Saturday, February 11, 2012

ROTAVIRUS....Musuh Utama Kanak-kanak

Sehari dua ni kita diberitakan tentang kematian 2 orang kanak-kanak di Perak yang disebabkan oleh jangkitan rotavirus...

Apa itu rotavirus? Dalam entry hari ni, kak long nak ajak kawan-kawan baik yang dah berkeluarga mahupun yang masih bujang mengenali dengan lebih dekat ROTAVIRUS..


Rotavirus ini mendapat namanya pada tahun 1974 oleh seorang ahli sains iaitu Thomas Henry Flewett...Ia dinamakan rotavirus kerana partikelnya yang bulat seperti roda. Terdapat beberapa jenis rotavirus seperti Rotavirus A, Rotavirus B dan Rotavirus C. Antara jenis-jenis berikut Rotavirus A adalah yang paling kerap menyerang manusia baik golongan kanak-kanak mahupun dewasa.

Sejak 30 tahun lepas, rotavirus merupakan penyebab utama jangkitan gastroenteritis bagi kanak-kanak 6 bulan sehingga bawah 5 tahun. Jangkitan rotavirus kepada golongan dewasa turut berlaku namun impaknya tidaklah sekritikal kanak-kanak. Antara punca-punca merebaknya rotavirus adalah kerana kurang penjagaan hygiene dan kebersihan terutamanya di tempat-tempat awam.

Antara tanda-tanda berlakunya jangkitan rotavirus adalah:
i) cirit-birit
ii) muntah-muntah
iii) demam

Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus biasanya akan menampakkan simptom selepas 1-2 hari. Jangkitan yang kritikal menyebabkan kanak-kanak mengalami  dehidrasi yang melampau dan boleh menyebabkan kematian.

Kebiasaannya untuk jangkitan rotavirus, selain tindakan pembersihan serta sanitasi dilakukan, pesakit yang dijangkiti turut diberikan vaksin secara oral bagi membantu sistem pertahanan badan.

Ibu bapa di luar sana perlu mengambil langkah berhati-hati. Pastikan air yang diminum ditapis dan dimasak dengan betul, penjagaan kebersihan dalaman dan luaran kawasan perumahan perlu lebih dititikberatkan.


Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.