Friday, March 16, 2012

Menulis sebab minat dan sharing kan caring....


Ramai yang bertanya adakah kak long berblog ni semata-mata kerana nak menjual sahaja...
 
Soalan bonus tu...actually kak long memang minat menulis...di awal pembabitan berblogging ni..kak long hanya menulis ketidakpuashatian kak long sahaja...mungkin ada antara kalian pernah membaca penulisan awal kak long...namun lama-kelamaan kak long rasa sangat tak 'best' sebab penulisan sebegitu menampakkan kelemahan dan ketidakmatangan seseorang...heheh ini pendapat peribadi kak long ye...tak terlibat dengan mana-mana individu yang hidup atau yang dah tiada....

ATAU


Then, sementelah kak long terjebak dengan dunia blogging ni...kak long nampak yang dengan blog pun boleh buat duit...tapi kak long akui bukan mudah untuk berblog sahaja dan dapat income yg lumayan...lebih-lebih lagi kak long bukannya pandai sangat nak increase traffic dan SEO...

Kak long mula menceburi jualan online sejak kak long mengenali Shaklee...selepas setahun kak long amalkan Shaklee, kak long mula la merisik-risik bagaimana perniagaan online dijalankan..ye, berbeza dengan offline...perniagaan online memang lebih mudah dan menjimatkan masa...(kak long n suami ada gak buat biz offline...tapi sgt kecil2an...lebih utk kawasan setempat...)..Apatah lagi memang kak long suka nak menulis...

Cuma mula-mula nak menulis sesuatu berkaitan fakta agak susah..(hehe kak long ni suka tulis sajak tau..kalau nak tau..)...tapi Alhamdulillah, semakin lama kemahiran itu diasah..ia jadi lebih baik...Dan kini rasa tak sedap pula kalau tak menulis sehari...

Jadi kak long harap korang tak boring membaca blog kak long ni ye...dan semoga kalian sering menyokong biz kak long...Dah baca ni...takkan tak reti-reti nak membeli vitamin dari kak long..ahaks.....terima kasih banyak2 atas sokongan dari kalian...kak long akan terus menulis dan berkongsi dengan kalian apa jua berkaitan kesihatan, rumahtangga, anak-anak dan keluarga...InsyaAllah...

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.