Monday, February 27, 2012

Osteoporosis...Arthritis...Rheumatism...


Osteoporosis, adalah masalah berkaitan tulang, terutamanya melibatkan warga tua. Dalam osteoporosis, tulang manusia akan kehilangan kepadatannya (density), sekaligus menyebabkan ia terdedah kepada fracture (retak). Ia dikenali dengan nama tulang rapuh bagi orang kebanyakan seperti kita... 
Golongan yang paling terdedah kepada osteoporosis adalah wanita berumur yang telah menopause. Kenapa? Ini kerana, apabila menopause, badan wanita berhenti menghasilkan hormon estrogen yang menyebabkan tulang rapuh lebih cepat. Hormon estrogen diperlukan dalam memastikan sumber kalsium yang diperolehi dari diet seharian diserap dengan sebaik-baiknya ke dalam tulang. Ketidakseimbangan hormon estrogen bagi wanita yang mengandung dan bersalin turut menjadi faktor penyumbang kepada masalah osteoporosis ini. Oleh sebab itulah, kenapa ibu-ibu hamil dan menyusukan bayi disarankan untuk mengambil kalsium secukupnya.
Selain itu, lelaki dan wanita lain juga boleh menghidapi osteoporosis, terutamanya jika mempunyai masalah2 berkaitan dengan zat-zat seperti kekurangan kalsium, vitamin D dll. Osteoporosis biasanya tiada simptom. Orang yg mengidap osteoporosis, selalunya didapati menghidapi penyakit tersebut apabila ada keretakan tulang. Tulang yang biasa terkesan adalah pangkal tulang paha (femur). 




Arthritis pula berkaitan dengan sendi. Dalam bahasa latin, arthritis berasal dari perkataan arthro (sendi) + itis (radang). Ia lebih dikenali sebagai radang sendi. Arthritis ada banyak jenis yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara yang selalu didengar adalah osteoarthritis, rheumatoid arthritis dan gout. 
Tanda-Tanda Arthritis adalah seperti::
Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah) 
Sendi bengkak 
Kekejangan sendi 
Susah untuk bergerak seperti biasa 
Sakit apabila bergerak 
Perubahan kepada sendi 
Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut 
Otot betis menjadi kecut bagi penyakit osteoarthritis lutut 
Sakit bila sekeliling sendi ditekan 




Sebut pasal rheumatoid arthritis, ia adalah sejenis rheumatism. Rheumatism adalah sebuah category penyakit, kerana banyak penyakit termasuk di bawah rheumatism. Antaranya termasuklah rheumatoid arthritis, SLE (systemic lupus eryhtematosus), rheumatic heart disease (rheumatic fever) dll. 
Apa rheumatism ni? Rheumatism adalah sebuah penyakit yang dikategorikan sebagai autoimmune. Autoimmune bermaksud keadaan apabila sistem imun badan menyerang diri sendiri. Sistem imun, sebagaimana yang kita tahu, tugasnya adalah untuk mencegah agen-agen penyakit dari merosakkan badan kita. 
Namun dalam keadaan autoimmune disease, sistem imun badan kita terkeliru dan menganggap sel-sel badan kita sendiri sebagai agen penyakit, lalu menyerang diri sendiri. Ianya tidak khusus kepada paru-paru sahaja. Dalam SLE, ia boleh menyerang mana2 atau beberapa atau semua organ (paru-paru, jantung, hati, buah pinggang etc) kerana ianya systemic. Kalau proses autoimmune itu berlaku di sendi-sendi, maka ianya dipanggil rheomatoid arthritis. Kalau ianya melibatkan jantung (injap terutamanya), ianya dipanggil rheumatic heart disease.


Jadi..sedikit sebanyak kak long harap kalian dapat memahami perbezaan antara penyakit-penyakit ini..Ia sekadar penjelasan ringkas dan InsyaAllah..kak long akan berkongsi lebih lanjut dengan kalian berkaitan arthritis dan rheumatism ini di masa akan datang...

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.