Tuesday, February 25, 2014

Ciri-ciri Anak Tertekan

Salam sayang buat semua

Hari ni kak long nak sharekan bagaimana kita nak tau yang anak kita ni sedang stress atau tertekan atau tak... Biasanya kita dengar pasal orang-orang dewasa macam kita ni je yang stress kan, tapi sebenarnya kanak-kanak pun mengalami stress juga.

Orang dewasa mempunyai pelbagai cara untuk melegakan tekanan mereka namun bagaimana pula dengan kanak-kanak. Mungkin tindakan mereka menghentak-hentak kaki atau membaling barang juga salah satu tanda yang mereka stress.

So untuk menambahkan lagi ilmu keibubapaan kita... jom kita baca artikel yang kak long petik dari pa&ma ni.. Semoga bermanfaat :)




Jom kita semak cirri-ciri kanak-kanak yang sedang stres:

Susah tidur
Petunjuk awal kanak-kanak mengalami stres adalah mereka tergolong dalam kelompok anak yang sukar tidur. Waktu tidur yang tidak menentu, sering tidur lewat malam bahkan ada yang menjelang pagi, sentaisa resah dan jika tidur hanya seketika. Sepatutnya pada usia kanak-kanak, mereka perlu tidur seawal pukul 9 malam dan tidur lena yang berkualiti kerana ia penting untuk perkembangan yang sihat dan positif.

Terlalu aktif
Ada kanak-kanak tidak boleh duduk diam walau sekejap. Ada sahaja yang ingin dilakukan dan biasanya hal yang dilakukan berbahaya kepada dirinya dan sering membuatkan anda marah. Lebih teruk, kanak-kanak ini akan merosakkan barang yang dipegangnya.

Pemalu
Sikap pemalu berlebihan yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak kemungkinan petanda dia mengalami stres. Anda patut berasa curiga sekiranya terlalu malu dan takut apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

Suka mengamuk
Ada kalangan kanak-kanak yang mudah mengamuk dan meragam jika kemahuannya tidak dituruti. Sikap suka menggigit, menendang, memukal, menumbuk, menjerit tanpa sebab juga salah satu ciri anak stres. Kesabaran anda sangat diperlukan dalam menangani situasi ini. Kemarahan dan tengkingan dari anda hanya akan meningkatkan lagi stres si anak.

Cerewet makan
Terlalu cerewet dalam bab makan, bahkan hanya akan makan makanan kegemarannya sahaja dan enggan langsung makan makanan lain.

Kencing malam
Anak anda sudah besar tetapi kerap kencing malam di atas katil? Ini antara tanda-tanda anak stres dan kurang percaya pada diri sendiri. Dia berasa tidak tenang, Ia merasa tidak selesa dan kurang mendapat perhatian sehingga terbawa ke dalam tidur perasaan tersebut sehingga sukar  mengendalikan rasa hendak buang air kecil.

Mudah menangis
Cengeng adalah gelaran yang diberikan kepada anak kecil yang kuat menangis. Kanak-kanak yang mudah menangis dan tangisannya sukar dihentikan seolah-olah satu tanda meluahkan perasaan kemungkinan juga mengalami stres.

Ketakutan
Kanak-kanak yang stres selalu mengalami ketakutan tanpa sebab. Dia seperti kehilangan rasa tenang sehingga memerlukan lebih perhatian daripada ibu dan ayah.

credit



Salam sayang

 
Berminat nak mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda
 ~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com