Tuesday, November 5, 2013

GASTRIK dan TIPS MENGAWALNYA

Ramai yang bertanyakan pada kak long bagaimana kak long menangani penyakit GASTRIK kak long ni.

Kak long memang dah lama ada gastrik sejak dari zaman sekolah lagi. Apa taknye, kak long memang kak makan pedas..pendek kata kalau sehari tak jumpa cili, memang tak sempurna hidup la jawabnya...jadi gastrik dan kak long memang sinonim la..

Bila masuk alam kerja pula, ia jadi lebih teruk dan tidak dapat dikawal...Nak tau puncanya?? Jadual makan yang bersepah...tabiat suka makan pedas dan yang memang kak long tak boleh nak lari ..STRESS..nak-nak bila ada lawatan dari director atau audit atau inspection dari kementerian, maka menjadi-jadilah gastrik kak long ni...

Apa penyelesaian kak long???? (Ini sebelum berSHAKLEE)

1) Jaga jadual makan
Pastikan 3 waktu makan utama dipatuhi iaitu SARAPAN, MAKAN TENGAH HARI dan MAKAN MALAM. Jika anda ingin diet, JANGAN tinggalkan 3 waktu makan utama ini. Kuantiti makanan yang perlu dikurangkan bukan skip waktu makan.

2) Kurangkan makan makanan atau minuma bergas, berempah, pedas dan seumpamanya
Kak long tak suruh berhentikan tetapi KURANGKAN. Pengambilan makanan berempah dan bergas ni mengganggu kelancaran proses pencernaan kita. Tanpa sedar ia menyebabkan luka pada dinding usus.

3) Kurangkan makan ROTI
Kenapa? Sebab adanya yis atau bahan penaik. Kehadiran yis yang menjadi agen penapaian mungkin mengganggu sistem gastro-usus sesetengah dari kita malah mungkin juga punca utama gastrik anda.

4) Bertenang.
Bertenang untuk apa? Macam yang kak long bagitau kat atas..antara punca kak long ada gastrik adalah STRESS... Jadi penawar stress adalah BERTENANG...Sebab bila kita stress, usus kita merembeskan asid hidroklorik pada jumlah yang lebih tinggi yang secara tak langsung menjadikan perut kita berasid dan mungkin mengakis permukaan usus kita.

Nantikan next entry kak long bagaimana mengawal gastrik dengan Shaklee

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com