Tuesday, February 11, 2014

KONSEP ASAS PENYUSUAN

Ye kak long adalah seorang ibu menyusu.. Alhamdulillah...kak long berjaya menyusukan anakanda Muaz sehingga usianya 3 tahun dan syukur sekarang kak long sedang menyusukan si kecil Hanis yang bakal menginjak ke 8 bulan minggu depan.

Ye kak long juga ibu yang bekerjaya... Mempunyai kerjaya, menguruskan rumah tangga dan menyiapkan 3 anak bukan perkara yang mudah...apatah lagi jika masih menyusukan seorang bayi...

Apa-apa pun balik pada hati dan keazaman kita sebagai seorang ibu.

Untuk memastikan yang perjalan penyusuan kita BERJAYA... maka PRINSIP ASAS aka KONSEP PENYUSUAN WAJIB dipatuhi... Apa KONSEP ASAS tu?

i) Pengosongan payudara sama ada direct feeding atau pengepaman WAJIB dilakukan sekurang-kurangnya 3 jam sekali

ii) Pengambilan MAKANAN SEIMBANG

iii) MINUM AIR KOSONG paling sikit 3 Liter

Jika ada yang tidak mematuhi KONSEP ASAS ni, kak long harap korang lupakan je lah niat suci tu.. bukan apa, konsep paling asas ni pun tak boleh nak buat..apatah lagi nak berdepan halangan-halangan penyusuan yang lain.

Ramai juga yang datang pada kak long, meminta untuk membeli VITAMIN BANYAK SUSU. Dik, penyusuan ni bukan macam tangki air kat rumah...buka paip je terus banyak melimpah-limpah... Ia perlukan usaha yang sangat istiqamah.

Jadi kenapa ada MILKBOOSTER kak long? MILKBOOSTER membantu menggalakkan penghasilan susu DENGAN SYARAT 3 konsep kat atas tu dipatuhi dengan jayanya.

Kak long sendiri mengambil set vitamin untuk memastikan kesihatan dan kecergasan. Almaklum, bila menyusu ni ia agak meletihkan dan pastinya kita sering sahaja lapar dan dahaga. Jadi OSTEMATRIX + VITALEA + B COMPLEX + ESP adalah set kecergasan untuk kak long setiap hari.

Jadi, ibu-ibu di luar sana teruskan pengepaman, kuatkan semangat anda.. kak long percaya yang anda semua BOLEH!!!

Nak mencuba vitamin Shaklee yang sentiasa HOT tu...cuba hubungi nombor di bawah ye :)

Salam sayang

 

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda
 ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com