Monday, November 4, 2013

Makanan Yang Tidak Digalakkan Diambil oleh Ibu Menyusu

Pagi ni sambil kak long membuat kerja-kerja rutin kak long, melawat rumah "anak-anak" Shaklee kak long, sempat juga kak long membaca artikel dari blog Dr Zubaidi.

Jadi pagi ni kak long nak berkongsi dengan kalian tentang PEMAKANAN IBU MENYUSU. Apa yang tidak elok untuk diambil oleh seorang ibu yang sedang menyusukan bayi.

Jom kita baca sama-sama


1) Mengambil buah-buahan citrus
Memakan banyak buah-buahan citrus seperti limau, oren dan yang sewaktu dengannya.
Pengambilan makanan bercitrus (berasid tinggi) ni boleh mengganggu sistem pencernaan / gastrousus bayi tersebut. Ibu-ibu boleh mengambil pelbagai jenis buah lain yang kurang mengganggu perut baby. Mungkin di peringkat permulaan, ibu-ibu boleh mencuba sedikit dahulu kerana lain bayi lain ragamnya.



2) Mengambil bahan berkafein
Pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh malah air berkarbonat seperti coke dan pepsi (yang turut mengandungi kafein) perlu dihadkan. Kafein seperti yang kita maklum boleh mempengaruhi pola tidur seseorang. Ibu yang mengambil minuman berkafein, mungkin menyebabkan bayi beliau susah nak tidur disebabkan kafein dirembeskan ke susu yang diberi kepada bayi.



3) Pengambilan makanan laut
Hidupan laut seperti ikan tenggiri dan ikan yu dikatakan antara makanan laut yang mengandungi merkuri yang tinggi. Merkuri ini boleh mengganggu pertumbuhan otak bayi. Pelbagaikan makanan laut dalam menu harian seperti udang, salmon dan tuna (Salmon & tuna tinggi dengan Omega 3 yang membantu meningkatkan IQ bayi)


4) Makanan kekacang atau yang memberi alahan
Pengambilan makanan kekacang biasanya akan menyebabkan flatulence/keadaan perut berangin berlaku. Sesetengah bayi alah jika ibu mereka mengambil makanan berunsurkan kekacang.

Di atas adalah antara beberapa kategori yang perlu dielakkan namun kak long percaya setiap ibu mempunyai senarai makanan/ minuman yang boleh atau tidak untuk bayi mereka.

Setiap bayi dilahirkan unik, ada kala bayi pertama alah dengan sesuatu makanan tetapi tidak pada bayi kedua atau ketiga... Ibu-ibu perlu bijak memahami apa jua perubahan pada bayi anda. Sentiasa berhati-hati dengan apa jua yg anda makan...Ia mungkin elok untuk anda namun tidak untuk bayi anda.


Salam sayang



Berminat nak mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com