Posts

Showing posts from February, 2014

Bakar Kalori ketika Menyusu

Image
Syukur Alhamdulillah, untuk bayi ketiga ni pun, kak long diberi kekuatan dan keazaman untuk terus menyusukan sehingga 2 tahun hendaknya.

Mujur ketika hamil, berat kak long tidak naik terlalu banyak, maka urusan pengurangan berat badan tidaklah menjadi agenda utama kak long.. Apa yang penting dan lebih utama, misi penyusuan susu ibu adalah untuk mek Hanis Raudhah...

Namun, kak long tak nafikan ramai ibu yg mengandung mengidamkan untuk mendapat semua berat sebelum hamil sebaik sahaja mereka melalui tempoh berpantang.

Senang sahaja jika anda tahu caranya... Dan yang lebih mudah adalah dengan PENYUSUAN SUSU IBU secara eksklusif untuk 6 bulan pertama. Kenapa kak long kata ia mudah dengan penyusuan susu ibu?
Sebab... Penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari!

Teruja tak??? Wah, kak long sendiri teruja bila membaca mengenai fakta ini. Senang je kan, cuma susukan bayi atau lakukan pengepaman secara berjadual, maka kalori ibu ni akan terbakar dan mudahlah untuk kita kembali ke be…

Ciri-ciri Anak Tertekan

Image
Salam sayang buat semua
Hari ni kak long nak sharekan bagaimana kita nak tau yang anak kita ni sedang stress atau tertekan atau tak... Biasanya kita dengar pasal orang-orang dewasa macam kita ni je yang stress kan, tapi sebenarnya kanak-kanak pun mengalami stress juga.
Orang dewasa mempunyai pelbagai cara untuk melegakan tekanan mereka namun bagaimana pula dengan kanak-kanak. Mungkin tindakan mereka menghentak-hentak kaki atau membaling barang juga salah satu tanda yang mereka stress.
So untuk menambahkan lagi ilmu keibubapaan kita... jom kita baca artikel yang kak long petik dari pa&ma ni.. Semoga bermanfaat :)



Jom kita semak cirri-ciri kanak-kanak yang sedang stres:
Susah tidur Petunjuk awal kanak-kanak mengalami stres adalah mereka tergolong dalam kelompok anak yang sukar tidur. Waktu tidur yang tidak menentu, sering tidur lewat malam bahkan ada yang menjelang pagi, sentaisa resah dan jika tidur hanya seketika. Sepatutnya pada usia kanak-kanak, mereka perlu tidur seawal pukul 9 ma…

Jual Shaklee Online

Kak long sangat sayang dengan Shaklee. Satu-satunya biz yg paling lama kak long pernah buat. Alhamdulillah ia merupakan langkah yang sangat bijak bila kak long membuat keputusan untuk berniaga Shaklee. Apatah lagi secara online. Kak long memulakan biz ni 3 tahun yang lepas. Dulu lebih sukar sebab nak buat order kena fax atau Emel atau telefon. Tapi kini order pun dah boleh buat secara online. Mudah kan. Hanya klik klik je dah siap buat order. Tunggu sehari dua, barang pun sampai. Syukur segalanya dah dipermudah sekarang ni.

Bab coaching moaching pula juga semakin mudah. Dengan adanya Facebook, whatsapp, telegram dan lainnya maka meeting atau perjumpaan tidak lagi memerlukan tempat tertentu ataupun waktu tertentu. Webinar boleh diadakan pada bila-bila masa malah ahli yang terlibat pun boleh ada di mana-mana, nak buat apa2 kerja pun boleh. Mudah kan.

sebab mudahnya berShaklee lah, maka kak long masih terus setia. Produk yang bagus, pelan pemasaran yang adil dan ganjaran yang sangat man…

KONSEP ASAS PENYUSUAN

Image
Ye kak long adalah seorang ibu menyusu.. Alhamdulillah...kak long berjaya menyusukan anakanda Muaz sehingga usianya 3 tahun dan syukur sekarang kak long sedang menyusukan si kecil Hanis yang bakal menginjak ke 8 bulan minggu depan.

Ye kak long juga ibu yang bekerjaya... Mempunyai kerjaya, menguruskan rumah tangga dan menyiapkan 3 anak bukan perkara yang mudah...apatah lagi jika masih menyusukan seorang bayi...

Apa-apa pun balik pada hati dan keazaman kita sebagai seorang ibu.

Untuk memastikan yang perjalan penyusuan kita BERJAYA... maka PRINSIP ASAS aka KONSEP PENYUSUAN WAJIB dipatuhi... Apa KONSEP ASAS tu?

i) Pengosongan payudara sama ada direct feeding atau pengepaman WAJIB dilakukan sekurang-kurangnya 3 jam sekali

ii) Pengambilan MAKANAN SEIMBANG

iii) MINUM AIR KOSONG paling sikit 3 Liter

Jika ada yang tidak mematuhi KONSEP ASAS ni, kak long harap korang lupakan je lah niat suci tu.. bukan apa, konsep paling asas ni pun tak boleh nak buat..apatah lagi nak berdepan halangan-halangan…