Wednesday, August 1, 2012

Pengalaman sendiri dengan NUTRIFERON ~ IMMUNE BOOSTER dari SHAKLEE

Kak long sememangnya ada resdung... boleh dikatakan setiap pagi, jiran tetangga kak long akan mendengar bunyi-bunyi bersin kak long... heheh...agak mengganggu juga kan... Selain tu, kak long pun ada alahan..memang pantang kak long pergi ke ruang yang berhabuk...ha..mesti bunyi-bunyian akan kedengaran...mak kak long kalau nak minta kak long mengemas...mesti sediakan 2 benda ni..face mask dan vicks....

Dah bermacam-macam ubat yang ibu dan ayah kak long belikan namun masih belum bertemu dengan jodohnya... rawatan resdung??? dari lilin ke rokok resdung ke pakar ENT...namun masih juga berterusan...yang belum kak long buat..pembedahan... scary you nak kena bedah-bedah ni...nasib baik ibu dan ayah kak long tak setuju...legaaa....

Namun selepas kak long mengambil set menyusu asas Shaklee iaitu SET B...resdung dan alahan kak long nampak berkurangan... Kak long dah kurang bersin namun selesema di pagi hari maintain ada...

Then bila kak long baca-baca mengenai produk Shaklee... (masa ni belum jadi pengedar...baru jd pembeli je)...kak long terjumpa satu produk ni... NUTRIFERON

Apa itu Nutriferon?

Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Sejarah Nutriferon..siapa yang menciptanya

Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.


Kak long mencuba NUTRIFERON ni selama 2 minggu dan alhamdulillah nampak kesan yang amat positif... kalau dulu setiap kali kak long batuk..mesti ada ala-ala asma menyerang namun sejak mengamalkan NUTRIFERON ni..nak kata batuk...selesema pun segan nak singgah... heheh..apa-apa pun kesihatan ni nikmat dariNya..kita kena selalu bersyukur...

Sekarang ni kak long boleh dikatakan bebas dari alahan especially alahan terhadap habuk... Nak kemas rumah pun dah senang sekarang, tak perlu pakai face mask bagai... hehehe..

Alhamdulillah...

Dan kini kak long sedang memantau ibu kak long yang ada asma..mengambil NUTRIFERON...semoga kesihatan ibu kak long bertambah baik..InsyaAllah...
Anda nak mencuba NUTRIFERON? Boleh je...jangan segan-segan hubungi kak long ye...

Anda ingin lebih info mengenai NUTRIFERON.... nantikan artikel-artikel akan datang...

Stay Tune!!!