Posts

Showing posts from April, 2013

Belasungkawa buat seorang sahabat

Image
Dalam kesibukan di pagi hari menyiapkan anak-anak yang nak ke sekolah, kak long menerima satu panggilan telefon dari seorang sahabat...
"Assalamualaikum Adha, maaf mengganggu pagi-pagi ni... Aku nak inform kau, Bunga dah meninggal pagi tadi..lebih kurang jam 3 pagi...sekarang tengah buat post mortem tapi doktor suspect heart failure"
Innalillah wainna ilaihi raji'un....

Bagai halilintar membelah bumi, kak long rasakan semuanya bagai terhenti.. Bunga atau nama sebenar beliau Shahrul Azhan merupakan salah seorang teman seuniversiti semasa kak long di USM dulu..beliau berkahwin dengan sahabat sekuliah kak long, Siti Hanani Idris... agak lama kami tak berhubung..seingat kak long tahun lepas, bila Nani ada bertanyakan sesuatu berkaitan dengan kerjaya kami...
Bila pagi ni kak long menerima berita duka ini, apa yang kak long mampu buat hanyalah terus berdoa agar Nani diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini... Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan keupayaan ham…