Wednesday, October 17, 2012

KELEBIHAN 10 HARI AWAL ZULHIJJAH

Hari ni merupakan hari pertama dalam bulan Zulhijjah. Syukur sebab bulan Zulhijjah kali ni jatuh pada bulan Oktober...kenapa? Sebab kak long dilahirkan pada 11 Zulhijjah bersamaan dengan 20 Oktober...jadi tahun
ni dapat meraikan ulang tahun kelahiran hampir serentak..

Tapi bukan itu yang kak long nak kongsikan... Kita umunya tau yang Bulan Zulhijjah adalah antara bulan haji dan pada bulan Zulhijjah inilah kita akan merayakan EidulAdha..

Sepertimana Syawal yang mempunyai Eidul Fitri dan kelebihan 10 hari terakhir Ramadhan...begitu juga dengan Zulhijjah yang mempunyai 10 hari awalnya...

Ada apa dgn 10 awal Zulhijjah ???

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh”. (QS. Al-Fajr: 1-2).

Imam Ibnu Kathir berkata : “Yang dimaksudkan adalah sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah”.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Antara amalan-amalan yg dianjurkan pada hari-hari tersebut:

1.berpuasa terutama pd hari Arafah (9 Zulhijjah) sbgaimana sabda Rasulullah (Aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya). (Riwayat Imam Muslim)
2.Takbir, Tahlil, Tahmid kpd Allah
3.bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa
4.Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat

Jadi di kesempatan ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan-amalan kita...semoga Zulhijjah tahun ini memberi lebih banyak kesan positif berbanding tahun-tahun sebelumnya... InsyaAllah...

Berminat nak mencuba produk Shaklee? Hubungi saya ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417 ~ sms|whatsapp: 019-7987970 ~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com