Friday, February 24, 2012

Pengalaman dengan anak yang Ekzema

Anak kak long yang sulung, Anas zikry..memang ada eczema sejak dari bayi..bermula dari pipi yang kononnya ruam susu..lama kelamaan..kawasan pipinya yang montel semakin kemerah-merahan dan kering dan menggelupas...

Macam-macam petua yang kak long dah buat..letak gincu kat pipi yang ruam tu (terpaksa beli gincu sebab kak long tak pakai...), sapu tepung ubi, letak bedak ammens dan pelbagai lagi..

Selain tu, ada juga doktor-doktor yang meminta kak long cuba menukar jenis susu untuk Anas...buat pengetahuan semua, anak sulung kak long memang tidak menyusu badan secara eksklusif..masa tu kak long memang agak jahil tentang penyusuan susu ibu..(suatu masa dulu..kini tidak lagi..)...Kalau ikutkan dari semahal-mahal susu hinggalah ke semurah-murah susu..dari hypoallergenic formula milk...lactose free...susu kambing...hampir kesemua jenama susu formula kak long dah cuba tapi hasilnya tetap sama..

Kak long kemudian, berjumpa dengan seorang pediatrik..dan menurutnya..ekzema terjadi mungkin kerana ada keturunan yang mempunyai athma..atau alahan...ye kak long akui..kak long memang ada alahan dan ibu kak long ,memang ada athma...sebab itulah Anas mempunyai ekzema..

Doktor tersebut mengatakan Anas tiada alahan dengan apa-apa jenis susu maka kak long boleh meneruskan dengan jenama yang sedang kak long gunakan...Doktor tersebut memberi sejenis krim iaitu elomet untuk dipakaikan kepada Anas..Alhamdulillah ada perubahan yang positif..

Ekzema Anas tetap ada mengikut keadaan...yang membuat kak long susah hati ialah apabila Anas sudah mula memilih makan..maka untuk mengatasi masalah ini, kak long mencuba Mealshakes Shaklee kebetulan kak long pun sedang mencuba Set penyusuan...Nampak perubahan yang sangat baik..Selera makan Anas semakin bagus dan yang paling best..ekzema Anas nampak perubahan setelah mencuba sehingga 3 canister Mealshakes..ye, kak long cukup faham dengan fungsi suplemen yang memperbaiki sel dari dalam maka perlukan masa dan tempoh yang berbeza untuk setiap individu..Anas semakin pulih dari ekzema....

Untuk rawatan luaran pula, kini kak long beralih ke Herbal Blend Cream Shaklee...sejuk je rasa krim ni...tidak mengakis kulit dan serasi dengan Anas...

Sejak memulakan persekolahan, kak long perasan yang emosi Anas turut berubah-ubah..(macam kita juga kan...) dan apabila mood Anas berubah, ekzema Anas akan bermula...dan sejak itu, selain menambahkan lagi bilangan Mealshakes dari 1 kali ke 2 kali sehari, kak long turut memberi Anas sesuatu yang disukai seperti minum yogurt drink, makan buah-buahan atau mebuat aktiviti yang boleh membuatkan Anas happy..Ye, ekzema sememangnya boleh dirawat dengan belaian kasih sayang...

Kini Anas masih mengambil Mealshakes sebagai menu sarapan yang sihat dan kak long sebagai ibu, semakin gembira dengan perubahan Anas...tiada lagi tergaru-garu..calar balar kulit ..(parut masih ada dan semakin berkurang)...Hati ibu mana yang tak gembira jika anaknya sihat kan..

Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.