Wednesday, January 2, 2013

Gelagat Anak-anak Bila Mula Bersekolah



Hari ni nak bercerita sedikit gelagat anak-anak nak memulakan sesi persekolahan

Sepanjang cuti sekolah, mulut dua beradik ni tak henti-henti bertanyakan soalan "BILA NAK PERGI SEKOLAH?" setiap kali bangun dari tidur. Sudah diterangkan yang sekolah hanya akan bermula pada tahun hadapan (2013). Namun itulah ayat pertama yang akan keluar dari mulut mereka

Tapi berbeza pula pagi ni, dikejutkan seawal 6.45 pagi, masing-masing mengeliat malas... Dan pagi ni soalan yang lain pula yang ditanya... "KITA KENA PERGI SEKOLAH KE IBU?"... Hmmm, kak long hanya mampu tersenyum je lah... Layan kan je kerenah anak-anak ni... Si abang nampak lebih bersemangat tapi si adik nampak ragu-ragu... Maka ibunya pun memasukkan jarum pada si adik menggunakan si abang..

Sebaik sahaja dengar yang abang dah siap nak pergi sekolah dan nak mula bersarapan..si adik bagai lipas kudung bersiap..hehehe..menjadi taktik ibu kali ni.

Kalau 2 tahun lepas, kak long menyekolahkan Anas di manjung tapi kini kami beralih arah nak menyekolahkan kedua-dua bujang ini di TASKI ABIM di Air Tawar. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan termasuk kelas mengaji dan pengangkutan. Ada beberapa syllabus yang agak berbeza tapi fokus kami (kak long dan suami) adalah untuk kedua-dua mereka mengenal ilmu mengenal Allah. Kak long mahukan mereka mengamalkan solat 5 waktu tepat pada masanya, belajar menulis dan membaca jawi dengan lancar dan boleh membaca Al Quran dengan fasih dengan cara yang lebih formal. Ye, kami di rumah turut mempraktikkannya dan hasil pembelajaran formal dan praktikal di rumah dapat membantu kami mendidik mereka menjadi khalifah Allah... Amin..

Semoga kedua-dua beradik ni dapat menyesuaikan diri mereka..In sha Allah.. sebagai ibu, kak long hanya mampu berdoa agar mereka menjadi INSAN CEMERLANG DUNIA & AKHIRAT.

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com