Wednesday, May 16, 2012

Anemia ketika hamil..boleh membawa MAUT!!

Kak long rasa gembira..sahabat baik kak long yang melansungkan perkahwinan beliau pada November 2011 kini dah pun hamil...antara rasa gembira, excited dan berdebar-debar...maklum la kan anak sulung...


Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu yang hamil adalah kurang/ rendah sel hemoglobin..erti kata lain..ANEMIA...Alhamdulillah, kak long tiada masalah anemia ketika hamil namun melihat kakak ipar yg anemic memang rasa simpati...

Bagi ibu yang hamil paras Hemoglobin dalam darah adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL . Hemoglobin berfungsi dalam mengangkut sel oksigen di dalam darah. Apabila sel darah merah berkurang maka bekalan oksigen secara tidak langsung turut terjejas.

Simptom anemia
• 5 L yaitu lemah, letih, lesu, lelah, dan lalai
• Sering mengalami pusing-pusing dan mata sering berkunang-kunang,
• Apabila lebih kronik, bahagian kelopak mata yang berwarna pucat, bibir yang pucat, lidah, kulit serta tangan yang pucat.

Punca anemia
~ Kekurangan kekurangan zat besi
~ Kekurangan vitamin C
~ Kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
~ Masalah tiroid

ANEMIA akibat KURANG ZAT BESI
Ia boleh berpunca dari:
- Kecederaan yang melibatkan pendarahan luaran ata dalaman
- Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid
- Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat atau kurang vitamin C
- Kurang pengambilan zat besi dalam diet


ANEMIA akibat KURANG VITAMIN C
Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi.
Jika vitamin C kurang maka penyerapan zat besi menjadi kurang efisien dan seterusnya membawa kepada risiko anemia

ANEMIA akibat KURANG VITAMIN B COMPLEX
Komponen B Complex seperti Cobalamin dan Asid Folik penting dalam proses penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu

Antara SUPLEMEN yang boleh diambil oleh ibu hamil untuk mengatasi masalah ANEMIA adalah:

Vitalea iron formula:

Dengan formula zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin Cobalamin dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin, memperkuatkan dinding arteri darah dan meningkatkan sistem pertahanan badan

B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. B-complex Shaklee dirumus khas lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 (cobalamin), Biotin dan asid folik.


Set yang boleh diambil untuk masalah Anemia



1.Euphoria Optimum Health - Set A mengandungi Vitalea, B-complex dan Vitamin C


2.Euphoria Pregnancy Set - Gabungan Set A dan Ostematrix@calcium


3.Energizing Soy Protein – Untuk kritikal anemia di paras 6-7 g/dL


Sedikit tips pengambilan suplemen buat anda:
~ Tidak mengambil minuman berkarbonat atau berkafein. Minuma jenis ini mengurangkan penyerapan zat besi ke dalam darah
~ Vitalea tidak boleh diambil oleh mereka yang menghidapi penyakit Thalassemia...Jadi dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu
~ Untuk penyerapan kalsium yang optimum, amalkan ambil ostematrix sebelum tidur
~ Jangan sekali-kali ambil vitalea bersama ostematrix kerana penyerapan zat besi berkurang jika diambil bersama kalsium
~ Untuk penyerapan zat besi yang efektif, ambil Vitalea bersama-sama Vitamin C

Di sini, kak long nak kongsikan testimoni mereka yang mengamalkan Suplemen Ibu Hamil dari Euphoria Shaklee





Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.