sebelum kak long jadi distributor SHAKLEE ni, kak long dah berjinak-jinak dengan SET PENYUSUAN terlebih dahulu... Selepas setahun barulah kak long terbuka akal, minda dan hati untuk bersama-sama berkongsi dengan u olls kebaikan SHAKLEE ni.

Dalam entry yang lepas, kak long ada senaraikan apa dia set yang kami sediakan kannn..


Jadi arini kak long nak bagitahu u olls keISTIMEWAan beli produk Shaklee dengan kak long...

~ Anda akan diberi panduan pengambilan setiap vitamin yang anda beli
~ Anda akan dibekalkan dengan jadual pengambilan vitamin 

~ Jika anda ada masalah berkaitan pengambilan vitamin, anda boleh mendapatkankhidmat nasihat secara percuma (rasa-rasanya farmasi/ doktor pun tak buat macam ni kan..)

~ Anda boleh berikan bajet anda dan kak long akan buatkan pek khas untuk anda...bergantung kepada objektif anda
~ Anda akan dimasukkan ke dalam kumpulan perbincangan tertutup khas buat semua pelanggan Euphoria...di sana anda boleh berkongsi pengalaman, memperolehi nasihat serta cadangan-cadangan berkaitan pengambilan vitamin
~ Anda turut menerima cenderahati percuma khusus buat pelanggan kak long


dan yang paling best..


~ Setiap bulan pasti ada tawaran-tawaran menarik hanya dari kak long untuk pelanggan kak long sahaja...


Jadi tunggu apa lagi.... Dapatkan vitamin anda hari ini..

Cara yang paling mudah untuk order... sms ORDER (set apa) dan hantarkan ke 0197987970....Kak long akan berikan cara pembayaran dibuat..Semua pembayaran sebelum jam 12 tengahari...vitamin akan dihantar pada hari yang sama...

Untuk pelanggan sekitar Sitiawan, Manjung dan Lumut..
Anda boleh Self pick-up atau COD

Sebelum kak long terlupa... u olls pun boleh mendapatkan PRODUK SHAKLEE dari rangkaian kak long seperti di bawah:

1. Radhiah binti Rahim : 019-7578554 : Area : Shah Alam 

2. Armilia binti Omar : 012-5636403; Area: Sungai Dua, Butterworth 

3. Siti Muhaini : 012-5491200; Area: Sandakan 

4. Nurhidayu Ibrahim : 012-226 7139; Area: Sg Buloh 

p/s: kalau u olls rasa-rasa nak join rangkaian kak long... boleh je... hubungi kak long di nombor tertera di bawah ye...memang best!!!!

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Monday, December 24, 2012

Set Yang RAHSIA SIHAT sediakan untuk ANDA!

Bagi yang baru datang menjenguk ke www.rahsiasihat.com di bawah ini adalah senarai set vitamin yang kak long sediakan khusus buat anda semua. Jika anda ada kekangan kewangan, boleh je hubungi kak long seperti yang tertera di bawah...

Set A (Optimum) – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.

Set B (Breastfeeding) – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu). Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.

Set B1 – set B1 adalah set penyusuan namun ia mengandungi 330 biji alfalfa (biasa ialah 60 biji sahaja).

Set C (confinement) – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.

Set C+Milk Booster – set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan.

Set D (skincare) – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.

Set E (breastfeeding & bones) – set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium.

Set F (feminin) – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.

Set G (5 serangkai) - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.

Set H (immune booster) – khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.

Set J1 – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix. Juga dinamakan EU FOUR PACK.

Set J2 – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.

Triple M set - set E+Energizing Soy Protein (ESP) sebagai set penyusuan optimum untuk memberikan kesihatan menyeluruh kepada ibu menyusu.

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Wednesday, December 19, 2012

RAHSIA PERNIAGAAN WAKTU PAGI

Pagi ni agak lambat kak long menukilkan sesuatu untuk kalian baca..

Kak long tak nak berkongsi mengenai produk atau testimoni tapi nak berkongsi satu artikel dari Jutawan Internet (Irfan Khairi)



Artikel Pilihan: RAHSIA PERNIAGAAN WAKTU PAGI
Oleh: Irfan Khairi

Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!

Setiap manusia mempunyai had dari segi tenaga yang mereka ada. Sering kali selepas berehat secukupnya pada waktu malam, tenaga dalam diri akan berada di tahap yang terbaik. Penyelidikan ada menyebut, waktu malam ketika tidur adalah waktu untuk sistem bandan kita memperbaiki diri. Ada juga penyelidikan mengatakan bahawa ketika tidur, memberi peluang minda kita untuk menyusun semula segala pemikiran kita di bawah sedar.

Apa pun, rehat yang secukupnya di waktu malam akan memberi minda kita peluang untuk mempelajari lebih banyak perkara pada keesokannya. Tanpa rehat yang cukup, kita umpama kereta yang perlu tukar minyak pelincir!

Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.

Waktu ini juga adalah waktu terbaik untuk mendapat idea-idea baik untuk perniagaan kita. Salah satu teknik minda yang boleh kita amalkan adalah untuk merancang hari esok sebelum tidur. Ertinya, segala niat dan perancangan, di fikirkan sebelum melelapkan mata, dan apa akan jadi adalah ketika tidur, minda separuh sedar akan berfungsi untuk mencari jalan mencapai matlamat yang difikirkan itu.

Ikon-ikon usahawan seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey dan ramai lagi, dan mereka mengatakan bahawa antara rahsia kejayaan adalah bangun awal pagi dan mulakan aktiviti untuk perniagaan di awal pagi.

Sebenarnya, tidak perlu melihat ikon barat mengenai rahsia berpagi-pagi ini. Hadis telah sedia menyebut:

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari" (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Tidak dinafikan, pengalaman saya menemubual ramai usahawan dan orang yang berjaya, kesemuanya mempunyai tabiat bangun awal dan mulakan kerja di awal hari. Terlalu banyak rahsia pagi yang belum disingkapkan oleh manusia- namun, apa yang pasti, sekiranya anda mengamalkan memulakan kerja anda di awal pagi, selepas rehat yan secukupnya, anda akan dapat merasa tenaga, momentum dan motivasi yang amat luar biasa setiap hari!

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Tuesday, December 18, 2012

Kenapa ANDA perlu Jatuh Cinta dengan SHAKLEE COLLAGEN POWDER?

Sebelum hamil, kak long dah mula mengamalkan Shaklle Collagen Powder ni ala produk paling hot bulan ni...sempat la amik 2 kotak...

Kak long memang tak pernah lagi amik apa-apa produk berunsurkan kolagen tapi sejak Shaklee melancarkan produk berunsurkan kolagen ni...berkobar-kobar kak long nak mencuba.



Kalau kak long yang first time mencuba kolagen ni dah jatuh cinta..kenapa pula anda tidak...

Inilah dia SEBAB-SEBAB ANDA PERLU JATUH CINTA dengan Shaklee Collagen Powder ni?

1- Kolagen Shaklee, bahan utamanya ialah 4,000mg Kolagen drpd ekstrak sisik ikan merah (RSS Collagen) yg berkualiti tinggi

2- Di lengkapi dgn 7 bahan aktif lain yg meningkatkan penyerapan, kesan keanjalan dan bertindak sebagai antioksidan. 7 Bahan aktif itu ialah :

♥ Kolagen ikan: Membekalkan elastin bagi mengekalkan kulit lebih anjal

♥ Ekstrak kulit kerangan laut : mengandungi glukosamina sebagai pelincir bg sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidak selesaan mata

♥ Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen

♥ Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi asid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan

♥ Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,

♥ Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.

♥ Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh

3- Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu*

♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan

Faedah tambahan :: menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang.Membantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.

4- Molekulnya sangat ringan, hanya 1,000 Dalton, maka lebih mudah diserap oleh badan kita.


So..korang-korang kat luar sana..ni lah masanya nak mencuba. Harga runcit sekotak RM298 namun ada promosi meletup bulan ni... Rugi kalau tak beli..

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya
~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Vitamin C Oh Vitamin C!!!

Selepas sekian lama menunggu khabar berita dari Pengurusan Shaklee berkaitan VITAMIN C 500MG....
Akhirnya petang semalam berita yang dinanti kunjung jua...

VITAMIN C 500MG HANYA ADA DI PASARAN MALAYSIA PADA APRIL 2013!!!

Wah... sungguh lama menunggu ini kabar yang diterima... Tidak mengapa sebab selain VITAMIN C 500mg... Shaklee turut mempunyai satu jenis produk lagi iaitu

VITAMIN C CHEWABLE (100MG)

Mempunyai khasiat yang sama dengan VITAMIN C 500mg namun yang berbeza adalah ia apada dos yang lebih rendah. Jika sehari kita hanya mengambil 1 biji VITAMIN C 500mg, untuk VITAMIN C CHEWABLES, anda perlu mengambil 3-5 biji sehari.

Jadi sebelum kami kehabisan stok VITAMIN C CHEWABLES, apa kata korang semua place order secepat mungkin. Pastinya VITAMIN C CHEWABLES adalah PRODUK PALING HOT selepas ini.

Tapi jangan lupa pula, promosi COLLAGEN POWDER masih berlangsung. Ia lengkap dengan Vitamin C juga, jadi lebih baik ambil kolagen kerana ia pakej yang lengkap. Hasilnya juga lumayan!!!


Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Monday, December 17, 2012

Kelebihan B Complex untuk Wanita Hamil


B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. 
Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. 
Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. 
Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Monday, December 3, 2012

Apa kandungan dalam SHAKLEE COLLAGEN POWDER?

Berbeza dengan Produk Kolagen lain, Shaklee Collagen Powder mengandungi unsur-unsur khusus seperti di bawah.

Kandungan Collagen Powder dan fungsinya:

Apa fungsi setiap bahan dalam SCP?

Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal

Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir bg sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidak selesaan mata

Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen

Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan

Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,

Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.

Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh






Sememangnya ia lengkap dengan nutrien khusus yang bertindak secara sinergistik. Maka tak rugi mencuba Collagen Powder dari Shaklee.

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya
 ~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

PROMO HUJUNG TAHUN ~ SHAKLEE COLLAGEN POWDER~



Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya
~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Saturday, November 24, 2012

5 TIP MUDAH BANTU GAZA



5 tip tersebut diringkaskan menjadi formula berikut :  Doa + Kaji + Boikot + Didik + Infaq = Bantu Palestin
 
1) Doa
Memperbanyakkan doa memohon Allah memberi pertolongan kepada rakyat dan pejuang di Palestin termasuk juga Qunut Nazilah. Sekiranya tidak berkesempatan untuk Qunut Nazilah, luangkan masa untuk berdoa di waktu lapang
 
2) Kaji
Sentiasa mengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu Palestin. Alert dengan berita-berita yang memaparkan laporan terkini isu Palestin. Mengkaji kitab-kitab yang menceritakan isu sebenar krisis Israel dan Palestin bukan sahaja dari sudut agama malah dari sudut kemanusiaan
 
3) Boikot
Berusaha memboikot barangan Israel dan sekutunya. Sekiranya tidak mampu boikot kesemuanya, boikot sekadar atas kemampuan. Kita sama sekali dilarang menghina orang Islam yang tidak bersama memboikot barangan Israel ( kerana sudah terbiasa menggunakan atau sukar untuk memboikot)
 
4) Didik
Mendidik anak-anak dan masyarakat supaya membenci segala bentuk kezaliman yang berlaku. Didik mereka supaya membenci kezaliman dan menyayangi keamanan. Bukan sekadar kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin, tapi segala bentuk kezaliman yang berlaku.
 
5) Infaq
Sedia menginfaqkan wang bagi membantu rakyat Palestin dan juga para pejuang yang membantu Palestin. Hulurkan wang bagi membantu segala usaha mana-mana pihak yang membantu rakyat Palestin. Seperti tabung kemanusiaan Palestin atau memberi sumbangan menaja kos mencetak bahan-bahan penerangan isu Palestin.
 
Dapatkan 5 tip tersebut dalam bentuk poster di  


Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

 ~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Wednesday, October 31, 2012

Beli SET PROMO ~ BANYAK KELEBIHAN!!!

Apa yang menariknya BULAN OKTOBER ni?

YANG PASTI.....BULAN OKTOBER adalah BULAN ESP... PROMO ESP berlangsung sepanjang bulan ni... Jadi sangatlah rugi mereka-mereka yang tidak mengambil kesempatan membeli ESP SEPANJANG PROMO ini...

Apa PROMOnye?


Apa yang saya dapat jika BELI SET PROMO ni?

~ Yang pasti, jika anda membeli 6 canister ESP, anda akan memperolehi 1 canister percuma
Maksudnya jumlah ESP yang anda akan dapat 7 canister kesemuanya
~ Pembelian 1 set promo ni melayakkan anda mendapat KEAHLIAN PERCUMA kerana uv terkumpul untuk 6 canister ini adalah 234uv... untuk mendapat keahlian percuma sekurang-kurangnya anda perlu membeli minimum 200uv pada satu resit
~ Selain keahlian percuma, pembelian set promo ini juga MELAYAKKAN ANDA MENERIMA BONUS JUALAN PERTAMA pada bulan akan datang. Secara tak langsung, perniagaan anda dah mula terbentuk!!
~ Dah alang-alang langkah asas jualan anda dah ada, anda boleh mendapatkan KONSULTASI PRODUK SERTA KONSULTASI BIZ DARI GRUP KAMI (EUPHORIA)..biz part time anda
~ Produk ESP ni akan EXPIRED 2014... Jadi ia tetap berbaloi-baloi walau anda membuat stok
~ Yang paling penting, PROMO INI HANYA ADA SEKALI SETAHUN.... Jadi Lepas ni janganlah anda tanya bila lagi nak ada promo ESP ye... 

Ambil peluang ini untuk

ANDA MENCUBA ESP
MENGUMPUL STOK ESP dengan HARGA YANG MURAH
TERUS MENGAMALKAN ESP
MEMULAKAN BIZ SHAKLEE ANDA

Hubungi saya

 ~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Wednesday, October 17, 2012

KELEBIHAN 10 HARI AWAL ZULHIJJAH

Hari ni merupakan hari pertama dalam bulan Zulhijjah. Syukur sebab bulan Zulhijjah kali ni jatuh pada bulan Oktober...kenapa? Sebab kak long dilahirkan pada 11 Zulhijjah bersamaan dengan 20 Oktober...jadi tahun
ni dapat meraikan ulang tahun kelahiran hampir serentak..

Tapi bukan itu yang kak long nak kongsikan... Kita umunya tau yang Bulan Zulhijjah adalah antara bulan haji dan pada bulan Zulhijjah inilah kita akan merayakan EidulAdha..

Sepertimana Syawal yang mempunyai Eidul Fitri dan kelebihan 10 hari terakhir Ramadhan...begitu juga dengan Zulhijjah yang mempunyai 10 hari awalnya...

Ada apa dgn 10 awal Zulhijjah ???

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh”. (QS. Al-Fajr: 1-2).

Imam Ibnu Kathir berkata : “Yang dimaksudkan adalah sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah”.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Antara amalan-amalan yg dianjurkan pada hari-hari tersebut:

1.berpuasa terutama pd hari Arafah (9 Zulhijjah) sbgaimana sabda Rasulullah (Aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya). (Riwayat Imam Muslim)
2.Takbir, Tahlil, Tahmid kpd Allah
3.bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa
4.Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat

Jadi di kesempatan ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan-amalan kita...semoga Zulhijjah tahun ini memberi lebih banyak kesan positif berbanding tahun-tahun sebelumnya... InsyaAllah...

Berminat nak mencuba produk Shaklee? Hubungi saya ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417 ~ sms|whatsapp: 019-7987970 ~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Tuesday, October 16, 2012

VITAMIN ANTENATAL SHAKLEE

Tentu ada di antara anda telah membaca update status FB kak long berkaitan VIVIX semalam... Bila kak long menulis, VIVIX perlu dihabiskan oleh en suami, ramai yang mengucapkan tahniah... Kenapa?

Sebabnya VIVIX tidak sesuai diambil oleh WANITA HAMIL, WANITA MENYUSU.... Jadi kawan-kawan kak long ni dah boleh lah mengagak kenapa kak long menulis sedemikian... :)

Ok, berbalik pada tajuk kita tadi...Kak Long & KEHAMILAN... Alhamdulillah ni kehamilan keempat dan kak long menanti zuriat yang ketiga...hehehe..mesti ada yg confuse ni kan... ok actually, kak long pernah mengalami keguguran masa mula-mula kahwin...jadi kalau ikut istilah perubatan, kehamilan tersebut tetap dikira.

Alhamdulillah, kandungan kak long masuk minggu ke-enam (tak pergi buat buku pink lagi)... dan setakat ni, kak long masih merasa tetap bertenaga seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mungkin ini antara kesan kak long mengamalkan suplemen hampir 3 tahun... Sebelum hamil, kak long memang mengamalkan VIVIX dan Colagen Powder namun sebaik sahaja kak long mengetahui yang kak long berbadan dua...kedua-dua produk tersebut kak long hentikan serta-merta..


Jadi kak long kembali ke rutin asal...MENGAMBIL VITAMIN ANTENATAL SHAKLEE...

Wah!! Shaklee ada VITAMIN ANTENATAL?



Apa yang terkandung dalam VITAMIN ANTENATAL SHAKLEE....atau lebih dikenali sebagai SET EU FOUR PACK

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Zat besi juga mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
B complex shaklee mempunyai rumusan lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik. Asid folik sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi. Ibu seharusnya terus mengambil B complex sebaik sahaja kehamilan dikesan.  

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Ostematrix
Ia adalah formula baru Shaklee yang mana dulu vitamin ini hanya dikenali sebagai Kalsium Magnesium. Tetapi kini, dengan formula baru ditambah dengan kelebihan "mudah telan" ia memberi kesan kepada taraf kesihatan si pengamal. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping  magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Sunday, October 14, 2012

Seronok ke Berbiz Shaklee?

Ramai yang bertanya kak long...seronok ke join biz Shaklee ni?

Alhamdulillah, dalam masa 1-2 tahun kak long menceburkan diri dalam Shaklee ni kak long nampak TIADA yang MUSTAHIL... Semuanya BOLEH yang penting KITA MAHU!!

Dan yang seronoknya BIZ SHAKLEE ni tak mewajibkan kita pergi ke meeting malam-malam...

Semuanya dilakukan dari rumah sahaja. Hanya sediakan komputer atau komputer riba serta line unternet.

Semua urusan jual beli dilakukan secara online... Malah motivasi & pengetahuan produk pun boleh dikongsikan dalam GRUP FB kami...

Sekali-sekala, Founder kami (EUPHORIA) iaitu Pn Norita akan membuat siri-siri training intensif buat ahli.

Di bawah ini kak long kongsikan sedikit sesi training yang dikendalikan oleh Pn Norita (sangat ralat sebab kak long terpaksa tarik diri pada saat-saat akhir)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

credit to Anakkuwiraku.com


Menjana pendapatan dari rumah mahupun sampingan bersama kami?




Alhamdulilah minggu sudah selesailah forum Euphoria antara terbesar yang pernah kami adakan. Sebagai penganjur, saya amat berterima kasih kepada semua tetamu jemputan yang sedia berkongsi rahsia kejayaan mereka. Antaranya ialah Master Farah Alias, Puan Arnie [ founder of Genkimomma], Puan Tuty untuk bahagian pengetahuan produk. Sayangnya Master Shareeza tidak dapat hadir pada saat akhir atas urusan keluarga yang tak dapat dielakkan. Namun terima kasih buat beliau atas slide yang disediakan yang telah dibentangkan oleh suami saya sendiri.












~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berminat nak sertai kak long dan grup kami?
Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee 

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM700) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID kak long 852417 sebagai sponsor/upline.

Yuran keahlian Shaklee

Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui kak long. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase



Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tak perlu maintain point atau wajib membuat ada pembelian.

Apa kelebihan menjadi ahli?
1) Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.
2) Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.
3) Jika berminat untuk berbiz, ada kelas tertutup disediakan oleh saya melalui blog / fb tertutup khas untuk ini.
4) Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).

Berminat? Boleh emailkan kepada saya untuk membolehkan kami daftarkan anda dalam kumpulan kami.  


Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Saturday, October 13, 2012

Kelebihan BERTAHAJJUD...

Antara hobi kak long adalah melayari laman web...suka berkunjung ke laman web yang memberi pelbagai ilmu dan motivasi yang secara tak langsung memberi kak long cas-cas positif...

Dan pagi ni, dalam melayari internet..kak long bertemu dengan satu artikel berkaitan TAHAJJUD... Artikel ni dipetik dari keratan akhbar Harian Metro... Jadi kak long nak berkongsi artikel ini dengan u olls kat luar sana...

credit to Harian Metro & Teratak Indah


KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
Susunan Oleh : Hashim Ahmad
Harian Metro : 10 Oktiber 2008


SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan. 

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi.

Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.
Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut. Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton tayangan gambar larut malam di kaca TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam.Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.

Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’
(Surah Al-Israk: Ayat 79).

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula. Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud.

Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya.
Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” 
(Hadis Riwayat: Abu Daud)


Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini. Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram. Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.

Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.


Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:
“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.


KURNIAAN DI DUNIA IALAH:

- Jauh daripada segala penyakit.
- Lahir kesan takwa pada wajahnya
- Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.
- Percakapannya mengandungi hikmah.
- Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).


SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH:

- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
- Dipermudahkan hisab.
- Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat.
- Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang. Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.

Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa.

Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.

Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya. Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.





Semoga ia menjadi peringatan buat kak long serta u olls semua... Selamat beramal!!

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com