Monday, June 24, 2013

Suplemen Ketika Berpuasa

Syaaban berbaki 14 hari sahaja... Tak lama lagi Ramadhan bakal menjengah..

Apa persiapan anda semua di luar sana? Hutang puasa dah habis bayar ke  hehehehe..

Bagaimana pula dengan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang dah mula nak belajar berpuasa ye.. Tentu sibuk mencari resipi yang boleh membantu si anak untuk terus bertahan sepanjang hari berpuasa.. Atau ibu-ibu di luar sana mencari suplemen yang sesuai ketika berpuasa?

Pilihan kak long tentulah TIGA BERADIK "TRIPPLE GEM"...

Apa yang ada dalam TRIPPLE GEM?


ESP ~ Isolated Protein Soy

Kelebihan:

Membekalkan tenaga yang berterusan
Mempunyai Indeks Glisemik yang rendah
Dihasilkan dari soya non-GMO

** Sangat sesuai ketika berpuasa sebab ia membantu kita melaksanakan tugasan seharian dengan lebih baik... berpuasa tak bermaksud perlu kelihatan letih sepanjang hari kan... Ia juga membantu masalah Gastrik/ pedih ulu hati yang sentiasa melanda ketika musim-musim puasa**

PD ~ Performance Drink

Kelebihan:

Menstabilkan kandungan glukosa dan air di dalam badan
Memberi tenaga kerana mengandungi formula opticarb 
Membantu badan dari terhidrat sepanjang berpuasa

** Dalam cuaca yang panas berterusan dan keadaan berjerebu, pengambilan PD sememangnya membantu memastikan badan mengandungi air yang cukup... simptom2 seperti sakit tekak yang sering melanda ketika cuaca panas dan berpuasa berpunca daripada kekurangan air dalam badan... Ambillah PD supaya anda terus terhidrat**

Mealshake

Kelebihan:

1 rumusan yang lengkap dengan multivitamin dan mineral
Mempunyai rasa vanila yang pasti disukai kanak-kanak
Snek berkhasiat yang ringkas dan mudah disediakan

** Kandungan fiber yang tinggi dalam mealshakes membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama... Ia juga membantu masalah pencernaan terutamanya ketika berpuasa..**


Jadi ibu-ibu di luar sana... Jom cepat order SET TRIPPLE GEM khusus untuk mereka yang berpuasa, mencegah dari keletihan melampau dan yang pastinya rasa yang sedap, lemak dan berkrim...

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417 ~ sms|whatsapp: 019-7987970 ~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Malam Nisfu Syaaban

Malam tadi merupakan antara malam yang ditungu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia... Antara malam yang mustajab doanya.. Antara malam penuh rahmat dan keampunan... Apakah malam itu... Itulah dia MALAM NISFU SYAABAN


artikel ini kak long petik dari www.hikmah.org.my. 

Selamat membaca

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.


Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat

Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”

Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417 ~ sms|whatsapp: 019-7987970 ~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Sunday, June 23, 2013

Seronok Berpantang

Berpantang?

Apa yang seronoknya berpantang ye... Bila sebut je tempoh berpantang pasti ramai yang berkerut-kerut dahi... Kebanyakkan antara kita mengaitkan BERPANTANG dengan IBU BERSALIN..

Pastinya ia benar... Ibu-ibu yang baru lepas bersalin pasti melalui tempoh berpantang dari 40 hingga 44 hari malah ada yan berpantang sehingga 100 hari..

Bagaimana dengan kak long... Kak long mengamalkan tempoh berpantang selama 40 hari..

Apa yang dibuat sepanjang 40 hari tu ye?

Ini antara perkara-perkara yang biasanya dilakukan oleh ibu yang menjalani waktu berpantang termasuk kak long:

1) Berurut - dalam mingu pertama dan biasanya ada urut penamat/ urut balas pada penghujung waktu berpantang. Yang ni kak long mulakan sebaik sahaja pulang dari hospital.

2) Bertangas/ bertungku - ada yang buat pada minggu pertama sahaja tetapi ada yang buat sepanjang waktu berpantang. Kak long bertungku dengan tungku moden seawal hari kedua, dua kali sehari iaitu pagi dan petang... Badan rasa lebih ringan dan bertenaga, rahim pun mudah mengecut.

3) Mengamalkan ubat/ jamu /rawatan dalaman - yang ni bergantung pada individu.. Macam kak long, kali ni kak long mengambil Shaklee sebagai suplemen tambahan sepanjang berpantang... sebenarnya kak long amal semasa mengandung sehingga lah selepas penyusuan... Lagipun Shaklee ni selamat dan berkesan.

4) Mandi air panas/ air herba / daunan - Kak long kali ni cuba menggunakan bunjut herba untuk mandian waktu pagi dan air garam bukit untuk mandian waktu petang... kedua-duanya menyegarkan yang pastinya..

5) Makan/ minum - Alhamdulillah, seronok waktu makan semasa berpantang ni... Tentunya resipi dan air tangan ibu kak long... Apa yang korang terbayang ye bila sebut pasal makan berpantang... kak long mengamalkan pemakanan seimbang lengkap dengan sayuran dan buahan. Namun masih berpantang makanan yang pedas, gatal, bersengat dan berbisa...

6) Penyusuan susu ibu eksklusif - Khusus untuk si cilik Hanis... pastinya kak long akan menyusukan sehingga Hanis berusia 2 tahun.. Alhamdulillah setakat hari ini, bekalan susu untuk Hanis melebihi dari keperluannya... semoga ia memudahkan perjalanan penyusuan si Hanis ini.

So u olls rasa susah ke waktu berpantang ni... Sebenarnya tak sesusah mana cuma mungkin agak renyah.. Sebab ibu yang baru bersalin ni biasanya akan mengalami mood yang sentiasa berubah-ubah, perlu kepada jadual baru yang sesuai dengan jadual si kecil, badan yang masih lemah kesan dari kehamilan 9 bulan... namun kak long percaya ibu moden kini lebih matang menangani waktu berpantang mereka... Apa yang penting, mental dan fizikal ibu moden perlu bersedia!!

Bulan ni BULAN MEALSHAKES!!! Pastikan anda tidak ketinggalan MEMILIKI MEALSHAKES!

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417 ~ sms|whatsapp: 019-7987970 ~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Saturday, June 22, 2013

NurHanis Raudhah

Alhamdulillah...hari ni genap seminggu permata hati pengarang jantung kak long dan keluarga dilahirkan..

NURHANIS RAUDHAH

Nur - Cahaya
Hanis - Berani
Raudhah - Taman

Syukur!!!


BULAN NI BULAN MEALSHAKES!!! Pastikan ANDA TIDAK KETINGGALAN!

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417 ~ sms|whatsapp: 019-7987970 ~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com