Saturday, March 22, 2014

KEBAIKAN VITAMIN E @ VITAMIN CANTIK

Salam sayang

Jika semalam kak long berkongsi info mengenai VITAMIN E, hari ni kita baca pula apa KEBAIKAN VITAMIN E dalam kehidupan seharian kita


  • Vitamin E merupakan vitamin anti-oksidan, maka para pengamal Vitamin E akan kelihatan lebih muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan
  • Vitamin E mampu mengurangkan parut di permukaan kulit yang mungkin disebabkan oleh jerawat mahupun kecederaan yang dialami
  • Vitamin E mampu memberi kesan kepada rambut menjadi lebih sihat, lebat dan berkilat
  • Sangat bagus dalam memperbaiki peredaran darah yang mana ia perlu untuk memperbaiki tisu. Ia membantu merawat sindrom Pre-menstrual symptom (PMS) dan penyakit fibrocystic payudara. Jika anda salah seorang yang menghidap sindrom PMS yang agak teruk, vitamin E sangat disarankan
  • Vitamin E memelihara kulit dari sinaran UV serta udara yang tercemar yang menjadi punca kepada jeragat, kedutan serta kanser kulit 
Di bawah ini adalah khasiat VITAMIN E untuk pasangan suami isteri

  • Vitamin E juga dikenali sebagai vitamin kesuburan bukan sahaja untuk wanita malah menambah kuantiti air mani lelaki. Kandungan selenium mampu meningkatkan jumlah sperma sihat terutama bagi lelaki yang mempunyai "low-count sperm"
  • Bagi suami isteri yang mengalami masalah kedinginan, Vitamin E adalah salah satu vitamin yang meningkatkan libido. Kajian menunjukkan lelaki yang mengambil vitamin E secara konsisten selama seminggu, akan kurang stress dan mempunyai tahap tenaga seksual yang lebih baik
  • Vitamin E membantu penghasilan hormon estrogen bagi lelaki dan menstabilkan keseimbangan progestron untuk wanita. Ia penting untuk mengawal keinginan, tarikan dan mood seksual


  Perunding Kesihatan Shaklee Anda!!