Tuesday, October 16, 2012

VITAMIN ANTENATAL SHAKLEE

Tentu ada di antara anda telah membaca update status FB kak long berkaitan VIVIX semalam... Bila kak long menulis, VIVIX perlu dihabiskan oleh en suami, ramai yang mengucapkan tahniah... Kenapa?

Sebabnya VIVIX tidak sesuai diambil oleh WANITA HAMIL, WANITA MENYUSU.... Jadi kawan-kawan kak long ni dah boleh lah mengagak kenapa kak long menulis sedemikian... :)

Ok, berbalik pada tajuk kita tadi...Kak Long & KEHAMILAN... Alhamdulillah ni kehamilan keempat dan kak long menanti zuriat yang ketiga...hehehe..mesti ada yg confuse ni kan... ok actually, kak long pernah mengalami keguguran masa mula-mula kahwin...jadi kalau ikut istilah perubatan, kehamilan tersebut tetap dikira.

Alhamdulillah, kandungan kak long masuk minggu ke-enam (tak pergi buat buku pink lagi)... dan setakat ni, kak long masih merasa tetap bertenaga seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mungkin ini antara kesan kak long mengamalkan suplemen hampir 3 tahun... Sebelum hamil, kak long memang mengamalkan VIVIX dan Colagen Powder namun sebaik sahaja kak long mengetahui yang kak long berbadan dua...kedua-dua produk tersebut kak long hentikan serta-merta..


Jadi kak long kembali ke rutin asal...MENGAMBIL VITAMIN ANTENATAL SHAKLEE...

Wah!! Shaklee ada VITAMIN ANTENATAL?



Apa yang terkandung dalam VITAMIN ANTENATAL SHAKLEE....atau lebih dikenali sebagai SET EU FOUR PACK

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Zat besi juga mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
B complex shaklee mempunyai rumusan lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik. Asid folik sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi. Ibu seharusnya terus mengambil B complex sebaik sahaja kehamilan dikesan.  

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Ostematrix
Ia adalah formula baru Shaklee yang mana dulu vitamin ini hanya dikenali sebagai Kalsium Magnesium. Tetapi kini, dengan formula baru ditambah dengan kelebihan "mudah telan" ia memberi kesan kepada taraf kesihatan si pengamal. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping  magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com