Sunday, June 23, 2013

Seronok Berpantang

Berpantang?

Apa yang seronoknya berpantang ye... Bila sebut je tempoh berpantang pasti ramai yang berkerut-kerut dahi... Kebanyakkan antara kita mengaitkan BERPANTANG dengan IBU BERSALIN..

Pastinya ia benar... Ibu-ibu yang baru lepas bersalin pasti melalui tempoh berpantang dari 40 hingga 44 hari malah ada yan berpantang sehingga 100 hari..

Bagaimana dengan kak long... Kak long mengamalkan tempoh berpantang selama 40 hari..

Apa yang dibuat sepanjang 40 hari tu ye?

Ini antara perkara-perkara yang biasanya dilakukan oleh ibu yang menjalani waktu berpantang termasuk kak long:

1) Berurut - dalam mingu pertama dan biasanya ada urut penamat/ urut balas pada penghujung waktu berpantang. Yang ni kak long mulakan sebaik sahaja pulang dari hospital.

2) Bertangas/ bertungku - ada yang buat pada minggu pertama sahaja tetapi ada yang buat sepanjang waktu berpantang. Kak long bertungku dengan tungku moden seawal hari kedua, dua kali sehari iaitu pagi dan petang... Badan rasa lebih ringan dan bertenaga, rahim pun mudah mengecut.

3) Mengamalkan ubat/ jamu /rawatan dalaman - yang ni bergantung pada individu.. Macam kak long, kali ni kak long mengambil Shaklee sebagai suplemen tambahan sepanjang berpantang... sebenarnya kak long amal semasa mengandung sehingga lah selepas penyusuan... Lagipun Shaklee ni selamat dan berkesan.

4) Mandi air panas/ air herba / daunan - Kak long kali ni cuba menggunakan bunjut herba untuk mandian waktu pagi dan air garam bukit untuk mandian waktu petang... kedua-duanya menyegarkan yang pastinya..

5) Makan/ minum - Alhamdulillah, seronok waktu makan semasa berpantang ni... Tentunya resipi dan air tangan ibu kak long... Apa yang korang terbayang ye bila sebut pasal makan berpantang... kak long mengamalkan pemakanan seimbang lengkap dengan sayuran dan buahan. Namun masih berpantang makanan yang pedas, gatal, bersengat dan berbisa...

6) Penyusuan susu ibu eksklusif - Khusus untuk si cilik Hanis... pastinya kak long akan menyusukan sehingga Hanis berusia 2 tahun.. Alhamdulillah setakat hari ini, bekalan susu untuk Hanis melebihi dari keperluannya... semoga ia memudahkan perjalanan penyusuan si Hanis ini.

So u olls rasa susah ke waktu berpantang ni... Sebenarnya tak sesusah mana cuma mungkin agak renyah.. Sebab ibu yang baru bersalin ni biasanya akan mengalami mood yang sentiasa berubah-ubah, perlu kepada jadual baru yang sesuai dengan jadual si kecil, badan yang masih lemah kesan dari kehamilan 9 bulan... namun kak long percaya ibu moden kini lebih matang menangani waktu berpantang mereka... Apa yang penting, mental dan fizikal ibu moden perlu bersedia!!

Bulan ni BULAN MEALSHAKES!!! Pastikan anda tidak ketinggalan MEMILIKI MEALSHAKES!

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417 ~ sms|whatsapp: 019-7987970 ~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com