Friday, March 29, 2013

PERSIAPAN UNTUK BABY - 2ND SERIES

Semalam kak long bercerita tentang persiapan kak long nak menyambut baby ke-3 ni kan... Hari ni kak long nak share pula apa persiapan bagi mereka yang nak menyambut kelahiran sulung... Macam kak long, banyak yang kak long guna semula dari abang-abang (Anas & Muaz) jadi bajet mungkin agak rendah berbanding mereka yang menunggu kelahiran pertama...

So ini antara senarai semak yang anda perlu sediakan ye bakal-bakal ibu di luar sana:

Kak long olahkan sedikit dari artikel Pa&Ma.

Pakaian bayi
Pakaian asas ialah:
Baju lengan pendek
Baju lengan panjang
Seluar pendek
Seluar panjang
Barut
Sarung kaki
Sarung tangan
Kain bedung
Topi
Lampin
Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
Tisu basah
Alas atau pelapik untuk menukar lampin
Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)

Set mandian
Besen mandi bayi
Tuala mandi
Tuala muka
Cecair mandian
Syampu

Set penjagaan bayi
Losen bayi
Minyak bayi
Bedak bayi
Sikat atau berus rambut
Minyak telon
Alat pemotong kuku
Kapas muka
Krim ruam lampin
Termometer digital

Tidur
Tilam
Bantal kepala
Bantal peluk
Cadar
Selimut

*Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) untuk lebih menjayakan penyusuan susu ibu, maka katil bayi atau buaian bukanlah satu keperluan

Senarai di atas hanyalah untuk keperluan asas, bagi barang-barang di bawah ini:

i) car seat
ii) stroller
iii) buaian / bouncer
iv) baby wrap / carrier

Terserah pada anda nak membeli atau tak... macam kak long, antara yang wajib ada adalah CAR SEAT dan BABY CARRIER (wrap/sling/ssc).. Kenapa ia WAJIB?

CAR SEAT ~ kak long yang biasanya jadi driver untuk anak-anak ke sekolah dan ke rumah pengasuh..en hubby biasanya menunggang motosikal..jadi jika kak long sedang memandu maka sebaik-baik pilihan adalah dengan meletakkan baby dalam CAR SEAT... lebih selamat dan hati kak long lebih tenang... Alhamdulillah sejak Anas lagi, CAR SEAT yang ada ni dah banyak berjasa..sangat-sangat berbaloi meiliki CAR SEAT ni..

BABY CARRIER ~ kak long orangnye sangat ringkas...dengan baby carrier, selain mudah dibawa, ia juga tak memerlukan ruang penyimpanan yang besar seperti stroller. Selain itu, ia lebih ringan dan mobile.

Car seat dan baby carrier boleh dibeli sebelum bayi lahir atau selepas itu, bergantung pada bajet anda. Yang penting jika ingin membeli untuk digunakan seawal hari pertama kelahiran, pastikan ia sesuai untuk newborn.

Sekian perkongsian kali ini.

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417 ~ sms|whatsapp: 019-7987970 ~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com