Monday, January 9, 2012

Migrain berkurang dengan suplemen

Kak long dari sekolah lagi memang ada  migrain dan gastrik...nak kata tak jaga makan, sentiasa makan ikut jadual..namun apa yang kak long pasti..sakit migrain kak long ni disebabkan kak long ada sinus...bila cek ke doktor ...sebab yang sama akan diberitahu....dan yang pasti..ubat yang akan diberi adalah ubat tahan sakit...poston.. .Ubat Tahan sakit dan Ubat Gastrik yang cecair tu antara yang wajib ada dalam beg kak long..

Tapi itu suatu masa yang lalu...hehehe...Alhamdulillah sekarang ni...sedikit demi sedikit ia semakin berkurang...Sebelum kak long bercerita dengan lebih lanjut bagaimana migrain kak long berkurang..jom kita baca dahulu serba sedikit berkaitan MIGRAIN..

Bagaimana kita nak tahu yang kita ni ada menghidap migrain? 


Antara simptom yang biasa dihadapi oleh penghidap migrain ialah...
i) Mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala?
ii) Seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai aura disekelingnya? 
Kedua-dua gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk. 


Selain itu adakalanya juga..mereka yang menghidap migrain turut merasai perkara-perkara di bawah..
i) Mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? Atau anda biasa mengalami diikuti oleh muntah atau cirit-birit? 
ii) Merasa amat sensitif dan takut pada cahaya yang terang atau merasa amat sensitif pada bunyi atau merasa amat sensitif pada bau? 


Jika kita dah tahu apakah simptom-simptom yang dihadapi oleh mereka yang migrain..kak long nak berkongsi pula bagaimana kak long boleh mengatasi sedikit demi sedikit masalah migrain kak long ni...


Sejak kak long mengamalkan ostematrix sejenis suplemen kalsium dari Shaklee kak long dapati yang migrain kak long memang berkurang...apa yang ada dalam Ostematrix tu ye..



Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
 


Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
 
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
 
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


Selain dari itu, kak long turut mengambil B-kompleks....kombinasi Ostematrix dan B-kompleks yang sebenarnya meredakan masalah migrain kak long...kalau tadi kita dah baca mengenai ostematrix...jom kita semak pula apa kandungan dalan B-kompleks Shaklee yang membantu meredakan migrain..


B Complex


 
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.


Dan kak long turut nak berkongsi satu testimoni seorang teman yang mengalami sakit kepala dan mengambil b-kompleks sebagai penawar...adakah ia berkesan ...

dan jika berkesan bagaimana? kak long turut memuatkan penerangan seorang ahli farmasi berkaitan pengambilan b-kompleks ini...jom kita baca...



Jadi kawan-kawan di luar sana...adakah anda ingin meneruskan pengambilan ubat tahan sakit atau ingin berubah kepada sesuatu yang lebih semulajadi....pilihan di tangan anda...

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.