Thursday, December 11, 2014

OSTEMATRIX ~ Teman Setia ketika KERJA LUAR KAWASAN

Salam Khamis buat semua pembaca rahsiasihat.com

Maaf sebab semalam tak ke udara heheh...ala ala DJ gitu kan...

Semalam kak long bekerja di luar kawasan maka tak dapat nak menjenguk lama rahsiasihat.com ni.

Biasanya kak long akan ke Shah Alam, salah satu destinasi luar kawasan yang kerap dituju. Akan betolak seawal subuh dan sampai semula ke rumah selewat tengah malam.

Memang sangat meletihkan namun pembantu setia kak long cik OSTEMATRIX tak culas melaksanakan tugas...




MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Tuesday, December 9, 2014

Audit & Shaklee

Salam sayang 

Tajuk macam takde kaitan kan... Sebenarnya memang banyak kaitannya

Kak long bertindak sebagai Document Controller (ni salah satu task yang diberikan) di tempat kerja hakiki kak long... Jadi selain dari mengadap operasi setiap hari, antara tugasan nya adalah mengadap para auditor pula. Kami di sini memandangkan tempat pemprosesan makanan, maka terdapat beberapa sistem yang WAJIB kami patuhi. Antara sistem persijilan yang ada termasuklah ISO9001:2008, FSSC 22000 dan HALAL.

Dengan adanya sistem-sistem ini, maka secara langsung AUDIT perlu dilakukan. Bila cakap je Audit...mesti ramai yang mengeluh. Maklumlah bila cakap mengenai audit, ramai yang menyangka ia adalah salah satu cara cari salah... Sebenarnya fahaman macam tu sangat tidak benar. Audit banyak membantu syarikat kak long dalam memastikan semua prosedur dipatuhi. Kalau tiada audit, lebih banyak ketidakpatuhan yang mungkin kita sedari atau tidak.





Kebiasaannya, ketika audit memang akan ada tekanan. Baik oleh pengaudit mahupun yang diaudit. Bulan November dan Disember memang bulan audit kak long. Jadi untuk menangani rasa ketidakstabilan emosi serta tekanan luaran dan dalaman, kak long akan mengambil B COMPLEX. Dan pilihan kak long pastinya B COMPLEX SHAKLEE.


Kenapa B COMPLEX? 

B COMPLEX Shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Antara kandungan vitamin B yang ada termasuklah B5 yang dikenali sebagai PANTOTHENATE.
B5 ini memang sangat dikenali sebagai VITAMIN ANTI STRESS

Kebiasaannya...kak long akan mengambil 1-2 biji sehari namun jika ada audit, extra dose sehingga 4 biji sehari. Jangan risau sebab B complex adalah vitamin larut air. Pengambilan perlu disertai dengan minum air kosong sekurangnya 3 Liter sehari untuk memastikan penyerapan adalah optimum.

Jika korang di luar sana sentiasa berhadapan dengan pelbagai kerenah yang menyebabkan korang STRESS... maka sangat elok pengambilan B Complex dimulakan.

Nak mencuba B COMPLEX Shaklee? Roger sahaja nombor di bawah


Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970

Friday, December 5, 2014

HANIS dan HFMD

Beberapa hari yang lepas, kak long ada memuatnaik status di FB kak long berkaitan si comel HANIS


Ada yang pm bertanyakan apa itu HFMD dan bagaimana kak long menanganinya.

Jadi petang ni akk long nak kongsikan dengan kalian apa itu HFMD atau nama panjangnya Hand, Foot & Mouth disease (penyakit Kaki, tangan dan mulut)


Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71)
Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. 
Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. 
HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri
Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

dipetik dari lama web rasmi www.moh.gov.my

Kak long turut membawa Hanis ke pakar kanak-kanak untuk memastikan tahap kesihatannya...menurut doktor tersebut tiada apa yang perlu dirisaukan melainkan jika selepas 3 hari, demam Hanis tidak kebah, Hanis perlu dibawa sekali lagi ke klinik.
Pakar tersebut sekadar memberi lotion untuk mengurangkan kegatalan dan krim untuk mengelakkan luka.

Lazimnya, untuk pesakit HFMD ini, hanya pastikan mereka mengambil air yang cukup untuk mengelakkan mereka dehidrasi, dan sangat digalakkan memberi makan makanan/ minuman yang sejuk seperti aiskrim vanila dan jus buah.

HFMD sangat mudah berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak di bawah 8 tahun. 
Oleh sebab itu, sebaik sahaja kak long mengetahui yang Hanis kena jangkitan HFMD, semua cadar dan alat permainan kak long rendamkan di dalam Basic H. Lantai dimop 2 kali sehari menggunakan Basic H (sebelum ni kak long mop berselang hari). Basic H ni bagus sebab ia dihasilkan dari bahan organik dan tidak bertoksik.


Selain dari itu, kak long turut memberikan Hanis sebiji OMEGA GUARD setiap hari ketika dia tidak sihat. Pada kebiasaannya, seminggu 2-3 biji sudah memadai. Omega membantu meningkatkan imuniti Hanis di samping agen antiinflamasi. Bintik-bintik merah yang tumbuh di seleuruh badan Hanis sememangnya gatal namun dengan mengambil Omega, kak long nampak Hnais kurang menggaru. Malah selepas 3 hari, bintik-bintik yang tumbuh tu semkain berkurang dan mengering.


Dan hari ini, hari kelima Hanis dijangkiti HFMD, kesihatan Hanis semakin pulih dan Hanis semakin bijak... (Orang tua-tua kata...budak-budak demam nak dapat akal...) 



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Tuesday, December 2, 2014

Ciri-ciri ISTIMEWA VITA-C 500mg SR

Salam sayang 

Tengah buat apa sekarang? Ada yang dah mula mengantuk ke mengadap kerja di depan mata tu.. Almaklum lepas lunch kan...

Kak long baru sahaja masuk ke ofis..tadi rehat agak lewat jadi kembali ke ofis pun agak lewat jugak lah... Kami di bahagian operation agak fleksibel jadualnya sebab itulah kadang-kadang jadual makan pun agak lari-lari

Okay.. kak long nak cerita sikit mengenai VITAMIN C SR yang memang produk paling fenomena suatu ketika dahulu..Ini adalah antara ciri-ciri ISTIMEWA VITA C SR


Vitamin C Sustained Release merupakan vitamin C yang pertama yang mempunyai ciri-ciri SUSTAINED RELEASE atau dalam bahasa ringkasnya sistem pelepasan masa. 
Ini bermaksud, dalam 1 tablet Vita C SR mengandungi 500mg, setiap jam hanya 100mg akan dirembeskan ke dalam tubuh badan kita. Jadi 1 tablet bertahan untuk 5 jam. 


Selain itu, Vitamin C SR juga diperhebatkan dengan Bioflavonoid. Berat setiap tablet Vita-C adalah 992mg. 
Yang menariknya setiap tabletSustained Release Vita-C ini mengandungi Ascorbic Acid 500mg yang ditambah dengan Citrus Bioflavanoid Complex 120mg. (7.5mg bagi setiap Lemon, Orange dan Grapefruits Bioflavanoids dan 7.5mg Hesperidin).
Apa manfaat Bioflavonoid ni? 
Bioflavonoid sangat efektif jika digandingkan dengn Vitamin C malah ia membantu meningkatkan keefektifan Vitamin C dalam badan. 



Mencari VITAMIN C yang mempunyai ciri-ciri istimewa di atas... Hanya Vita C keluaran Shaklee sahaja... Dapatkan segera dari saya atau klik  gambar Vitamin C di bawah 



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

PROMOSI BERGANDA - VIT C & VIT E

Salam sayang 

Promosi bulan baru kembali lagi... Kedua-duanya berkaitan kecantikan kulit, anti penuaan dan imun sistem

Nak tau ke apa promo bulan ni...



Dan yang seronok lagi.... Berganda-ganda seronoknya... Ada TWIN PACK... Sesuai untuk para pelanggan yang membeli untuk dikonsumsi sendiri


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Monday, November 24, 2014

Kelahiran Baru dalam CLAN WAK ROME

Salam sayang 

Alhamdulillah...berita ni patut dikongsi lebih awal bersama kalian namun masa cemburu bebeno dengan kak long ni...

 Jumaat lepas kami sekeluarga menerima satu perkhabaran gembira dari Keluarga Ayah Cem... Alhamdulillah Ibu Awin telah selamat melahirkan seorang puteri. Buat pengetahuan korang, Ayah Cem adalah adik kepada En Suami aka Bang Long. Jadi semalam kami menerima seorang lagi anak saudara

Jika 3 beradik sebelum ini, melahirkan seorang hero dalam kelahiran sulung namun keluarga Ayah Cem memecah tradisi itu... Seorang puteri sulung pula lahir...

Maaf ye sebab tidak dapat berkongsi gambar puteri comel itu sebagai tanda menghormati permintaan Ayah Cem...

Tengok je baby comel kat bawah ni...buat cuci-cuci mata...



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Friday, November 21, 2014

Kenali BENTUK BADAN ANDA

Salam sayang 

Kebiasaannya bila kita sebut bentuk badan...mesti ramai yang terbayang pinggang ramping bagai ala ala gitar itu

Secara asasnya terdapat beberapa jenis bentuk badan namun secara umumnya yang banyak terdapat ialah bentuk Epal dan bentuk Pear


Nisbah ukur lilit pinggang dan pinggul ni dapat membantu kita mengenalpasti jenis bentuk badan kita. Selain itu, ia juga membantu sejauhmana penambahan berat badan kita kerana lazimnya penambahan berat badan ketara di dua bahagian ini, pinggang dan pinggul

Di bawah ini adalah formula pengiraan Nisbah ukurlilit pinggang dan pinggul:


WHR = Ukur Lilit Pinggang / Ukur Lilit Punggung


Gambar menunjukkan kawasan pinggang dan pinggul lelaki dan wanita

Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang.

Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki. Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal".

* Jika Nisbahnya melebihi 0.8, badan anda berbentuk epal, lebih berisiko utuk sakit kerana lemak banyak terkumpul dibahagian perut@pertengahan badan.

* Jika Nisbah kurang dari 0.8, badan anda berbentuk pear, kurang risiko untuk dapat penyakit kerana berat berlebihan pada pinggul dan peha.

Sebarang pembelian produk Shaklee dari kak long layak mendapat konsultasi perucma hanya dari rahsiasihat.com

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Thursday, November 20, 2014

Jom KENALI BMI ANDA

Salam sayang 

Kak long pasti ramai di luar sana tu dah tahu apa itu BMI. Tapi pasti ada yang masih tercari-cari kan... Jadi kak long nak kongsikan di sini...

Indeks Jisim Badan atau (BMI) (Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. 

BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Jika korang nak tahu sama ada berat badan serta ketinggian korang itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, korang boleh kira BMI korang mengikut formula kat bawah ni:

Ukur berat badan korang dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI =                            berat(kg)
                                       ------------------------------
                                       tinggi(m) x tinggi(m)


Setelah mendapat keputusan BMI, korang bolehlah melihat carta di bawah bagi menentukan sama ada korang ni dalam kategori yang mana.

INDEKS JISIM BADAN - BMI

Nak lebih jelas... Kat bawah ni kak long tunjukkan contoh pengiraannya:

BMI =                         65 kg
                                                     -------------------------------              
                                      1.63 m x 1.63 m

=                24.46
=            Normal



Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

OMEGA vs LECITHIN

Salam sayang 

Antara LECITHIN & OMEGA, kak long lebih menyukai OMEGA... Kenapa?


Omega guard Shaklee yang lengkap dengan omega 3 membantu meningkatkan metabolisme badan seterusnya membantu badan membakar lemak secara semula jadi

Ini adalah kerana LEPTIN iaitu hormon yang dihasilkan oleh tisu lemak yang memberi isyarat kepada otak untuk mengawal pengambilan makanan dan pengawalan berat badan. Omega 3 yang terdapat di dalam Omega guard Shaklee berfungsi merangsang penghasilan hormon leptin di mana secara tidak langsung ia mengurangkan selera makan.

Selain itu, omega 3 turut menghalang penghasilan hormon kortisol yang menggalakkan penyimpanan lemak di samping menambah kadar serotonin iaitu bahan kimia di dalam otak yang sentiasa membuatkan kita merasa kenyang. Satu lagi yang kak long suka, Omega ni membantu pembakaran lemak yang sedia ada pada badan kita (lemak termendap)

Berbanding dengan LECITHIN, Lecithin bertindak dengan memecahkan lemak kepada molekul yang kecil dan membenarkan metabolisme badan membakarnya. LECITHIN tidak MEMBAKAR LEMAK hanya MENGEMULSI LEMAK. Pengambilan Lecithin perlu disertakan dengan Alfalfa untuk membawa keluar lemak yang teremulsi. Lecithin membantu pengemulsian lemak terhadap makanan yang kita baru ambil.

Mereka yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi mendapati Lecithin lebih sesuai untuk mereka manakala mereka yang rendah metabolisme perlu bersenam untuk membantu meningkatkan metabolisme mereka supaya pembakaran lemak berlaku dengan lebih efisien.

Adakah kedua-dua OMEGA GUARD & LECITHIN sesuai diambil oleh ibu menyusu... Ye ia sangat sesuai.

Harus diingat yang pengambilan suplemen kurus adalah untuk MEMBANTU sahaja... Kawalan diet, senaman dan amalan gaya hidup sihat harus dilakukan secara berterusan untuk mendapatkan berat badan dan BMI yang diidamkan.

Jika ingin mencuba suplemen kurus yang bertindak secara semulajadi, hubungi kak long untuk kolsultasi penuh



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Tuesday, November 11, 2014

KESAN AMBIL VITAMIN KETIKA HAMIL

Salam sayang buat semua pembaca setia kak long

Kak long percaya masih ada lagi ibu-ibu hamil yang di luar sana sekadar mengambil vitamin klinik ketika pemeriksaan rutin namun vitamin tersebut tidak dimakan. Antara alasan-alasan yang biasa diberikan adalah VITAMIN PENYEBAB BAYI BESAR.

Benarkah?


Sebenarnya, saiz bayi tidak dipengaruhi oleh pengambilan vitamin namun ia lebih dipengaruhi oleh tabiat pemakanan si ibu serta faktor keturunan.

Alhamdulillah, dalam keempat-empat kehamilan (satu keguguran), kak long memastikan yang kak long mengambil vitamin yang dibekalkan. Sebelum mengenali Shaklee, vitamin percuma yang diberikan oleh pihak klinik tetap kak long ambil.

Sebenarnya banyak kesan buruk jika si ibu yang hamil tadi tidak cukup nutrien untuk dibekalkan kepada anak-anak. Sebagai contoh, jika kandungan asid folik ibu tidak dapat menampung keperluan asid folik bayi, kecacatan spina bifida mungkin sekali terjadi. Asid folik penting dalam pembentukan saraf dan neuron bayi dalam kandungan,

Selain itu, sumber kalsium bayi sememangnya diperolehi dari ibu. Ibu-ibu yang tidak mengambil susu dalam menu seharian mereka wajib mengambil alternatif selain susu sebagai sumber kalsium. Kesannya bukan pada bayi namun si ibu yang menghadapinya. Teringat kak long selepas melahirkan Anas, sakit pinggang dan sakit badan silih berganti. Bila badan dah sakit, maka tanggungjawab sebagai ibu dan isteri kadangkala terabai. Apabila ke klinik, doktor memberi pil kalsium dan b complex untuk menangani masalah ini. Kebetulan, klinik panel kak long memang menggunakan produk Shaklee...jadi di sinilah detik pertama kak long berkenalan dengan SHAKLEE.

Sehingga sekarang, kak long masih lagi mengambil VITAMIN untuk kesihatan kak long apatah lagi kini kak long sedang menyusukan si comel Hanis pula. Keperluan setiap ibu pada setiap peringkat mungkin berbeza-beza namun Shaklee sememangnya menyediakan VITAMIN TERBAIK untuk setiap dari kita,

Untuk ibu-ibu atau bakal ibu, di bawah ini adalah antara set yang sesuai untuk kalian. Ia boleh disesuaikan mengikut kondisi serta bajet kalian. 



Untuk yang berada di sekitar Sitiawan, Manjung & Lumut, kita boleh bertemu muka untuk lebih penjelasan.... Manakala mereka yang di luar kawasan kak long, boleh hubungi kak long di nombor di bawah

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Monday, November 10, 2014

TESTIMONI - VITALEA



Kak long pasti anda semua dah expert tentang VITALEA Shaklee ni kan...

Jadi malam ni kak long nak share pula beberapa testimoni mereka yang dah mengambil Vitalea Shaklee ni









Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

KEISTIMEWAAN VITALEA

Salam sayang 

Jika dalam entry sebelum ni kak long cerita sejarah VITALEA dan serba sedikit latar belakangnya, hari ni kita nak kupas lebih mendalam KEISTIMEWAAN VITALEA

FAKTA PENTING yang perlu anda tahu berkenaan VITALEA
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
  • Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
  • Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.
Ada yang bertanya apa beza saya ambil VITALEA dengan produk multivitamin lain yang dijual di farmasi. Jadi, ini adalah antara perbezaan multi-vitamin VITA-LEA Shaklee?
  1. Merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
  2. Setiap tablet Vita-Lea mengandungi 28 nutrisi harian lengkap yang diesktrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan
  3. Dilengkapi dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA
  4. Diformulasikan secara komprehensif dan seimbang
  5. Diselaputi dengan alfalfa
  6. Dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi yang kompleks
  7. Mineral yang terkandung dalam Vita-Lea mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil
  8. Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
  9. Dipilih oleh Center of Science di US sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN dalam Public Interest tahun 2000
Antara bukti kehebatan sains Shaklee terhadap Vitalea adalah kadar penyerapan yang efisien. Dengan teknologi salutan mikro asid folik, penyerapan Vitalea yang amat cemerlang walau dalam keadaan tanpa kehadiran enzim pencernaan.
Lihat buktinya dalam ujikaji ringkas berikut : sumber



Dah nampak bezanya kan... Apa kata untuk membuktikannya, kalian cuba sendiri VITALEA Shaklee ni... Dan rasakan perbezaannya...

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

SHAKLEE PENEMU MULTIVITAMIN PERTAMA DUNIA

Salam sayang 

Dalam seminggu yang lepas, kak long banyak bercerita tentang OMEGA GUARD almaklum promo omega kan sedang berlangsung

Tapi hari ni kak long nak kongsikan pula tentang MULTIVITAMIN PERTAMA  di dunia iaitu VITALEA.

Shaklee VitaLea

Kak long cerita dulu sejarah terhasilnya VITALEA ni ye... Dr Forrest C Shaklee adalah merupakan pengasas Shaklee Corporation. Ia bermula pada tahun 1915 di mana pada awalnya beliau dijangkiti TB. Beliau membuat ujikaji dengan mencampurkan herba yang mana ia mengandungi semua micronutrient yang diperlukan oleh manusia.

Shaklee VitaLea
Inilah VITALIZED MINERAL yang dihasilkan pada 1915

Hanya selepas 1956 barulah beliau berkongsi produk pertama beliau dengan masayarakat umum. Hasil dari campuran tersebut dikenali sebagai VITALIZED MINERALS yang mana bila ia digabungkan terhasillah VITA-MIN dan ia terus digunapakai sehingga sekarang.

 

Shaklee Vitalea Iron Formula membekalkan 28 jenis vitamin dan mineral, Teknologi salutan mikro asid folik berpaten membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B yang membantu menghasilkan dan mengekalkan sel baru

Shaklee sangat menjaga kualiti produk yan dihasilkan. Vitalea sendiri menjalani 340 ujian kualiti untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.

Sebagai multivitamin, Vitalea memberi manfaat umum seperti berikut:
a) menyokong kesihatan menyeluruh
b) memelihara jantung, kolon dan mata
c) tulang yang kuat dan sistem imun yang baik


Sebotol VITALEA mengandungi 120 biji tablet dan pengambilan mencukupi sekali sehari.

Harga sebotol adalah RM88.75 dan jika anda mendaftar sebagai ahli, harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah dan berbaloi.

Untuk lebih informasi atau mahu mencuba, anda boleh hubungi nombor di bawah


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Saturday, November 8, 2014

Bengkel Nutrisi Shaklee

Salam sayang


Alhamdulillah dapat kak long dan suami menyertai Bengkel Nutrisi anjuran Shaklee Malaysia yang diadakan di Shaklee Home Office, Bandar Sunway.






Pelbagai ilmu berkaitan produk yang diperolehi dan tips pengambilan turut dikongsi bersama sepanjang bengkel ini.


Baru setengah hari berlangsung dan masih berbaki 4 jam lagi sebelum bengkel ini tamat. Masih banyak lagi ilmu yang perlu digali.


Buat semua SID di luar sana yang belum menghadiri Bengkel ini, anda memang sangat rugi. Buat pembeli, dapatkan produk anda dari Usahawan Shaklee yang berilmu ye.




Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Friday, November 7, 2014

TIPS menawan 7 GUNUNG

Salam sayang 

MasyaAllah betapa kerdil diri ini dalam mengejar harta dunia dan akhirat. Walauoun bagaimanapun, kita doa semoga setiap amalan kita mendapat kerahmatan dan keberkatan dariNya..insyaallah.

*Sekadar peringat buat diri sendiri*

Tempuhi 7 Gunung Sebelum Amalan Diterima Allah – Imam Ghazali

Menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan menempuhi tujuh gunung ini sebelum amalan-amalannya diterima Allah S.W.T. Iaitu:-

1) Gunung Taubat

Dosa kepada Allah:

-meninggalkan yang wajib
-mengerjakan yang haram

Dosa pada makhluk

-menganiaya diri mereka
-menganiaya harta meeka
-menganiaya ahli keluarga mereka
-menganiaya agama mereka

2) Gunung Ilmu
Usuluddin – Ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul

Feqah – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada diri dan harta

Tasauf – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada batinnya yakni di dalam hati

3) Gunung Penghalang Ibadah

Dunia – hendaklah zuhud

Manusia – hendaklah diasingkan

Syaitan – hendaklah diperangi

Nafsu – hendaklah dikekang dengan takwa kepada Allah

4) Gunung Perintang Ibadah

Rezeki – hendaklah tawakal yakni tetap di atas janji Allah

Khatir – ertinya gerak hati kepada yang di takuti atau kepada yang diharap hendaklah berserah kepada Allah

Qada – hendaklah redha

Bala – hendaklah sabar

5) Gunung Peringkat Ibadah

Khauf – takut pada Allah dengan mengingatkan seksanya di dalam neraka

Roja'- harap kepada Allah dengan mengingkan nikmatNya di dalam syurga

6) Gunung Pencatat Ibadah

Riak – hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah

Ujub – hendaklah ingan petunjuk Allah dan pertolongan Nya

7) Gunung Syukur

Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan itu kepadam mentaati Allah yang mengkurniakannya.

>> Jika KITA telah melepasi 7 Gunung Ini, kejayaan demi kejayaan akan datang mengejar KITA..insyaallah

Kredit 


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Ikan Stim Pelam Asam Boi

Sekarang ni kan tengah trending PELAM ASAM BOI...kak long pun tak lepaskan peluang mencuba dari salah satu seller online di Manjung ni

Wah...memang sedap sehingga menjilat jari kaki...yang bestnya seller ni siap buat option lagi untuk customer...yang tak pedas, pedas atau extra pedas... Macam ni baru best..seller yang memahami kehendak pelanggan.

Ihsan google

Jadi tengahari tadi sambil dok belek-belek resipi, tertiba terpandang la separuh lagi balang pelam asam boi ni dok bertapa dalam peti ais kak long... Kebetulan ikan yang dah kak long keluarkan adalah ikan siakap...maka terhasillah IKAN STIM PELAM ASAM BOI

Ihsan google

Masuk je rumah, anak sulung kak long dah bertanya...ibu masak apa...sedapnye bau...  Anas ni memang susah nak makan ikan...Tapi Alhamdulillah, resipi kak long tengahari ni nampaknya menggamit selera dia, anak dan ayah bertambah-tambah hari ni... Sedap sangat lah tu ye...

**hari ni entry santai-santai ye.... Esok nak ke Bengkel Nutrisi Shaklee... Nak menimba ilmu

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Thursday, November 6, 2014

Omega pencegah Gout

Hai semua


Apa lunch korang ya tengahari ni? Ada yang amik makanan laut atau daging?


Malam semalam kak long dinner dengan meatball IKEA yang sangat famous tu. Maklumlah bila berada di Kota Damansara ni, IKEA antara tempat wajib pergi


Dan mencuba Swedish Meatball memang aim kak long malam tadi. Memang sedap dan sangat mengenyangkan. Tapi kena beringat sebab pengambilan daging merah yang banyak sangat mengundang risiko penyakit seperti gout, darah tinggi dan sakit jantung.


Sebagai langkah pencegahan, terutama jika kita mempunyai keturunan yang mempunyai penyakit kardiovaskular seperti yang kak long sebutkan tadi, pengambilan vitamin tambahan memang sangat membantu selain daripada memperbaiki cara pemakanan seharian.


Shaklee ada produk pencegah Gout? Omega guard dan alfalfa serta performance drink adalah set gout yang kak long cadangkan untuk mereka yang nak mencegah mahupun yang sudah ada gout.


Omega guard
kandungan DHA dan EPA iaitu asid lemak dipercayai bertindak untuk mengurangkan radang pada sendi-sendi.


Alfalfa
bertindak menyingkirkan toksin dalam badan dengan lembut. Pengambilan air yang banyak membantu dalam proses detox


Performance drink
memastikan kestabilan air dan gula di dalam badan bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi dan hipoglicemia. Asid urik boleh disingkirkan dari air kencing dan pengambilan air yang secukupnya sangat membantu.


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Ambil Omega ketika letih?

Salam sayang




Sihat semua pagi ni? Alhamdulillah kak long masih diberi keizinannya untuk terus berkongsi kebaikan Shaklee dengan korang semua.


Semalam antara hari yang agak meletihkan buat kak long. Bertolak dari Sitiawan kira-kira jam 10 pagi dan terus bermesyuarat dan lawatan kilang hingga jam 6. Merempuh pula kesesakan sebelum tiba di hotel kak long menginap. Rasa bersyukur sangat sebab tinggal di Sitiawan, kak long tidak perlu menempuh jammed langsung.




Sebelum ni kak long hanya mengambil ostematrix 4 biji sebelum tidur. Namun sejak mengetahui bahawa B complex dan Omega guard juga membantu dalam mendapatkan tidur yang berkualiti, maka kak long mengubah sedikit jadual pemakanan vitamin kak long.




Bila badan kita penat, sebenarnya otot-otot kita membengkak. Tisu-tisu yang membentuk otot mengalami radang dan seterusnya menyebabkan kita rasa sakit-sakit badan. Omega membantu dalam meredakan radang dan dengan sinerginya bersama ostematrix dan b complex, otot yang membengkak dan badan yang penat akan jadi lebih sihat dan cergas pada keesokan hari.




Ia sangat berbaloi untuk dicuba. Untuk yang berada di sekitar Sitiawan dan berminat dengan produk Shaklee boleh hubungi kak long



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Wednesday, November 5, 2014

Omega & kanak-kanak

Salam sayang


Pagi tadi kak long kongsikan testimoni ibu kak long mengenai asma dan tindakan Omega terhadap pesakit asma.


Ada yang bertanya jika kanak-kanak boleh ke nak ambil Omega ni?


Sebenarnya pengambilan Omega guard boleh dimulakan seawal bayi berusia 1 tahun.


Pelbagai cara boleh dipraktikkan untuk memberi omega kepada bayi 1 tahun ke atas. Macam kak long, mula-mula kak long berikan sebiji terus untuk melihat sama ada dia boleh mengunyah terus atau tidak. Jika boleh, ibu boleh teruskan pemberian omega sebiji terus kepada anak anda.
Namun ada kanak-kanak yang tidak boleh mengunyah omega tu terus, ibu atau ayah boleh menebuk omega dan memicit terus ke dalam mulut anak anda. Jika mereka menolak, omega tersebut boleh dicampur sekali ke dalam makanan dan minuman mereka.


Omega sangat bagus dalam membina sistem pertahanan tubuh yang baik selain daripada membekalkan DHA kepada otak bayi.


Ibu-ibu yang nak mencuba boleh gunakan teknik yang kak long kongsikan di atas.




Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Testimoni IBU - OMEGA dan SERANGAN ASMA

Salam sayang

Alhamdulillah promo OMEGA masuk HARI KELIMA

Yang menariknya promo kali ini ada TWIN PACK dengan DISKAUN 5%. Jadi pada siapa yang memang dah jatuh cinta atau berniat nak berikan hadiah buat ibu dan ayah... TWIN PACK ni memang sangat sesuai



Pagi ni kak long nak sharekan dengan semua satu testimoni sejak ibu kak long mengambil OMEGA GUARD Shaklee

Sebelum ini, ibu kak long agak gempal dan mempunyai asma.. Beliau mengikuti satu program diet dari syarikat yang agak ternama. Alhamdulillah program tersebut berhasil namun ia hanya mengurangkan berat badan ibu sahaja. Buat pengetahuan semua, ibu kak long ni ada penyakit diabetes dan darah tinggi jadi memang perlu sangat-sangat untuk ibu mengurangkan berat beliau.

Namun apa yang pasti, masalah asma ibu masih berterusan. Boleh dikatakan agak kerap ibu diserang asma. Jadi sebaik sahaja ibu selesai program diet tersebut, kak long terus memberi ibu OMEGA GUARD untuk dicuba. Ia lebih untuk kesihatan ibu. Setiap hari kak long akan pastikan ibu mengambil 3 biji OMEGA sebelum tidur. 

Alhamdulillah sejak mengambil OMEGA, kekrapan serangan asma ibu semakin berkurang. Dan sehingga kini, OMEGA GUARD SHAKLEE memang pilihan ibu.

************************************************************************

Bagaimana Omega Guard Shaklee membantu pesakit Asma?

Salah satu kebaikan Omega Guard Shaklee ialah ia membantu menangani penyakit asma. 

Menurut satu kajian yang dijalankan di Indiana University, mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma 'mild to moderate persistent asthma', yang mengambil suplemenOmega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan'emergency inhaler' sebanyak 31%. Ini menunjukkan mereka tidak lagi terlalu bergantung pada ubat sedutan yang mempunyai steroid itu.



Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut. Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan.
.
Hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan. Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya denganAsid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.

sumber


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Tuesday, November 4, 2014

Testimoni PERUT BUNCIT

Salam sayang 

Hari ni kak long nak kongsikan satu testimoni hebat dari seorang sahabat Shaklee kak long iaitu Mariana




Mantap kan... Selepas 3 bulan mengamalkan OMEGA GUARD secara konsisten, perut suami beliau dari tahap ke-2 buncit telah kembali flat seperti asal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebelum kita mengetahui bagaimana OMEGA GUARD membantu, jom kita kenal dengan lemak di bahagian perut. Lemak yang terdapat di bahagian perut dipanggil lemak visceral (boleh rujuk gambar di bawah)



Lemak visceral adalah lemak yang berbahaya kerana ia merupakan salah satu penyebab kepada sakit jantung, tekanan darah tinggi, angin ahmar serta diabetes jenis 2.

Lemak visceral ada tahap-tahap tertentu iaitu:

1- 4 ~ Bagus
5-8 ~ Sihat
9-12 ~ Buruk
13 - 59 ~ Berjaga-jaga

Kenapa penting untuk kita tahu tahap lemak visceral kita?

Semakin rendah tahap lemak visceral kita, semakin stabil pengeluaran hormon insulin dan sekaligus mengurangkan risiko kencing manis (Diabetes jenis 2)

Jadi, Bagaimana OMEGA GUARD membantu proses pembuangan lemak visceral?


OMEGA GUARD = OMEGA 3 = MINYAK IKAN

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970