Thursday, March 28, 2013

PERSIAPAN UNTUK BABY

Salam semua...

petang ni, kak long just nak buat entry yang santai-santai je...penat lak korang asyik baca entry yang berinformasi kan...heheheh

minggu depan, kandungan kak long mencecah usia 28 minggu..kalau ikut kiraan bulan..dalam 7 bulan macam gitu lah kan..so apa preparation kak long ye untuk baby yang baru ni..



i) pakaian baby ~ keluarkan semua baju-baju anas dan muaz ketika baby dulu (termasuk barut & bedung) ~ kena buat pengasingan supaya senang yang mana boleh dipakai ketika berpantang atau ada baju yang sesuai bila baby dah bertambah besar...
(ikut pengalaman yang lepas-lepas..baby kak long xmuat nak pakai baju newborn...almaklum lahir-lahir dah 3.4 kg ke atas jadi saiz newborn sangat tak sesuai...tapi kak long tetap standby sepasang dua)


ii) Cloth diaper/ disposable diaper ~ untuk permulaan dan semasa berpantang, biasanya kak long aka gunakan disposable diaper...then bila rasa badan dah kuat after sebulan, baru start berCD..bukan susah pun kan...
jadi antara yang perlu dibuat adalah cek semula CD muaz...nak tgk yang mana ok yang mana dah koyak-koyak... sambil tu tengah mencuci mata juga ni nak beli CD baru..kalau masa muaz dulu beli semua yang plain (seperti gambar di atas)..ingatkan kali ni nak beli yang printed...rasa-rasanya ada yang dah berkenan tapi kena tengok-tengok bajet gak.. (tengah dok usya CD kat http://sweetlunashop.blogspot.com/ )


iii) keluarkan gajet penyusuan ~ kak long memang pakai Avent manual sahaja semasa menyusukan muaz..ada gak beli Spectra 3 tapi tak serasi dan Spectra 3 tu pun selamat pada adik ipar.. so tengah berfikir-fikir nak beli yang Avent twin electric atau Avent single electric atau just pakai yang ada ni... kena tengok spare part Avent ni gak..mana tau ada yang dah rosak ke kan..
iv) selain breastpump, kena beli jugak cooler bag yang baru..yang lama tu dah jadi tukun tiruan..cukuplah berjasa 3 tahun ++ masa muaz dulu... icepack masih ada tapi mungkin kena tambah juga..bergantung pada keadaan..botol untuk transfer susu pun kena cuci dan sterilize semula...pastu kena standby plastik untuk storage ebm juga..


v) diaper bag ~ masih boleh recycle diaper bag Muaz..dah jimat dah ni


vi) alat mandian & toiletries dan sewaktu dengannya ~ bath tub dari zaman anas masih elok dan boleh diwariskan pada baby...jadi yang kena beli adalah toiletries yang memang consumables..ini termasuklah baby wipes...

So rasa-rasanya cukup dah persiapan untuk baby kot...in shaa Allah..akan dipercukupkan dari masa ke semasa...

Nanti kak long buat entry khusus persiapan untuk ibu-ibu yang bakal bersalin pula ye...

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417 ~ sms|whatsapp: 019-7987970 ~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com