Wednesday, January 23, 2013

WAHM ~ IMPIAN 2013 ~


WAHM - work at home mom atau dalam bahasa melayu Ibu yang Bekerja Dari Rumah

Dulu-dulu masa mula berkerjaya, tak terfikir langsung nak berhenti kerja. Selalu berdoa agar kak long dikurniakan seorang suami yang sangat sporting untuk membenarkan kak long terus bekerja. Target masa tu tentulah nak income yang besar dan pangkat yang tinggi...

Tapi bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun... well, sememangnya hati manusia ini milik Allah kan... dan Dia sebenarnya yang sering menggerakkan hati kita seiring dengan apa matlamat kita pada masa hadapan. 

Sejak dua menjak ni (beberapa bulan kebelakangan ni terutamanya) kak long mula terbayang ke'indah'an duduk di rumah, membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri, memasak untuk mereka tetapi pada masa yang sama turut mendapat income yang berbaloi-baloi dari rumah. Sebelum ni bukan tak pernah berangan macam ni tapi impian tu semakin kuat apatah lagi bila kak long disahkan hamil anak ketiga. Maka semangat untuk jadi seorang WAHM turut membuak-buak.

Sebab UTAMA KAK LONG nak jadi WAHM pada 2013

~ June 2013, kak long bakal melahirkan seorang lagi baby (so kali ni nak tengok perkembangan baby kak long tu sendiri dan jaga sendiri sedari dia berusia sehari hingga seterusnya)
~ June 2013, genap 10 tahun kak long berkhidmat di syarikat sekarang, rasanya cukuplah setakat ini sahaja kak long memberi khidmat pada syarikat ini. Sejak proses penggabungan sebenarnya banyak benefit yang boleh dikatakan kak long hilang dan benefit yang bakal diperolehi pula sangat tak setimpal dengan jangka masa kak long berkhidmat.. bagi peluang pada adik-adik yang muda-muda ni pula ye...
~ Januari 2014, imam muda sulung kak long bakal bersekolah rendah, jadi kak long nak Anas rasa apa yang pernah kak long rasa masa di alam persekolahan dulu... bila sampai rumah, ada emak yang dah siapkan makan tengahari, ada emak yang tolong teman buat kerja rumah, ada emak nak minta mandikan, di mana sahaja ada emak di sisi kak long... sekarang pun Anas dah pandai demand, minta kak long mandikan dia, suapkan makan, minta kak long ajarkan dia dan dia sangat sukakan air tangan masakan kak long walaupun sekadar ikan goreng... kak long pasti akan kerugian masa-masa ini jika kak long terus dengan kerjaya kak long sekarang (almaklum selalu kena outstation dalam negara mahupun luar).

Apa kena mengena impian kak long sebagai WAHM dan Shaklee?

Syukur, kak long dipertemukan dengan biz online Shaklee ketika anak kedua berusia 4 bulan. Jadi kini dah 2 tahun ++ kak long berkecimpung dalam biz online secara separuh masa. Secara tak langsung tempoh ini cukup memberi pengalaman kepada kak long bagaimana ingin menguruskan pelanggan serta menambah ilmu kak long dalam perniagaan secara langsung ini.

Sebagai seorang WAHM tentulah kak long inginkan satu income yang boleh digenerate dari rumah dan Shaklee telah membantu kak long mencapainya. Syukur Alhamdulillah sepanjang penglibatan kak long dalam biz Shaklee secara online, income 4 angka sudah kak long rasa....dan kak long yakin dengan kesungguhan yang ada, income 5-6 angka bukanlah sesuatu yang mustahil. Yang penting KITA MAHU!

Shaklee menawarkan ganjaran tunai dan income yang tiada batasan. Dan yang paling best tu kan... kalau kita rajin maka kita yang dapat hasilnya...tak kira kita masuk dahulu atau kemudian...


2013 tu panjang kan..so target kak long akhir 2013 (Oktober - Disember 2013),sasarannya akhir September akan ada 'SURAT' yang menyusul...... 
Jadi apa yang kak long perlu lakukan dari sekarang?! 
(STRATEGI untuk bergelar WAHM)

1) As usual, kak long akan terus berkongsi dengan kalian berkaitan kesihatan, kekeluargaan, kisah suka duka kak long (yang ni sangat jarang) dan juga berkenaan produk Shaklee tentunya. 

2) Meneruskan amalan yang mendekatkan kita kepadaNya...teringat kata-kata seorang sahabat yang ayahnya seorang peniaga ~ MAJIKAN SEORANG PENIAGA ADALAH ALLAH, JADI UNTUK DAPAT LEBIH BANYAK REZEKI, MINTALAH TERUS KEPADA ALLAH BUKAN KEPADA YANG LAIN ~

3) Sentiasa berfikiran positif

dan yang keempat...OFFER untuk PEMBACA SETIA KAK LONG...

4) Berminat untuk bersama-sama grup kak long membina empayar Shaklee kami di SuriJutawan Shaklee..boleh hubungi nombor di bawah... Kak long membuka peluang ini untuk kalian di luar sana bersama-sama kak long... (tak best lah dapat income besar-besar sorang-sorang je kan)


Diharapkan IMPIAN KAK LONG sebagai WAHM ni akan termakbul seperti yang direncanakan...Korang doa-doakan ye
Kita merancang, Allah merancang dan ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG!

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com