Wednesday, October 31, 2012

Beli SET PROMO ~ BANYAK KELEBIHAN!!!

Apa yang menariknya BULAN OKTOBER ni?

YANG PASTI.....BULAN OKTOBER adalah BULAN ESP... PROMO ESP berlangsung sepanjang bulan ni... Jadi sangatlah rugi mereka-mereka yang tidak mengambil kesempatan membeli ESP SEPANJANG PROMO ini...

Apa PROMOnye?


Apa yang saya dapat jika BELI SET PROMO ni?

~ Yang pasti, jika anda membeli 6 canister ESP, anda akan memperolehi 1 canister percuma
Maksudnya jumlah ESP yang anda akan dapat 7 canister kesemuanya
~ Pembelian 1 set promo ni melayakkan anda mendapat KEAHLIAN PERCUMA kerana uv terkumpul untuk 6 canister ini adalah 234uv... untuk mendapat keahlian percuma sekurang-kurangnya anda perlu membeli minimum 200uv pada satu resit
~ Selain keahlian percuma, pembelian set promo ini juga MELAYAKKAN ANDA MENERIMA BONUS JUALAN PERTAMA pada bulan akan datang. Secara tak langsung, perniagaan anda dah mula terbentuk!!
~ Dah alang-alang langkah asas jualan anda dah ada, anda boleh mendapatkan KONSULTASI PRODUK SERTA KONSULTASI BIZ DARI GRUP KAMI (EUPHORIA)..biz part time anda
~ Produk ESP ni akan EXPIRED 2014... Jadi ia tetap berbaloi-baloi walau anda membuat stok
~ Yang paling penting, PROMO INI HANYA ADA SEKALI SETAHUN.... Jadi Lepas ni janganlah anda tanya bila lagi nak ada promo ESP ye... 

Ambil peluang ini untuk

ANDA MENCUBA ESP
MENGUMPUL STOK ESP dengan HARGA YANG MURAH
TERUS MENGAMALKAN ESP
MEMULAKAN BIZ SHAKLEE ANDA

Hubungi saya

 ~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Wednesday, October 17, 2012

KELEBIHAN 10 HARI AWAL ZULHIJJAH

Hari ni merupakan hari pertama dalam bulan Zulhijjah. Syukur sebab bulan Zulhijjah kali ni jatuh pada bulan Oktober...kenapa? Sebab kak long dilahirkan pada 11 Zulhijjah bersamaan dengan 20 Oktober...jadi tahun
ni dapat meraikan ulang tahun kelahiran hampir serentak..

Tapi bukan itu yang kak long nak kongsikan... Kita umunya tau yang Bulan Zulhijjah adalah antara bulan haji dan pada bulan Zulhijjah inilah kita akan merayakan EidulAdha..

Sepertimana Syawal yang mempunyai Eidul Fitri dan kelebihan 10 hari terakhir Ramadhan...begitu juga dengan Zulhijjah yang mempunyai 10 hari awalnya...

Ada apa dgn 10 awal Zulhijjah ???

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh”. (QS. Al-Fajr: 1-2).

Imam Ibnu Kathir berkata : “Yang dimaksudkan adalah sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah”.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Antara amalan-amalan yg dianjurkan pada hari-hari tersebut:

1.berpuasa terutama pd hari Arafah (9 Zulhijjah) sbgaimana sabda Rasulullah (Aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya). (Riwayat Imam Muslim)
2.Takbir, Tahlil, Tahmid kpd Allah
3.bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa
4.Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat

Jadi di kesempatan ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan-amalan kita...semoga Zulhijjah tahun ini memberi lebih banyak kesan positif berbanding tahun-tahun sebelumnya... InsyaAllah...

Berminat nak mencuba produk Shaklee? Hubungi saya ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417 ~ sms|whatsapp: 019-7987970 ~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Tuesday, October 16, 2012

VITAMIN ANTENATAL SHAKLEE

Tentu ada di antara anda telah membaca update status FB kak long berkaitan VIVIX semalam... Bila kak long menulis, VIVIX perlu dihabiskan oleh en suami, ramai yang mengucapkan tahniah... Kenapa?

Sebabnya VIVIX tidak sesuai diambil oleh WANITA HAMIL, WANITA MENYUSU.... Jadi kawan-kawan kak long ni dah boleh lah mengagak kenapa kak long menulis sedemikian... :)

Ok, berbalik pada tajuk kita tadi...Kak Long & KEHAMILAN... Alhamdulillah ni kehamilan keempat dan kak long menanti zuriat yang ketiga...hehehe..mesti ada yg confuse ni kan... ok actually, kak long pernah mengalami keguguran masa mula-mula kahwin...jadi kalau ikut istilah perubatan, kehamilan tersebut tetap dikira.

Alhamdulillah, kandungan kak long masuk minggu ke-enam (tak pergi buat buku pink lagi)... dan setakat ni, kak long masih merasa tetap bertenaga seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mungkin ini antara kesan kak long mengamalkan suplemen hampir 3 tahun... Sebelum hamil, kak long memang mengamalkan VIVIX dan Colagen Powder namun sebaik sahaja kak long mengetahui yang kak long berbadan dua...kedua-dua produk tersebut kak long hentikan serta-merta..


Jadi kak long kembali ke rutin asal...MENGAMBIL VITAMIN ANTENATAL SHAKLEE...

Wah!! Shaklee ada VITAMIN ANTENATAL?



Apa yang terkandung dalam VITAMIN ANTENATAL SHAKLEE....atau lebih dikenali sebagai SET EU FOUR PACK

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Zat besi juga mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
B complex shaklee mempunyai rumusan lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik. Asid folik sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi. Ibu seharusnya terus mengambil B complex sebaik sahaja kehamilan dikesan.  

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Ostematrix
Ia adalah formula baru Shaklee yang mana dulu vitamin ini hanya dikenali sebagai Kalsium Magnesium. Tetapi kini, dengan formula baru ditambah dengan kelebihan "mudah telan" ia memberi kesan kepada taraf kesihatan si pengamal. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping  magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Sunday, October 14, 2012

Seronok ke Berbiz Shaklee?

Ramai yang bertanya kak long...seronok ke join biz Shaklee ni?

Alhamdulillah, dalam masa 1-2 tahun kak long menceburkan diri dalam Shaklee ni kak long nampak TIADA yang MUSTAHIL... Semuanya BOLEH yang penting KITA MAHU!!

Dan yang seronoknya BIZ SHAKLEE ni tak mewajibkan kita pergi ke meeting malam-malam...

Semuanya dilakukan dari rumah sahaja. Hanya sediakan komputer atau komputer riba serta line unternet.

Semua urusan jual beli dilakukan secara online... Malah motivasi & pengetahuan produk pun boleh dikongsikan dalam GRUP FB kami...

Sekali-sekala, Founder kami (EUPHORIA) iaitu Pn Norita akan membuat siri-siri training intensif buat ahli.

Di bawah ini kak long kongsikan sedikit sesi training yang dikendalikan oleh Pn Norita (sangat ralat sebab kak long terpaksa tarik diri pada saat-saat akhir)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

credit to Anakkuwiraku.com


Menjana pendapatan dari rumah mahupun sampingan bersama kami?




Alhamdulilah minggu sudah selesailah forum Euphoria antara terbesar yang pernah kami adakan. Sebagai penganjur, saya amat berterima kasih kepada semua tetamu jemputan yang sedia berkongsi rahsia kejayaan mereka. Antaranya ialah Master Farah Alias, Puan Arnie [ founder of Genkimomma], Puan Tuty untuk bahagian pengetahuan produk. Sayangnya Master Shareeza tidak dapat hadir pada saat akhir atas urusan keluarga yang tak dapat dielakkan. Namun terima kasih buat beliau atas slide yang disediakan yang telah dibentangkan oleh suami saya sendiri.












~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berminat nak sertai kak long dan grup kami?
Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee 

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM700) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID kak long 852417 sebagai sponsor/upline.

Yuran keahlian Shaklee

Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui kak long. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase



Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tak perlu maintain point atau wajib membuat ada pembelian.

Apa kelebihan menjadi ahli?
1) Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.
2) Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.
3) Jika berminat untuk berbiz, ada kelas tertutup disediakan oleh saya melalui blog / fb tertutup khas untuk ini.
4) Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).

Berminat? Boleh emailkan kepada saya untuk membolehkan kami daftarkan anda dalam kumpulan kami.  


Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Saturday, October 13, 2012

Kelebihan BERTAHAJJUD...

Antara hobi kak long adalah melayari laman web...suka berkunjung ke laman web yang memberi pelbagai ilmu dan motivasi yang secara tak langsung memberi kak long cas-cas positif...

Dan pagi ni, dalam melayari internet..kak long bertemu dengan satu artikel berkaitan TAHAJJUD... Artikel ni dipetik dari keratan akhbar Harian Metro... Jadi kak long nak berkongsi artikel ini dengan u olls kat luar sana...

credit to Harian Metro & Teratak Indah


KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
Susunan Oleh : Hashim Ahmad
Harian Metro : 10 Oktiber 2008


SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan. 

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi.

Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.
Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut. Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton tayangan gambar larut malam di kaca TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam.Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.

Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’
(Surah Al-Israk: Ayat 79).

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula. Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud.

Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya.
Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” 
(Hadis Riwayat: Abu Daud)


Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini. Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram. Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.

Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.


Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:
“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.


KURNIAAN DI DUNIA IALAH:

- Jauh daripada segala penyakit.
- Lahir kesan takwa pada wajahnya
- Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.
- Percakapannya mengandungi hikmah.
- Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).


SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH:

- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
- Dipermudahkan hisab.
- Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat.
- Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang. Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.

Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa.

Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.

Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya. Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.





Semoga ia menjadi peringatan buat kak long serta u olls semua... Selamat beramal!!

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Friday, October 12, 2012

Untuk KULIT YANG LEBIH ANJAL dan BEBAS CELA... Shaklee COLLAGEN POWDER Terbaik!!!


Kolagen powder dari Shaklee ni diperbuat dari sisik ikan merah iaitu sumber kolagen yang tahan lasak
Kenapa??? 
Sebab ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas di lautan sedalam 5000m. Di bawah keadaan lautan yang bertekanan tinggi, ia adalah sukar bagi ikan yang biasa untuk hidup. 
Ia sangat lasak dan elastik, kepaduan sel yang sangat tinggi, tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan dan juga jisim molekul yang sangat rendah.

Apa beza Shaklee Collagen Powder dengan produk kolagen lain?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. 
Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


Dengan pengambilan secara konsisten selama 8 minggu, anda akan menikmati hasil yang sangat lumayan!!!




Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya
~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Thursday, October 11, 2012

ESP untuk CANTIK?

Jika sebelum ni kak long dah berkongsi dengan kalian berkenaan FUNGSI ESP dalam MEMPERBAIKI KULIT & LUKA....

Jadi hari ni kak long nak meneruskan siri-siri penulisan berkaitan ESP- SOY PROTEIN ISOLATE

Hari ni kak long nak berkongsi dengan kalian, seorang pelanggan biz partner kak long. Pada mulanya, beliau mengambil ESP & GLA untuk menyihatkan dan mencantikkan kulit...namun ada bonus yang beliau dapat...

Apa dia?

Jom kita baca perkongsian di bawah... kredit buat Ummu Ainan atas testimoni yang best ni...


Wow.. Teruja sangat dengan testimoni customer saya ni.. Asalnya beliau ambil ESP dan GLA untuk cantik dan berseri. Tapi selepas 2 bulan berat badan beliau turun 3 kg.. Banyak tu.. Turun secara sihat ye =)


Cantik dapat, langsingpun dapat..





Jom dapatkan ESP dan GLA hari ini.. Set bajet yang semua orang mampu miliki.. ESP tahan sehingga 2 bulan.. GLA Complex tahan 1 bulan.. Berbaloi-baloi..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Manfaat Utama ESP:

  • Awet Muda- Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap ialah kunci kepada awet muda. 
  • Baik untuk hormon- kacang soya ialah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosisdan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat- Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopous dan pembesaran prostat*. 
  • Meremajakan kulit - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga- Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
  • Membaiki pigmentasi- Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur,membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua. 
  • Membaiki memori- meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan*




Manfaat Utama GLA Complex:
  • Herba tradisi yang dipercayai
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron
  • Melambatkan menopous
  • Memperbaiki prostatomegaly
  • Menentang kanser
  • Memperbaiki inflamasi kulit*
  • Menghalang komplikasi diabetes
  • Pelangsingan dan menghalang penambahan berat badan yang disebabkan ketidakseimbangan hormon
  • Mengurangkan berat kerana memgandungi omega 6
  • Menghalang tekanan darah tinggi
  • Memperbaiki tekstur rambut*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi, sempena BULAN ESP ~ HARGA MELETUP-LETUP!!! 
Cepat dapatkan gabungan ESP & GLA hanya dari kak long!!


~ Nur Adha Mansor 
~ Shaklee ID: 852417 
~ sms|whatsapp: 019-7987970 
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Wednesday, October 10, 2012

ESP untuk KULIT & LUKA????


Antara fungsi utama protein adalah

~ untuk pertumbuhan badan
~ untuk membentuk sel-sel baru menggantikan sel-sel lama
~ memberikan tenaga
~ memulih sel-sel rosak
~ membentuk daya tahan tubuh

Bagaimana PROTEIN bertindak dalam MENYEMBUHKAN LUKA & KUDIS pada kulit?

Salah satu unsur utama dalam protein adalah GLISIN iaitu salah satu komponen utama kolagen dalam kulit manusia. GLISIN merangkumi asid aspartik dan glutamik akan membentuk molekul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan. 

Salah satu jenis protein adalah fibrous protein. Dan unsur dalam fibrous protein ini termasuk kolagen. Apabila sumber protein terbaik diambil, sinergi antara GLISIN & KOLAGEN ini membantu dalam menjadikan Kulit yang bermasalah menjadi lebih baik kerana ia dibentuk dengan lebih sempurna...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) mengandungi 22 jenis asid amino dan ia merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. 

Oleh sebab itu, mengapa mereka yang mengambil ESP Shaklee merasakan pelbagai perubahan setelah mencuba ESP Shaklee ini...


Jika kak Nurulhuda dah mencuba ESP untuk kulit anaknya...Apa yang anda tunggu lagi?

Hubungi saya 
 ~ Nur Adha Mansor 
~ Shaklee ID: 852417 
~ sms|whatsapp: 019-7987970 
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Tuesday, October 9, 2012

KELEBIHAN ESP ~ SOY PROTEIN ISOLATE

KELEBIHAN ESP SHAKLEE


Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. 

Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. 

Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Istimewanya ESP Shaklee adalah ia merupakan sejenis SOY PROTEIN ISOLATE

Iaitu ~ soy protein concentrate yang diasingkan karbohidrat daripadanya, menjadikan ia adalah protin soya paling ‘pure’ dengan kandungan protein lebih kurang 90%. Namun, pemprosesan yang berbeza turut menghasilkan produk akhir yang berbeza dari segi nutrisi dan kesan sampingan.

credit to vitaminsemulajadi


Sebab itulah kita perlu memilih PROTEIN TERBAIK untuk diambil... Kalau tanya kak long, pastinya ESP SHAKLEE pilihan kak long... kerana SHAKLEE selamat dan berkesan!!



Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya
~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Friday, October 5, 2012

Testimoni ESP

Kalau semalam kita dah tau kelebihan ESP... maka hari ini, kak long nak berkongsi testimoni ESP pula dengan kawan-kawan di luar sana.

i) TESTIMONI DIET


ii) TESTIMONI IBU MENYUSU


Seeing is believing kan... Jadi anda di luar sana..sempena HARGA RUNTUH ESP ni janganlah lepaskan peluang... Inilah masanya nak mencuba ESP SHAKLEE...

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Thursday, October 4, 2012

ESP dan GLISEMIKS INDEKS

Emak kak long seorang penghidap diabetes mellitus jenis II. Kebiasaannya mereka yang menghidap diabetes akan diberikan senarai menu yang boleh mereka pilih untuk memastikan yang kadar gula dalam darah mereka sentiasa pada tahap optimum.

Bagaimana menu bagi pesakit diabetes dibentuk? Para nutritionist akan melihat pada INDEKS GLISEMIKS untuk menyediakan menu bagi pesakit diabates.

Indeks Glisemik?

Ia adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah. Ia merujuk kepada kepantasan 50g karbohidrat menaikkan glukosa dalam darah ataupun kadangkala ia merujuk kepada kepantasan insulin dirembeskan oleh pankreas dalam mencernakan karbohidrat tersebut.

Indeks glisemik terdiri daripada beberapa kelas iaitu tinggi (melebihi nilai 70), pertengahan (antara 55 - 70) dan rendah (di bawah nilai 55)

Beza makanan mengikut indeks glisemik

Makanan yang mempunyai Indeks Glisemik Rendah
membebaskan glukosa secara perlahan dan teratur
 lambat dicerna dan diserap
~ meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat-peringkat
~ bermanfaat kepada kesihatan, termasuklah dalam pengawalan berat badan
~ mengawal selera makan dan melambatkan rasa lapar.

Makanan yang mempunyai Indeks Glisemik Tinggi
~ menyebabkan paras glukosa darah meningkat dengan cepat
~ mempercepatkan rasa lapar dan menyebabkan kita makan secara berlebihan

Makanan yang refined seperti nasi, roti putih, mi adalah antara makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang tinggi, manakala kebanyakan sayur-sayuran tergolong dalam makanan yang berindeks Glisemik rendah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shaklee turut mempunyai produk yang berindeks Glisemik Rendah iaitu ESP. 

Nilai indeks glisemiks bagi ESP adalah 39. 
Sebab itu, tak hairanlah jika mereka yang mengambil ESP ketika bersarapan akan lebih lama kenyang berbanding dengan mereka yang mengambil teh tarik atau seumpama dengannya. 
Ia bukan sahaja baik dalam mengawal paras glukosa dalam darah kita malah bagi mereka yang ingin berdiet dan menurunkan berat badan, pengambilan protein seperti ESP amatlah digalakkan.

Berminat nak mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya
~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Monday, October 1, 2012

IMPROVED FORMULA - VITAMIN E SHAKLEE

Shaklee sememangnya memperuntukkan bajet yang besar untuk bahagian PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN.... Sebab itulah, Shaklee sering mengeluarkan produk terbaru dan memperbaiki formula produk yang sedia ada...

TERKINI....VITAMIN E SHAKLEE.... 

Sebelum ini, Vitamin E Shaklee hanya dilengkapi dengan selenium sejenis mineral yang bertindak secara sinergi dengan Vitamin E... Kini VITAMIN E SHAKLEE dilengkapi dengan EKSTRAK BIJI ANGGUR


Apa kelebihan EKSTRAK BIJI ANGGUR?

Ekstrak biji anggur mengandungi kandungan polifenol yang tinggi. Polifenol yang terdapat di dalam biji anggur adalah PROCYANADIN.... Procyanadin merupakan sejenis antioxidan yang sangat bagus... Daripada beberapa kajian saintifik, didapati kandungan antioxidan dalam biji anggur melebihi 20 kali Vitamin E dan 50 kali dari Vitamin C... 

Procyanadin ini juga membantu dalam mengikat kolagen pada sel... Ikatan ini bertindak menegangkan kulit dan meningkatkan elastisiti kulit..secara tak langsung ia menjadi salah satu agen anti-penuaan...Selain itu, sifat semulajadi procyanadin yang bertindak sebagai pelindung sinar matahari membantu melindung kulit muka atau badan yang terdedah daripada risiko UV.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi...korang dah baca apa khasiat EKSTRAK BIJI ANGGUR kan.. Bila ditambah dalam VITAMIN E SHAKLEE... Maka SHAKLEE telah menghasilkan evolusi VITAMIN E yang sangat POWER!!!

Tunggu apa lagi??? Dengan harga yang sangat berpatutan dan pengambilan hanya 1 biji sehari, ia melengkapkan hidup anda demi kesihatan kulit, saraf serta sel...

Ingin meningkatkan taraf kesihatan anda?

Hubungi saya
 ~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com